Followers

Monday, 8 August 2022

Book Review - Reminders of Him

Tajuk : Reminders Of Him
Penulis : Colleen Hoover
Penerbit : Montlake
Genre : Romance / Contemporary Fiction


After serving five years in prison for a tragic mistake, Kenna Rowan returns to the town where it all went wrong, hoping to reunite with her four-year-old daughter. But the bridges Kenna burned are proving impossible to rebuild. Everyone in her daughter’s life is determined to shut Kenna out, no matter how hard she works to prove herself. The only person who hasn’t closed the door on her completely is Ledger Ward, a local bar owner and one of the few remaining links to Kenna’s daughter. But if anyone were to discover how Ledger is slowly becoming an important part of Kenna’s life, both would risk losing the trust of everyone important to them. The two form a connection despite the pressure surrounding them, but as their romance grows, so does the risk. Kenna must find a way to absolve the mistakes of her past in order to build a future out of hope and healing


The main character, Kenna has recently released from prison for drunk driving accident that cause the death of her boyfriend, Scotty. When the accident happened, she didn’t know she was pregnant their daughter, Diem. Kenna then gave birth to pre-mature Diem in a prison, she was forced to give custody to Scotty's parents.

After she's been released. She moves back to town try to fight for custody for her daughter who is being raise Mr. and Mrs Landrys and Scotty's best friend, Ledger. Ledger, the other main character is an Ex-NFL player and owner of a bar, the first place Kenna visit when returning to town. Kenna and Ledger accidently fall for each other before knowing that both got related to Scotty. After Ledger knows who ‘Nicole’ was, he hesitates between Diem and Kenna.

The Landrys are resisting letting Kenna back into their lives. After they find Ledger secretly seeing Kenna, they give Ledger to choose either Diem or Kenna.
(I personally don’t want to ruit it, so I won’t go into so many details)


This is the fourth book I have read by Colleen Hoover. I rarely finish books less than 4-5 days but this one had me hooked. I managed to finish within 3 days.

Grief and forgiveness are the theme of this book. Kenna made one mistake and it has impacted her whole life. She has gone through, not only the loss of her soulmate, but of her child, and dealing with the weight of the world on her shoulders. To fight for Diem, Kenna saved every penny she earned to move back to the town her boyfriend lived so she can meet her daughter. 

I didn’t blame Scotty’s Parents as well. They are good people. Being a mother, I can understand the pain after losing the only child and someone that means a lot to them. They only want to protected Diem from the woman they regarded as the cause for all of their grief.

I loved every one of the characters in this book especially Lady Diana, the Down syndrome teenager. She called Ledger as jerk and Ledjerk every time she saw Ledger with Kenna. I smile every line of Lady Diana in this book.

I love CoHo writing skills that I don’t need to put so much effort to understand each characters and it easy to relate to them. All the pain and sorrow in each words portrayed so well within the writing. This book is so deep and meaningful.

I highly recommend. I cannot say that this is the best book I have read this year, but Mrs. Hoover never disappoints me!


“There are people who find peace in forgiveness, and then there are others who look at forgiveness as a betrayal. To them, forgiving me would feel like betraying their own son. I can only hope they change their minds someday, but until then, this is my life. This is where it’s led me.” – Kenna, pages 288.

Friday, 5 August 2022

Ulasan Buku - Harga Sebuah Percaya

Tajuk : Harga Sebuah Percaya
Penulis : Tere Liye
Penerbit : Mahaka Publishing
Genre : Fiction


“Pecinta sejati tidak akan pernah menyerah sebelum kematian itu sendiri datang menjemput dirinya.” 
Percayalah pada kalimat bijak itu.

Hanya itu yang perlu dilakukan.
Sisanya, biarlah waktu yang menyelesaikan bagiannya.
Maka, kau akan mendapatkan hadiah terindah atas cinta sejatimu.
Percayalah!

Ini adalah kisah tentang Jim, dari Kisah Sang Penandai, yang terpilih untuk mengguratkan cerita tentang berdamai dengan masa lalu. Ia harus menyelesaikan pahit-getir perjalanannya, apa pun harganya! Karena sungguh kita membutuhkan dongeng ini.

