Followers

Wednesday, 8 June 2022

Ulasan Buku - Bintang Merah di Langit Malaya - Masyarakat Majmuk Malaya 1941

Tajuk : Bintang Merah Di Langit Malaya – Masyarakat majmuk Malaya 1941
Penulis : Cheah Boon Kheng (Penterjemahan oleh Syed Omar Husain)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiction


Saya baru habiskan Jilid I sahaja, masih ‘berehat’ dari membaca Jilid II. Izinkan saya ulas tentang Jilid I dahulu untuk mengelakkan saya lupa.
 
Buku ini ditulis berdasarkan kajian arkib nan meluas di Malaysia, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat, menghuraikan pengaruh pendudukan Jepun terhadap pembentukan semula Malaya ketika Jepun menjajah Malaya sekitar 1941 hingga 1945. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 1981 dan buku ini adalah buku edisi ke empat yang diulang cetak. Buku ini ditulis oleh Dr Cheah Boon Kheng terjemahan dari buku asal bertajuk Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941 – 1946 oleh Syed Omar Husain. Dr Cheah Boon Kheng adalah seorang Professor Sejarah di Universiti Sains Malaysia yang sangat berminat dengan Sejarah Malaya dan banyak menerbitkan buku-buku sejarah antaranya To’ Janggut: Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan dan juga menjadi editor untuk beberapa buku-buku termasuklah buku A. Samad Said.
 
 
Buku ini memperlihatkan gambaran sebenar masyarakat berbilang kaum di Malaya bermula dengan kemasukan kaum Cina dan India ke Malaya oleh dasar penjajahan British pada abad ke-19. Penghijrahan masuk tanpa sekatan buruh Cina dan India (kebanyakannya bukan beragama Islam) untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah berlaku hingga tahun 1921 sehingga jumlah kaum Cina dan India yang berhijrah telah melebihi jumlah orang Melayu-Muslim pribumi. Mulanya pihak British mengumumkan penghijrahan ini hanya sementara namun pada tahun 1931 kadar bancian menunjukkan semakin ramai kaum Cina dan India yang lahir di sini dan memperlihatkan kecenderungan untuk terus kekal tinggal di Malaya. Menurut bancian, kaum cina ramai tinggal di kawasan Bandar kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu yang mana Melayu menguasai kawasan Bandar. Terdapat beberapa perselisihan faham antara Cina dan Melayu kerana perasaan terancam dari segi ekonomi dan politik dan ketidakpuasan hati tentang cara British melindungi kepentingan Melayu manakala orang India pula umumnya berpuas hati kerana mendapat pekerjaan dalam bidang awam dan swasta dan terbuka untuk merebut peluang perniagaan. Apabila Jepun masuk ke Malaya, menerima layanan buruk kerana anasir anti-Jepun oleh PKM dan parti-parti cina lain. Jepun telah melakukan beberapa siri pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran di beberapa kampung dan petempatan orang Cina. Walaupun pentadbiran Jepun digambarkan kejam dan layanan yang kasar tetapi Jepun masih meneruskan sistem pentadbiran British yang melindungi tanah rizab dan kepentingan orang Melayu. Malah kaum Melayu ramai yang dapat menyertai perkhidmatan awam dan dilantik dengan jawatan-jawatan kategori elit oleh Jepun. Kaum India juga dilayan baik kerana Jepun mempunyai hasrat untuk menjajah India pula.
Kaum Cina dibawah PKM berhasrat untuk menubuhkan sebuah Republik Demokratik Malaya dan kaum Melayu dibawah KMM pula ingin mengikut jejak Indonesia Raya dan menuntut kemerdekaan untuk Malaya bersama-sama Indonesia.
 
Ketika kedatangan Jepun pula, PKM membentuk MPAJA untuk berperang dengan tentera Jepun. Buku ini adalah intro pengenalan tentang kaum majmuk dan sejarah penghijrahan kaum lain ke Tanah Melayu yang dibawa sendiri oleh British. Malah, Jepun juga ada membawa orang Jawa datang ke Tanah Melayu bagi tujuan untuk bercucuk tanam walaupun ketika itu, penduduk Tanah Melayu kekurangan sumber makanan dan mengakibatkan banyak kematian. Hak-hak kaum Cina di nafikan ketika zaman penjajahan Jepun sehingga mereka tidak dibenarkan membuka sekolah malah belajar dalam bahasa Mandarin juga tidak dibenarkan selain mereka di layan dengan kasar malah dibunuh tanpa perbicaraan lalu meniupkan semangat anti-Jepun yang menebal dikalangan orang-orang Cina. Semangat kecintaan pada tanahair orang Cina Malaya sebenarnya lebih untuk tanah besar China. Untuk Jilid I ini, hanya diterangkan tentang masyarakat Melayu, Cina dan India sewaktu penjajahan Jepun. Akan disambung Jilid II selepas penjajahan Jepun pula. Tunggu ulasan dari saya...
 
