Followers

Wednesday, 15 June 2022

Ulasan Buku - 1984

Tajuk : 1984
Penulis : George Orwell (Penterjemahan oleh Aida Harun Ramli
Penerbit : Biblio Press
Genre : Sci-Fic


Among the seminal texts of the 20th century, Nineteen Eighty-Four is a rare work that grows more haunting as its futuristic purgatory becomes more real. Published in 1949, the book offers political satirist George Orwell's nightmarish vision of a totalitarian, bureaucratic world and one poor stiff's attempt to find individuality. The brilliance of the novel is Orwell's prescience of modern life—the ubiquity of television, the distortion of the language—and his ability to construct such a thorough version of hell. Required reading for students since it was published, it ranks among the most terrifying novels ever written.


Buku ini diterbitkan pada tahun 1949 antara karya paling terkenal dari penulisnya George Orwell selain Animal Farm, satira novel yang diterbitkan lebih dulu dari 1984 iaitu pada tahun 1945. George Orwell atau nama sebenar Eric Arthur Blair adalah seorang pengarang dan wartawan Inggeris yang kuat menentang totalitarianism dan menyokong demokrasi.


PEPERANGAN ADALAH KEDAMAIAN
KEBEBASAN ADALAH PERHAMBAAN
KEJAHILAN ADALAH KEKUATAN


Saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari kata-kata yang sesuai untuk menulis tentang buku ini. Buku ini membuatkan saya rasa masuk ke dalam dunia yang suram, murung dan kehidupan di bawah kawalan Bang Besar yang dilalui oleh Winston Smith dan rakyat Oceania yang rata-rata miskin dan tidak berpelajaran. Sebahagian besar penduduk Oceania terdiri dari prole atau proletariat, penduduk kelas bawahan yang miskin dan tidak mempunyai pendidikan namun mereka lebih “bebas” walaupun menjalani kehidupan yang menyedihkan dan kekurangan makanan.
Tetapi sebilangan kecil penduduk yang merupakan Ahli Parti yang bekerja untuk Parti dan Abang Besar. Setiap pergerakan mereka diteliti oleh teleskrin. Setiap objek sama ada hidup atau mati, Abang Besar berada di mana-mana dan dalam bentuk apa pun mereka mengawal kehidupan manusia seperti Winston Smith, Parsons, Syme dan juga Julia di bawah kementerian masing-masing dengan cara yang sangat extreme. Bekerja, makan, minum, tidur, bercakap, malah berfikir dan berkahwin juga dikawal oleh Parti. Sebarang tanda luar biasa secara automatic akan dikesan oleh teleskrin, Polis Fikiran malah anak-anak mereka sendiri tidak teragak-agak untuk mengkhianati ibu bapa mereka dan melaporkan kepada Parti.
Winston sendiri kurang pasti adakah benar tahun yang dilaluinya ketika itu adalah tahun 1984, kerana Parti telah membuang, menukar dan menambah sejarah lalu dan masa depan. Dalam erti kata lain, sesuatu yang dikatakan KEBENARAN itu tidak semestinya benar tetapi pandangan palsu yang direka oleh Parti untuk mencuci minda rakyat. Malah, bahasa juga ditukar dari Oldspeak menjadi Newspeak untuk mengawal pertuturan dan bahasa rakyat. Segala berita dan artikel ditukar mengikut aturan Parti dan bahasa juga ditukar dengan bahasa Newspeak.
Kebebasan adalah perhambaan, bermaksud, satu-satunya cara untuk bebas adalah dengan membiarkan Parti mengawal kehidupan dan kehilangan diri-sendiri. Berhenti untuk menjadi individu dan membiarkan Parti mengawal minda termasuk tubuh badan anda.
Winston menemui ‘kehidupan’nya ketika bersama Julia, yang bekerja di Kementerian Fiksyen. Mereka bertemu secara rahsia, di tempat yang dirasakan rahsia untuk menjalinkan hubungan cinta yang rahsia dan mengalami detik-detik pendek yang terindah dalam hidup mereka. Tetapi pada akhirnya mereka terpaksa mengkhianati antara satu sama lain setelah tertangkap, dipukul dan diseksa tanpa belas kasihan oleh Kementerian Kasih Sayang.
 
 
This book takes you through rollercoaster ride, membuatkan saya rasa gelap, sedih, murung, kecewa, naik sebentar dan turun menjunam balik dengan rasa patah hati. LENGKAP. Saya cuba meneroka dan mendalami kehidupan Winston dan Julia, saya fikir, mati adalah jawapan yang terbaik dari hidup di bawah kawalan kerajaan. Bukan sekadar kita tak boleh menjadi seorang manusia yang punya naluri, malah minda juga dikawal supaya tidak berburuk sangka dengan pihak kerajaan. Buku ini membuatkan saya berfikir dan cuba membandingkan apakah kita sedang melalui apa yang ditulis oleh George Orwell pada tahun 1949 ini, terjadi pada waktu ini? Adakah minda kita dan kehidupan kita sedang dikawal? Doublethink? Perhaps. Perhaps no.
Basically, I think everyone should read this book. Berbaloi untuk dibaca.
 
 
.. Dan kalau pun kami membiarkan kamu hidup sehingga ke akhir hayat semula jadi kamu, kamu tetap tidak akan lepas daripada kami. Apa yang terjadi kepada kamu di sini akan kekal selamanya. Fahamkan ini dari awal. Kami akan hancurkan kamu sehingga kamu tidak dapat kembali kepada keadaan diri kamu yang asal. Ada perkara yang akan berlaku ke atas kamu, yang kamu tidak akan dapat sembuh daripadanya, walaupun kamu hidup untuk seribu tahun. Kamu tidak akan mampu lagi merasai perasaan insan biasa. Segalanya akan mati dalam diri kamu. Kamu tidak akan mampu mengalami cinta, persahabatan, merasai nikmat hidup, gelak ketawa, perasaan ingin tahu, keberanian atau integriti. Kamu akan hidup dalam kekosongan. Kami akan perah kamu sampai kering, kemudian kami aka nisi lompong dalam diri kamu dengan kewujudan kami sendiri.” – O’Brien.  

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...