 
Harga sebuah percaya adalah buku yang diterbitkan pada tahun 2017. Kesekian kalinya saya ‘percaya’ dengan karya Tere Liye setelah membaca lebih dari 4 buah buku tulisan Tere Liye, belum pernah gagal untuk membuatkan saya masuk ke dalam cerita. Saya cuma perlu mengambil masa 2 hari untuk selesai membaca buku 298 muka surat ini. 

Buku ini mengisahkan seorang pemuda bernama Jim yang sering bermain biola di majlis-majlis keraian dan terkenal dikalangan penduduk kota sebagai pemain biola miskin dan yatim piatu yang hidup tanpa cinta ibu atau bapa namun mereka sentiasa melayannya dengan baik. Pada suatu hari, ketika majlis keraian menyambut perkahwinan Margaguiretta dan Rasyid dari keluarga bangsawan diadakan di kota itu, muncul seorang gadis jelita bernama Nayla. Pertemuan di majlis perkahwinan itu menyatukan hati seorang anak gadis bangsawan Nayla dan Jim. Namun cinta mereka diuji apabila Nayla bakal dikahwinkan dengan seorang lelaki bangsawan lain oleh bapanya atas kehendak wasiat ibunya. Nayla memujuk Jim membawanya lari dan memulakan hidup baru namun, Jim adalah lelaki pengecut, tidak berani mengambil risiko dan hanya putus asa tanpa ada usaha untuk membawa Nayla kembali padanya. Nayla mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tidak rela hidup bersama lelaki lain. Cintanya untuk Jim dibawanya sampai mati.

Kematian Nayla menyebabkan Jim hidup dalam penyesalan. Tetapi. Jim yang pengecut tidak berani mengambil apa-apa risiko dan hanya menangis meratip kematian kekasihnya sehinggalah muncul seorang lelaki tua iaitu Sang Penandai. Sang Penandai membantu Jim untuk mencari kembali cintanya tetapi sukar untuk Jim mempercayai lelaki tua itu. Hanya kerana insiden yang hampir meragut nyawa Jim, terpaksalah Jim meninggalkan kota kelahirannya dan pergi belayar menaiki Armada Kota Terapung dan menjadi kelasi bawahan. Sepanjang pelayaran, Jim hanya mampu diam dan meratip berat dan menangis tiap kali teringat akan Nayla yang mati kerananya sehinggalah anak-anak kapal mengelarkannya Si Kelasi Yang Menangis. Dalam pelayaran itu juga, Jim mula bersahabat baik dengan rakan sebiliknya iaitu Pate dan banyak belajar ilmu-ilmu berguna dengan Pate seperti membaca, menulis serta berlawan pedang.

Di dalam pelayaran itu, Jim dan para kelasi  armada mengharungi satu demi satu dugaan dan halangan tetapi oleh kerana Armada dikepalai oleh Laksamana yang gagah berani serta bijaksana iaitu Laksamana Ramirez, setiap halangan berjaya diharungi. Selain itu, Jim juga di duga dengan godaan cinta dari wanita-wanita jelita yang ditemui sewaktu pendakian dan juga persinggahannya sewaktu pelayaran. Namun dek beban penyesalan di atas kematian Nayla, Jim menolak semua cinta yang datang dan meninggalkan gadis-gadis yang jatuh cinta padanya itu kekecewaan dan hidup duka. Dia pula terus melangkah dan belayar untuk mencari makna ungkapan Sang Penandai - “Pecinta sejati tidak akan pernah menyerah sebelum kematian itu sendiri datang menjemput dirinya.”


Tema buku ini adalah tentang berdamai dengan takdir. Tuhan telah menentukan takdir setiap hamba-hambanya namun sama ada baik atau buruknya takdir itu, pasti ada alasan dan sebab ia terjadi. Takdir yang buruk bisa sahaja membunuh jiwa sesiapa sahaja namun, kerana itulah penyesalan tidak akan membawa hati dan kaki kita ke arah takdir yang menyenangkan, Berdamailah dengan takdir, kita akan terima setiap kesedihan dan patah jiwa sebagai panduan untuk melangkah ke arah yang lebih baik dan membawa kita ke jalan takdir yang lebih baik.