 
“Pada tahun 1941, tiada satu kaum pun daripada tiga kaum terbesar – Melayu, Cina dan India – menganggap diri mereka sebagai warga “Malaya” yang mencakupi semua kaum dengan memikul tanggungjawab dan masalah yang sama” – Dr Cheah Boon Kheng

Monday, 6 June 2022

Ulasan Buku - It Ends With Us

Tajuk : It Ends With Us
Penulis : Colleen Hoover
Penerbit :
Genre : Romance Fiction


Sometimes it is the one who loves you who hurts you the most.

Lily hasn’t always had it easy, but that’s never stopped her from working hard for the life she wants. She’s come a long way from the small town in Maine where she grew up
— she graduated from college, moved to Boston, and started her own business. So when she feels a spark with a gorgeous neurosurgeon named Ryle Kincaid, everything in Lily’s life suddenly seems almost too good to be true.

Ryle is assertive, stubborn, maybe even a little arrogant. He’s also sensitive, brilliant, and has a total soft spot for Lily. And the way he looks in scrubs certainly doesn’t hurt. Lily can’t get him out of her head. But Ryle’s complete aversion to relationships is disturbing. Even as Lily finds herself becoming the exception to his “no dating” rule, she can’t help but wonder what made him that way in the first place.

As questions about her new relationship overwhelm her, so do thoughts of Atlas Corrigan — her first love and a link to the past she left behind. He was her kindred spirit, her protector. When Atlas suddenly reappears, everything Lily has built with Ryle is threatened.

 

My second read after All Your Perfects. Colleen Hoover is the #1 New York Times bestselling author and won the Goodreads Choice Award for Best Romance three years in a row. Aaah malaslah nak taip dalam English. Let me proceed in BM je lah ya. First novel dari Colleen bertajuk Slammed diterbitkan pada Januari 2011 manakala It Ends With Us adalah buku ke-3 CH yang mengisahkan kisah benar tentang keadaan ibunya yang terlibat dalam keganasan rumahtangga bersama bapanya. CH adalah antara penulis buku novel romance yang sedang terkenal di media sosial dan buku-bukunya pasti laku. Kalau tengok tiktok atau instagram tentang buku, mesti salah satu buku CH akan ada dalam senarai MUST READ. CH is the kind of author that writes romance scene and troubled characters with emotional. Bak kata warga twitter, CH adalah Siti Rosmizah versi orang putih (tapi SR ending selalunya memaafkan, so far CH lebih realistic)
 
Novel ini mengisahkan tentang Lily Bloom yang dibesarkan dalam situasi keganasan rumahtangga yang membabitkan bapa dan ibunya. Ibunya sering dipukul oleh bapanya walaupun atas sebab yang sangat kecil. Lily sering tertanya-tanya mengapa ibunya tidak pernah berusaha untuk meninggalkan bapanya. Walaupun bapanya tidak pernah memukul Lily tetapi Lily sendiri merasai derita Ibunya sehingga dia dewasa. Lily mempunyai sebuah diari yang ditulis kononnya dia berinteraksi bersama host kegemarannya, Ellen. Pada usia Lily 24 tahun, Lily kembali membuka diari itu dan menyingkap kisah-kisahnya ketika dia berusia 16 tahun dan mengingatkan dia tentang cinta pertama bersama pemuda gelandangan bernama Atlas. Namun setelah Atlas pergi untuk kehidupan yang lebih baik, Lily kesepian dan murung hinggalah dia menemui cinta bersama suaminya Ryle ketika dia berada di atas bumbung sebuah apartment selepas kematian bapanya 8 tahun kemudian. Permulaan hubungan yang indah bersama Ryle menjadi mimpi ngeri untuk Lily lebih-lebih lagi selepas munculnya Atlas yang kini berjadi menjadi seorang chef dan memiliki restoran sendiri. Lily bergelut dengan perasaan cintanya terhadap Ryle, Lily juga bergelut dengan pendiriaannya untuk tidak mengikut jejak ibunya yang membiarkan diri terus bersama dengan suami yang memukulnya hingga akhir hayat atau kenangan bersama Atlas yang menjerat perasaannya.
 
CH manages to develop her characters and storyline so well. I can connected with them all on a deep level. I absolutely love how easy it was to get into this book and it gave me a whole new perception on abusive relationship. But I don’t want to reveal much about the plot of this book, I think that its better if reader goes in to and just reads the book. You won’t regret spend on this book.
*Recommend this book to people ages 18 and above due to mature content


“Every incident chips away at your limit. Every time you choose to stay, it makes the next time that much harder to leave. Eventually, you lose sight of your limit altogether, because you start to think, I’ve lasted five years now. What’s five more?” – Mother.

Tuesday, 31 May 2022

Ulasan Buku - Entrok

Tajuk : Entrok
Penulis : Okky Madasari (terjemahan BM Haris Zuan)
Penerbit : Gerakbudaya
Genre : Historical Fiction


Entrok merupakan pengkisahan masyarakat terbawah terhadap perubahan sosial yang berlaku dalam sejarah panjang masyarakat Indonesia pasca merdeka, khasnya ketika era Orde Baru. Entrok juga dengan cermat memperihalkan pergelutan emosi dan fikiran perempuan daripada pelbagai sisi; anak perempuan yang menginjak usia remaja, mahasiswa yang penuh idealisme, ibu muda buta huruf yang cekal membangun keluarga, kekecewaan serta kerelaan isteri pertama dan kedua, juga nenek tua yang mendambakan seorang cucu.


Pertama kali membaca karya dari Okky Madasari, penulis dari Indonesia. Entrok adalah karya sulung Okky Madasari yang diterbitkan pada tahun 2010 dan kemudian diterjemahkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 2013. Penulis adalah lulusan Sosiologi dari Universitas Indonesia dan pernah bekerja sebagai wartawan di Indonesia dan mengambil keputusan untuk berhenti dan focus pada kerjayanya sebagai penulis. Sehingga ke hari ini, penulis mempunyai 9 buah buku antaranya Entrok, Maryam, Pasung Jiwa dan banyak lagi yang mengetengahkan tema wanita dan politik Indonesia. Entrok berkisahkan kehidupan masyarakat Melayu Jawa Indonesia sekitar tahun 1950an – 1990an dan ketika pemerintahan Orda (Orde Baru) di bawah Presiden Soeharto, rakyat Indonesia kelas bawahan tersiksa dengan sistem dan keganasan dari pihak tentera.
 

Karya Entrok adalah inspirasi dari kisah neneknya yang tidak mampu untuk memiliki entrok dan kemudian bekerja keras untuk mendapatkannya. Apa maksud Entrok? Entrok adalah pakaian dalam/coli wanita. Pada zaman dulu kebanyakan wanita tidak memakai entrok kerana tidak berkemampuan malah tidak merasa kepentingan memakai entrok, tetapi Marni iaitu watak utama Entrok terlalu inginkan entrok untuk dipakai kerana tidak selesa dengan keadaan fizikalnya yang semakin dewasa, maka dari situ tercetusnya azam dan semangat Marni untuk berusaha mengubah nasibnya dari miskin yang cuma sekadar makan kerana ibunya hanya diberi upah makan selepas menyiapkan kerja, dan dia berjaya menjadi kaya dengan hasil upah mengangkut barang, berdagang dari rumah ke rumah dan meminjamkan wang kepada orang lain dengan kadar bunga 10%. Marni mempunyai seorang anak, Rahayu, hasil perkahwinannya dengan Teja, bekas kuli mengangkut barang di pasar. Marni dan Rahaya, dua generasi berbeza zaman dan saling tidak punya persefahaman. Rahayu dibesarkan dengan segala kesenangan dan kemewahan serta dihantar sekolah kerana Marni ingin anaknya menjadi seorang yang terpelajar namun ilmu yang ada pada Rahayu menjadi titik perseketaan antara Marni dan Rahayu hingga terdapat jurang antara mereka. Disebalik kekayaan Marni, Marni juga sering menjadi mangsa cemuhan masyarakat sekeliling yang iri hati dengannya dan digelar lindah darat. Namun Marni terus bangun tidak menoleh kebelakang. Manakala Rahayu yang semakin menjauh, akhirnya hilang selepas berkahwin dengan pensyarahnya di kampus dan menjadi isteri ke dua, sesuatu yang Marni sendiri tidak bisa menerimanya.
 