Ternyata, buku ini adalah penulisan yang lain dari Tere Liye. Saya telah membaca 4 karya beliau tetapi buku ini lain dari kebiasaan. Buku ini ditulis seperti sebuah cerita fantasi namun bukanlah fantasi, atau kisah dongeng tetapi bukan kisah dongeng. Ia tentang percintaan yang kecewa dan kekecewaan itu membawanya sampai ke hujung hayat. Ia juga tentang percaya dan takdir. Dan setiap karya Tere Liye, pasti meninggalkan sebuah makna yang dalam untuk kita jadikan panduan ketika meniti hari yang sukar.

Tetapi pada pendapat saya, buku ini kurang menarik jika dibandingkan dengan 4 lagi buku yang pernah saya baca dan review sebelum ini. Saya juga agak terkeliru dengan ending yang bagai tergantung seperti itu. Adakah sebenarnya Jim mati selepas menyelesaikan dongengnya? Atau apa yang Jim lalui di Tanah Harapan hanyalah sebuah mimpi?

Namun seperti yang saya katakan tadi, pengajaran dalam buku ini sangat tinggi nilainya. 3 bintang untuk karya ini.


“Kau keliru, Jim. Kau tidak akan pernah bisa berdamai dengan masa lalumu jikau kau tidak memulainya dengan memaafkan diri sendiri. Kau harus mulai memaafkan semua kejadian yang telah terjadi. Tidak ada yang patut dipersalahkan. Ini bukan salah orangtua Nayla, pemburu bayaran Beduin, atau Pemilik Semesta Alam yang menakdirkan segalanya. Kau justeru harus memulainya dengan tidak menyalahkan dirimu sendiri”

“Apakah dengan demikian kau bisa segera melupakan Nayla? Belum. Sayangnya belum. Untuk bisa sempurna berdamai dengan masa lal itu kau juga harus menerima semua kenangan itu. Meletakkannya di bagian terpenting hatimu, memberikannya singahsana dan mahkota. Karena bukankah itu semua kenangan yang paling indah? Paling berkesan. Paling membahagiakan.”

“Kau pasti bertanya jika ia memang kenangan yang paling indah, mengapa kau selalu pilu mengenangkan? Mengapa? Karena kau tak pernah mau menerima kenyataan yang ada. Kau selalu menolaknya. Seketika. Tak pernah memberikan celah kepada hati untuk berpikir dari sisi yang lain. Kau membunuh setiap penjelasan. Tidak sekarang, kau membunuh penjelasan itu esok pagi. Tidak esok pagi, kau bunuh penjelasan itu esok lusa.”

Tuesday, 2 August 2022

Ulasan Buku - Magdalena

Tajuk : Magdalena
Penulis : Alphonse Karr (Terjemahan oleh A.S. Al-Attas)
Penerbit : Biblio Press
Genre : Fiction


Novel ini asalnya diterbitkan pada tahun 1932 dalam bahasa Perancis berjudul Sous les Tilleuls atau terjemahan harfiahnya Di Bawab Naungan Pobon Tilia. Naskhah ini ditulis oleh pengkritik sastera, wartawan, dan novelis, Jean-Baptiste Alphose Karr. la kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Arab dengan judul Majdulin oleh Almarham Mustafa Luthfi Al-Maufaluthi, seorang cendiakawan bidang sastera yang masyhur di Mesir pada zamannya. Terjemahan bahasa Arab tersebut tampil dengan kehalusan bahasanya yang tersendiri yang membuatkan naskhah in kemudiannya diterjemahkan pula kepada Bahasa Indonesia/Malaysia dengan judul Magdalena oleh A. S. Al-Attas, seorang ilmuwan bahasa Arab yang terkemuka di Fakulti Sastera, Universitas Indonesia, dibantu oleh mahasiswa di fakulti tersebut M. Yusuf Amir Hamzah.

Novel romantis berlatarbelakangkan negara Perancis pada kurun ke-19 ini mengutarakan perihal maruah, darjat, kejujuran dan kesederhanaan antara watak-watak utama iaitu Stevan, Magdalena, Edward, dan Susana melalui surat-surat, catatan diari dan perjalanan penuh suka duka hidup mereka.


Novel ini mengisahkan sebuah cerita cinta yang tidak direstui kerana Steven dikatakan sebagai seorang lelaki yang tidak punya masa depan dan miskin. Ia penuh dengan surat-surat cinta dari Steven kepada Magdalena dan Magdalena kepada Steven. Malah ada juga beberapa surat dari rakan-rakan Steven dan Magdalena kepada mereka berdua.