Novel ini bukan kerana kehidupan Marni dan Rahayu sahaja, tetapi tentang temanya yang mengetengahkan isu sosial politik, feminisme, dan pluralisme masyarakat Jawa Indonesia dulu dan kini. Marni dan Rahayu adalah wakil rakyat biasa di negara itu yang menghadapi kemelut berdepan dengan sistem pemerintahan yang di dominasi oleh tentera dan sewenang-wenang memeras hasil keringat rakyat dengan meminta wang perlindungan setiap 2 minggu sekali dengan mengugut akan memenjara rakyat sekiranya engkar. Demi melindungi harta dan usahanya, Marni terus-terusan membayar wang perlindungan walaupun terpaksa membiarkan hartanya dikaup oleh tentera yang rakus menggunakan pangkat untuk hidup senang. Tidak hanya keamanan dan kekebasan hidup, malah hal agama juga turut dikongkong oleh sistem negara yang mana kaum Cina di sana dituduh sebagai penyokong PKI (Parti Komunis Indonesia) jika engkar dengan undang-undang dan dilarang sama sekali untuk terus menganut agama warisan mereka. Jika membantah, mereka akan. Penindasan dan kekejaman pihak tentera diangkat sebagai topic utama novel ini dan menjadikan saya bersyukur tidak melalui hari-hari kelam sebagai rakyat bawahan di tanahair tercinta ini. Selain itu, apa yang saya belajar melalui novel ini adalah perbezaan antara generasi ibu dan anak boleh menjadi jurang hubungan. Sepatutnya Rahayu yang berpeluang ke sekolah dan belajar tentang ilmu-ilmu agama, lebih terbuka dan membantu ibunya mencari jalan yang betul tentang agama, bukannya terus-terusan mempercayai dakwaan jiran tetangga  termasuk ustaz di sekolah yang memboikotnya kerana ibunya. Ibunya tidak punya pendidikan malah membaca pun tidak pandai apantah lagi berfikir tentang hal-hal syirik dan khurafat yang tidak pernah di ajar oleh sesiapa pun kepadanya. Akhirnya, sama ada Marni mahupun Rahayu yang terpelajar itu sama-sama tidak berdaya melawan dan menentang golongan atasan dan pihak yang bersenjata.
 
Pendapat saya, novel ini menarik untuk dibaca. Bahasa Jawa Indonesia telah diterjemahkan sedikit bagi membantu pembaca dari Malaysia memahami isi kandungan buku ini.
 
 
‘Gusti, kenapa aku selalu Kau hadapkan dengan orang-orang seperti ini? Orang-orang yang begitu berkuasa dengan seragam dan sepatunya. Orang-orang yang menjadi begitu kuat dengan senapangnya. Orang-orang yang selalu benar kerana bekerja untuk negara. Mereka yang selalu mendapatkan wang dengan mudah tanpa sedikit pun mengeluarkan keringat. Dan aku yang tak punya kuasa dan kekuatan, yang selalu saja salah, harus tunduk pada kemahuan mereka. Menyerahkan harta yang terkumpul dengan susah payah, dengan segala hujatan (fitnah; caci; cela) orang lain.’ – Sumarni (mukasurat 191)

Friday, 27 May 2022

Ulasan Buku - Dentang

Tajuk : Dentang
Penulis : Saharil Hasrin Sanin
Penerbit : KS Media
Genre : Fiksyen Melayu


Namanya Dentang, Ayahnya seorang nelayan serba miskin, mengambil upah menjadi penyanyi Dondang Sayang. Ibunya pula sedang tenat bertarung nyawa.

Kisah hidup Dentang dipenuhi watak-watak rencam yangh membentuk takdirnya. Seorang lelaki menyimpan isterinya di dalam peti kayu. Seorang perempuan yang menangis tidak henti-henti. Seorang tukang masak bertubuh separuh ikan separuh itik, berenang dari China ke Malaysia. Seorang perempuan jelita yang berkahwin dengan seekor beruang.



Lama juga lah saya memikirkan untuk beli buku ni walaupun hampir semua review yang saya baca, mengatakan buku ini bagus. Selepas beli, saya ambil masa juga untuk membaca. Selesai membaca buku Perang Dunia Pertama, saya mencari buku yang lebih ringan. Akhirnya buku ini menjadi pilihan untuk saya baca kali ini. Pertama kali saya membaca penulisan Saharil Hasrin Sanin. Beliau ialah seorang penulis dan illustrator dan juga blogger yang banyak menerima anugerah sastera. Buku ini mempunyai kelainan dibandingkan dengan buku-buku lain yang saya pernah baca. Cara penulisannya bukan mengunakan style flashback tetapi pemikiran watak utama yang melompat dari keadaan semasa dia berada di London bersama kawan-kawannya, atau ketika dia teringat waktu emaknya masih hidup serta nasihat dan pesanan emak kepada Dentang dalam melalui kehidupan dan ketika ayahnya berdondang sayang serta bercerita tentang kisah Beruang Kuskus dan Ringkitan. Ada pelbagai kisah dalam 1 cerita, menarik.. bukan?
Muka depan buku ini adalah gambaran tempayan suasa milik Emak yang penuh dengan retak, harta warisan yang diturunkan dari generasi ke generasi, dari negara ke negara dan dinamakan Momu.


Dentang mengisahkan seorang pemuda bernama Dentang (nama yang asalnya adalah bunyi sebuah alat muzik seperti gong yang dimainkan ketika persembahan Dondang Sayang – Tetawak) yang belajar di Universiti di Kota London dan bersahabat dengan Salinda yang bercinta dengan Haikal yang juga rakan kampusnya dan Moana juga teman kampus yang berasal dari New Zealand berketurunan Mouri menjadi. Watak Dentang digambarkan sebagai seorang yang tenang, tetapi melalui perjalanan yang menyedihkan bermula ketika emaknya disahkan menghidap kanser ketika dia berusia 10 tahun. Kehilangan Emak menyebabkan Ayah mengalami kemurungan yang panjang dan Dentang perlu terus kuat dan berdikari demi hidup. Muncul Ibu Astrid yang datang menambah warna dalam hidup Dentang. Percintaan naik turun Salinda dan Haikal serta watak sampingan Moana melengkapkan jalan cerita novel ini. Setiap watak dalam novel ini, ada peranan dan pesanan untuk pembaca. Ia tentang ‘sayang’ yang mempunyai banyak definasi dan bagaimana ‘sayang’ itu diterjemahkan dengan cara yang berlainan oleh setiap individu seperti kisah Ringkitan yang jelita tetapi memilih untuk berkahwin dengan seekor Beruang Kuskus dan menerima suaminya itu seadanya. Paling bermakna dalam novel ini adalah nasihat dan pesanan Emak Dentang seperti panduan hidup untuk kita. Saya menangis ketika membaca tentang keadaan Emak sewaktu bertarung dengan kesakitan akibat kanser dan Parkinson.
‘Kemoterapi membuatkan tekak Emak sentiasa loya, tidak boleh menerima makanan. Di dalam mulutnya tumbuh lecet-lecet, kulit yang melepuh, membuatkan dia rasa pedih apabila mahu menelan. Seleranya terus hilang, langsung tidak menjamah apa-apa’
Keadaan ini dilalui oleh Arwah bapa mertua saya ketika rawatan kemoterapi akibat kanser Leukemia dulu dan meninggal pada Mac 2016 selepas 7 bulan menderita. Lidah arwah menjadi putih kerana ulser yang tumbuh terlalu banyak dan menyebabkan arwah tidak mampu menelan apa-apa makanan pun. Keadaan yang sama saya bayangkan pada watak Emak.
 