Steven adalah lelaki budiman yang memiliki jiwa halus berseni dan setia pada cintanya. Dia jatuh cinta dengan anak pemilik rumah, tempat dia menumpang sewa iaitu Magdalena. Cintanya disambut mesra oleh Magdalena yang mempunyai cinta yang sama.

Pada mulanya, bapa Magdalena iaitu Tuan Muller melayannya dengan baik, menjadikannya sahabat namun apabila mengetahui tentang percintaan anaknya dan Steven, cinta mereka dihalang. Orang tua Magdalena tidak merestui percintaan mereka kerana khuatirkan masa depan satu-satu anak perempuannya dan takut kalau-kalau Steven tidak mampu menjaganya kelak. Steven akhirnya dihalau dari rumah itu dan Steven terpaksa pergi dalam lara dan berjuang mencari sebuah masa depan yang cerah untuk memperisterikan Magdalena. Jarak tidak memisahkan mereka kerana mereka terus berutusan surat menyatakan isi hati, perkhabaran dan berjanji setia.

Kisah tragik percintaan mereka bermula apabila Magdalena yang berasal dari desa mengikut Susana menetap di rumah Susana di sebuah bandar lain. Di sana Magdalena belajar tentang kehidupan sosial, darjat dan harta. Magdalena akhirnya meninggalkan Steven. Perpisahan telah meninggalkan kesan kepada Steven dan mengubah seluruh hidup, kehidupan malah jiwanya menjadi Steven yang penuh dengan duka dan lara.


Jika kita pernah melalui sebuah percintaan dan berpisah tatkala hati kita penuh rasa cinta terhadap seseorang, saya yakin anda mampu mendalami kesedihan dan duka Steven apabila dia dikhianati oleh dua orang insan yang amat dia sayangi. Bagaimana mahu meniti hari-hari jika semalam kita menyusur hidup dengan gembira dan penuh harapan kerana di suatu hari nanti, apabila tuhan mengizinkan kita akan dapat bersama dengan orang yang kita cintai. Segala janji-janji sumpah setia hidup bersama dipegang dijadikan azimat untuk kekal hidup walaupun dihujani pelbagai cabaran dan dugaan maha hebat. Namun, apabila orang yang dicintai itu lupa akan janji-janjinya untuk bersama dan pergi meninggalkan hubungan itu hanya kerana dia berjumpa jalan lain dalam merencanakan masa depannya tanpa mahu membawa kita bersama, ia adalah satu hukuman bunuh yang mampu mematikan hati dan jiwa sang pecinta. Itulah kisah Steven apabila cintanya dilupakan oleh Magdalena.


Buku ini sering dikaitkan dengan sebuah karya oleh Hamka yang terkenal iaitu Tengelamnya Kapal Van Der Wijck kerana kisahnya seakan sama, malah dialog popular Zainuddin kepada Hayati juga ada persamaan

Hayati : Sudah hilangkah tentang kita dari hatimu? Janganlah kau jatuhkan hukuman, kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti ini.
Zainuddin : Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.

Manakala antara Steven dan Magdalena dalam novel Magdalena pula:-

Magdalena : Engkau sangat kejam terhadap aku Steven. Jika Engkau menghendaki dapatlah Engkau mengasihani dan menyayangi daku.
Steven : Demikianlah sikap wanita pada tiap waktu dan tiap tempat, ia mengaku dirinya lemah dan tidak berdaya. Mengatakan bahawa laki-laki itu kuat dan perkasa. Kerana itu ia menuntut daripadanya tanggungjawab tentang sesuatu, tetapi ia tidak mahu menuntut tanggungjawab dari dirinya sendiri.

Jika anda telah pun membawa Tengelamnya Kapal Van Der Wijck, saya sarankan anda membaca novel Magdalena terbitan Biblio Pres ini untuk menilai sendiri persamaan antara dua novel ini. 


Bagaimanapun, saya mendapati novel ini mempunyai banyak kesilapan ejaan, font yang berlainan pada satu muka surat, terhadap garisan frame pada muka surat 15, dan kesalahan tajuk yang sepatutnya ditulis DARIPADA MAGDALENA kepada Steven, tetapi ditulis DARIPADA STEVEN kepada Magdalena. Walhal surat itu aalah coretan Magdalena untuk Steven. Buku ini diterbitkan seolah disunting secara tergesa-gesa. Diharap team Biblio Press boleh improve lagi di masa hadapan.