 
‘Semua orang akan melukakan engkau, akan membuatkan engkau kecewa. Yang itu engkau tak boleh nak elak, Detang. Yang kau boleh buat adalah memilih, luka daripada siapa yang engkau sanggup tahan’. – Emak (muka surat 144)
 

Wednesday, 25 May 2022

Ulasan Buku - Perang Dunia Pertama

Tajuk : Perang Dunia Pertama
Penulis : AJP Taylor (terjemahan oleh Abdullah Hussaini)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiksyen


*Buku ni saya jumpa di booth TOKO SUE masa KLAB22 di Pasar Seni tempohari. Entah kenapa saya ‘lupa’ untuk grab buku ni pada masa itu. Dan secara kebetulan, pada hari jadi saya, anak saya tanya buku apa yang saya inginkan, jadi saya kata padanya yang saya mahukan buku ini. Terima kasih Adib & Aisya*

Perang Dunia Pertama kekal sebagai perang yang menelan korban terbanyak di dunia. Meski pembunuhan Franz Ferdinand mencetuskan segalanya kemudian dimuktamadkan Perjanjian Versailles, ada luka dan duka lain yang disejarahkan AJP Taylor. Seperti syarahannya yang bersahaja, pengarang memperturun semula segala muslihat, ketamakan dan kegilaan manusia sepanjang peperangan yang kini menjadi parut besar dunia.


Oleh kerana saya telah membaca pelbagai kisah sejarah tamadun dan negara-negara lama, dan kebanyakannya ada kaitan dengan perang dunia pertama jadi saya mula mencari sebuah buku yang menceritakan secara lengkap tentang perihal perang yang telah mengakibatkan banyak kemusnahan dan kematian ini. Buku ini adalah tulisan dari sejarawan Britain yang sangat masyhur dan sangat diminati kerana syarahan-syarahannya tentang sejarah yang bersahaja di kaca TV. AJP Taylor mempunyai 10 buah karya tentang sejarah dan autobiografinya.
 
Dalam buku ini, AJP Taylor menerangkan secara menyeluruh dengan ayat-ayat sindiran tentang Jeneral-jeneral, pembesar, orang politik serta mereka yang terbabit disebalik tabir Perang Dunia Pertama. Penulisan buku ini dengan bahasa bersahaja menerangkan tentang perang dunia pertama bermula dengan punca, matlamat, sedutan-sedutan peristiwa serangan dan diakhiri dengan kesan perang ini secara keseluruhan. Buku ini menjadi lebih menarik apabila disertaikan dengan peta-peta dan gambar-gambar keadaan ketika perang, gambar-gambar rakyat yang menjadi mangsa peperangan berbaris panjang menunggu makanan serta desa yang hancur ranap, ahli-ahli politik serta pembesar-pembesar negara yang memberi arahan dan aksi mereka di luar dan dalam perbarisan dengan caption sindiran juga gambar-gambar alatan jentera pemusnah dan gambar-gambar yang membawa kita ke parit-parit dan kilang senjata. Secara peribadi saya merasakan bahawa penulis tidak memihak dan menyokong mana-mana ahli politik, pejuang dan Jeneral negara yang terlibat dengan perang ini menjadikan buku ini ditulis dengan adil dan tidak bias.
 
 
Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 berpunca dari sebuah pembunuhan seorang ketua negara Austria – Hungary iaitu  Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di Sarajevo, Bosnia oleh seorang penganas Serbia di Sarajevo, Bosnia. Dengan sokongan Jerman, Austria – Hungary memutuskan untuk menghukum Serbia atas pembunuhan terbabit pada 28 Julai 1914. Rusia mengatakan sokongan terhadap Serbia dan Jerman kemudian menyerang Rusia. Perancis pula memberi sokongan kepada Rusia dan seterusnya diserang oleh Jerman melalui Belgium, sebuah negara yang berkecuali dan menyebabkan Britain turut campur dan memberi serangan balas terhadap Jerman. Rusia, Perancis dan Britain dikenali sebagai Tentera Bersekutu dan hampir semua negara menyokong Tentera Bersekutu termasuk Itali yang kemudian menyertai perang kerana ingin menguasai tanah Austria. Walaupun Tentera Bersekutu amat kuat, tetapi perang dunia pertama hampir-hampir dimenangi oleh Jerman tetapi pada tahun 1918, tentera Jerman mengalami keletihan, bekalan semakin berkurangan dan oleh kerana terdapat beberapa pergolakan dalam negara Jerman sendiri telah menjadikan Jerman semakin ditekan. AS menyusul menyertai Tentera Bersekutu pada musim panas 1918 dan memaksa Jerman akhirnya menandatangani perjanjian perletakkan senjata pada November 1918.
 
Disebabkan kamera, kita dapat membaca dan menghidupkan kembali Perang Dunia Pertama yang mencatatkan manusia yang berjuang, menderita dan mati kerana perang dan kuasa.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...