“Ketika itulah aku sedar bahawa saat-saat indah yang kita alami di bawah langit yang jernih, di atas bangku-bangku yang elok, di antara tangkai dan daun pohon yang bersilangan satu sama lain, bahawa semua itu sudah lalu. Taka da yang ketinggalan daripadanya selain kenang-kenangan. Aku menangis entah berapa lamanya, kemudian aku sedar, naik ke bilik dan duduk di hadapan mejaku menulis surat ini padamu. Bilakah Engkau kembali, Steven, dan bilakah hari-hari yang berbahagia itu akan kembali bersama Engkau.?” – Daripada Magdalena kepada Steven, mukasurat 91.

Friday, 29 July 2022

Book Review - The Promise

Tajuk : The Promise
Penulis : Damon Galgut
Penerbit : Vintage
Genre : Historical Fiction



The Promise charts the crash and burn of a white South African family, living on a farm outside Pretoria. The Swarts are gathering for Ma's funeral. The younger generation, Anton and Amor, detest everything the family stand for -- not least the failed promise to the Black woman who has worked for them her whole life. After years of service, Salome was promised her own house, her own land... yet somehow, as each decade passes, that promise remains unfulfilled.

The narrator's eye shifts and blinks: moving fluidly between characters, flying into their dreams; deliciously lethal in its observation. And as the country moves from old deep divisions to its new so-called fairer society, the lost promise of more than just one family hovers behind the novel's title.

In this story of a diminished family, sharp and tender emotional truths hit home. Confident, deft and quietly powerful, The Promise is literary fiction at its finest.



Phew… I don’t know how I managed to finish this book. This was so difficult to read because of the writing styles. Honestly, I skipped some of the parts of this book because I was struggled with the writing styles. The author decided not to use punctuation for the character's dialogue, kept switching from one character to another and it made me so difficult to differentiate if a character is talking… or thinking. I also need to re-reading and turn previous pages to figure out what was happening and to whom. The only reason I finished tis book because I tried to avoid DNF in my list.

The book starts with the death of Ma and a promise between Ma, Pa and the maid that the maid should have title to the house that the White family stays. The main of ths book was about Salome, a Black maid in apartheid South Africa around 1980an, which was Ma made a promise to. This book was supposed to be about the promise (but they ignored the promise and led to consequences for each of them) and Salome. But instead, the whole page was about lives and struggles of the White family she works for. These book also more to death and funeral stories from each Swarts family members. I was hoping that was interesting to read about South Africa, but nah.. there did not seem to be.

All the characters in this book are so plain, dull and boring. Personally, I think the storyline is ok but the writing styles ruined it and should not exist!


This book wasn’t for me. Sorry for the bad review here, just 2 stars from me.

Saturday, 23 July 2022

Ulasan Buku - Kisah Klasik Tamadun Melayu

Tajuk : Kisah Klasik Tamadun Melayu
Penulis : Abdullah Sidek
Penerbit : The Patriots
Genre : Non-Fiction


Bangsa Melayu sejak ribuan tahun yang lalu telah membina ratusan kerajaan yang membentang di Asia Tenggara. Kerajaan bangsa ini masyhur, didendangkan oleh pelbagai bangsa agung di dunia. Sudah tentu, sejarah tamadunnya yang berusia ribuan tahun ini juga pastinya menyimpan ribuan kisah menarik, hebat dan penuh pengajaran untuk tatapan anak bangsa. Justeru, buku ini dihasilkan dengan menghimpunkan 70 kisah klasik daripada tamadun Melayu, yang penuh ragam dan rencah supaya anak Melayu zaman moden tidak melupakan apa yang berlaku pada helaian riwayat nenek moyang mereka.


Penulis buku Kisah Klasik Tamadun Melayu, Abdullah Sidek Saat merupakan seorang guru sejarah yang banyak menulis buku-buku tentang sejarah Melayu antaranya ialah Perang Tamadun Melayu dan Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya. Penulis menggunakan nama Seri Cendekiawan sebagai nama pena di laman sosial telah banyak berkongsi tentang sejarah-sejarah Melayu di Facebook dan Twitter. Penulis menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami dalam setiap perkongsian.

Buku ini mengisahkan tentang cerita-cerita lama dan hikayat yang berkaitan dengan bangsa Melayu di seluruh Nusantara pada ketika dahulu. Kegemilangan Melayu ketika itu tidak disangkal lagi dengan kehebatan tentang Melaka, Sriwijaya dan sejarah tentang negeri-negeri yang dihuni oleh bangsa Melayu. Di sebalik kehebatan tamadun Melayu, terdapat pelbagai kisah-kisah klasik sama ada kisah benar atau kisah dongeng disampaikan oleh nenek moyang kita dari generasi ke generasi yang boleh diambil sebagai tauladan. Malah ada juga kisah-kisah klasik yang sekadar hiburan dan untuk menceritakan kehebatan bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu. Membaca buku ini juga dapat membuatkan kita membayangkan kehebatan dan keagungan Nusantara ketika itu.

Terdapat 70 kisah pendek klasik Tamadun Melayu yang dimuatkan dalam buku ini. Ada beberapa kisah yang kita tau dan sudah belajar di sekolah atau melalui penceritaan atuk dan nenek antaranya seperti kisah-kisah Hang Tuah, Pertaruhan Jebat – Tuah, kisah tentang Tun Teja, Tentang kekejaman Sultan Mahmun dan Singapura dilanggar todak. Dan ada juga kisah-kisah dalam buku ini yang tak pernah saya baca atau dengar seperti cerita asal usul nama daerah Setiu, Kisah Beruk Tunggal, Puteri Junjung Buih dan banyak lagi.

Dalam banyak-banyak kisah, yang menarik untuk saya ialah Krisis Raja Haji Dengan Belanda di mana Raja Haji merupakan Yam Tunku Muda ke-4 bagi kerajaan Johor Lama iaitu orang kedua paling berkuasa di Johor. Raja Haji telah mengadakan perjanjian bersama Belanda pada tahun 1780 tentang perdagangan di Pelabuhan Johor terutamanya di Riau. Namun, Belanda telah melanggar perjanjian itu dan ini menaikkan darah Raja Haji. Perlawanan yang sengit antara pasukan Raja Haji dan Belanda telah memaksa Belanda berunding dengan Raja Haji untuk berdamai. Sekali lagi Belanda memungkiri perjanjian dan memaksa Raja Haji sekali lagi menghantar pasukannya untuk berperang dengan Belanda. Raja Haji terkorban akibat bedilan meriam yang mengenai dadanya. Raja Haji telah diangkat sebagai Pahlawan National Indonesia pada tahun 1997.


Di tengah-tengah kehangatan filem Mat Kilau yang masih lagi ditayangkan di pawagam ketika ini, buku ini sangat sesuai dibaca untuk menyuntik lagi semangat ke-MELAYU-an dan cintakan bangsa dalam setiap darah bangsa Melayu. Bukan untuk menyuntik semangat berlawan dengan bangsa lain tetapi hanya untuk mengingatkan diri kita tentang kehebatan bangsa Melayu dahulu dan menguatkan jati diri. Untuk bangkit maju dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa hebat yang lain, kita perlu kenal asal usul dan sejarah supaya tidak melakukan kesilapan yang sama dilakukan oleh bangsa Melayu dahulu sehingga mengakibatkan tanahair kita dijajah dan dituduh sebagai bangsa pemalas dan tidak bertamadun oleh British walhal kita pernah mempunyai empayar dan tamadun yang cukup hebat dan dikenali di seluruh dunia.


“Jika ada carta lima kerajaan Melayu terbaik, pasti Funan dalam senarai tersebut. Funan bukan sahaja kerajaan Melayu yang mempunyai wilayah yang luas, bahkan kerajaan ini telah memainkan peranan yang penting dalam bidang keilmuan. Selain itu, ilmu kelautan orang Melayu Funan juga tidak kurang hebatnya iaitu mereka telah membina kapal yang boleh mengangkut 600-700 orang penumpang dan boleh menampung 1000 tan kargo. Semasa pemerintahan Fan Shih Man, baginda telah meluaskan lagi wilayah Funan dengan menakluk 10 buah kota lagi. Penaklukan ini telah menjadikan Funan sebuah kerajaan yang makmur kerana berjaya menguasai jalur perdagangan yang terpenting pada waktu itu.” – Ringkasan tentang kerajaan Funan dalam Kaundinya Membuka Funan, mukasurat 31.


Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...