Followers

Friday, 1 July 2022

Ulasan Buku - Bercakap Dengan Jun: Edisi Kombo

Tajuk : Bercakap Dengan Jun : Edisi Kombo
Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : FIXI
Genre : Fiksyen


Kematian, korupsi dan penindasan membentuk Jun menjadi lelaki tanpa empati. Di kota raya, Jun raja penyeluk saku yang tidak pernah gentarkan apa-apa sehinggalah datangnya seorang gadis di suatu malam, melahirkan bayi di sebuah rumah kosong dan terus menghilangkan diri meninggalkan bayinya bersama Jun.

Bayi itu disambut Jun dengan jiwa ketakutan, namun senyuman anak kecil berpipi merah itu menerbitkan kegembiraan dan menghakis setiap sisi kegelapannya. Jun bertekad menjaga, mendidik, dan membesarkan si bayi bersamanya di penempatan yang terasing jauh dari manusia. Dengan kudrat, darah dan air matanya, dia berkorban untuk menjadi ayah yang terbaik. Sehinggalah titik hitam yang mengubah segalanya.


Bercakap Dengan Jun: Edisi Kombo ini adalah gabungan dua buah buku. Buku pertama diterbitkan di bawah penerbitan DuBook Press. Buku kedua pula adalah sekuel buku pertama TETAPI ia tidak diterbitkan secara single melainkan terus digabungkan dan dijadikan satu buku di bawah terbitan FIXI. Dalam erti kata lain, jika anda sudah membaca buku pertama dan ingin membaca sekuel Bercakap Dengan Jun, anda perlu membeli edisi kombo ini. Kalau anda peminat karya-karya Hasrul Rizwan, anda boleh memiliki kedua-duanya, kan?


Buku Pertama
Mengisahkan seorang pemuda berusia awal 20an yang kerjayanya ialah sebagai penyeluk saku secara professional dan tinggal seorang diri dalam sebuah kawasan projek rumah terbengkalai dan salah sebuah rumah itu milik arwah emaknya yang tidak sempat disiapkan oleh pemaju kerana pemaju telah lari meninggalkan projek perumahan tersebut menjadi hutan dan semak samun dan dihuni pelbagai hidupan liar juga makhluk-makhluk halus dari alam lain. Dia tidak keseorangan di situ tetapi ditemani seekor anjing yang diselamatkan olehnya satu ketika dahulu dan diberi nama Saigon. Di awal penceritaan buku ini, penulis membawa kita menyelami  watak utama sebagai penyeluk saku, bagaimana penulis dapat mengambarkan dengan begitu terperinci tentang kerja seorang penyeluk saku serta membawa pembaca menyusuri keadaan kawasan sekitar Taman Cekur Manis yang jauh dari kawasan dan kehidupan manusia lain.

Suatu malam, seorang wanita telah datang ke kawasan kediamannya keseorangan dan melahirkan seorang bayi. Dalam keadaan ketakutan dan tanpa pengalaman, dia telah berjaya menjadi bidan terjun dan menyelamatkan dua nyawa namun apabila siang, wanita itu pergi meninggalkan bayi bersama pemuda ini tanpa apa-apa pesanan. Bermulalah kehidupan sebenar pemuda ini, dari seorang penyeluk saku dan kemudian meninggalkan kerjaya gelap itu demi membesarkan bayi itu dan memulakan hidup baru. Masa berlalu, pemuda itu bahagia bersama bayi yang dinamakannya Ranum dan semakin membesar lincah ke mana sahaja ditemani Saigon. Walaupun hidup serba kurang dan jauh dari manusia lain mereka bahagia bersama. Dia mencurahkan seluruh kasih sayangnya untuk Ranum tanpa berbelah bahagi dan pemuda itu sanggup melakukan apa sahaja sekalipun nyawa sebagai galang-ganti hanya untuk melindungi Ranum dari disakiti.

Hari berganti hari, apabila Ranum genap usia 6 tahun. Ranum diperkenalkan dengan seorang gadis penjual bakery yang tahu segala rahsia pemuda tersebut, yang Ranum kenali sebagai Ibu Naurah dan pemuda itu terserempak kembali dengan seorang gadis misteri dalam tren, Lily. Namun, sesuatu petaka telah terjadi dan meragut kebahagian hidupnya bersama Ranum dan Saigon. Bahagia yang dikecapi bertukar menjadi mala petaka.

Buku Kedua
Pemuda itu yang namanya JUNAIDI atau JUN masih hidup dan terperangkap dalam tirai besi. Jun telah kehilangan Ranum dan Saigon. Mulanya Jun putus asa bila cinta hatinya, si Pipi Merah tiada lagi disisi dan Saigon mati selepas berjuang bersamanya namun dengan kekuatan dan semangat yang Lily titipkan sebelum berangkat ke luar negara, Jun bangun kembali dengan tekad untuk mencari kembali Ranum.

Selepas 15 tahun dipenjara, Jun kembali ke Taman Cekur Manis dan memulakan hidup baru sebagai tukang kasut di Ibu Kota. Sambil-sambil itu, Jun terus mencari Ranum yang telah pun berusia 21 tahun kini. Pencarian tidak lama, Jun berjaya bertemu dengan Ranum namun tidak mahu merosakkan kebahagian anak gadisnya itu maka Jun nekad bekerja di hotel dibawah penyeliaan Ranum dan bahagia walaupun hanya mampu melihat anaknya dari jauh. Namun, kebahagian seperti bukan miliknya. Sekali lagi bahagianya diragut apabila kemunculan Naurah semula dan semuanya hilang dalam sekelip mata.

Segala persoalan dalam buku pertama terungkai dalam buku kedua. Buku kedua lebih laju penceritaan berbanding buku pertama dam karakter Jun meningkat dari seorang lelaki yang sepi, menjadi seorang lelaki yang ganas dengan pelbagai aksi. Dalam buku kedua juga akhirnya kita tahu nama pemuda itu adalah Junaidi atau JUN.


Ini kali pertama saya membaca buku tulisan penulis Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn. Jika anda tak kenal siapa penulis, anda mungkin tak terbayang penulis adalah seorang pengurus jenazah, pembuat keranda dan memiliki perniagaan roti. Selain Bercakap Dengan Jun dan Bercakap Dengan Jun: Edisi Kombo, Hasrul Rizwan sudah memiliki lebih dari 10 buah buku karya dan kebanyakan karyanya adalah berbentuk komedi namun berlainan dengan Bercakap Dengan Jun, buku ini sarat dengan kesedihan yang mampu mengalirkan air mata pembaca. Perincian setiap karakter diolah dengan begitu baik sekali sehingga saya merasakan watak Jun benar-benar wujud dan saya boleh rasa kekosongan jiwa, sepi, gembira atau bahagia setiap watak.

Dalam buku kedua ni, saya jadi canggung sekejap bila kata ganti diri telah bertukar dari SAYA kepada AKU. Mungkin penulis ada sebab tersendiri tapi untuk saya, agak sukar terima sebuah buku bertukar kata ganti secara tiba-tiba. Begitu juga dengan panggilan Ibu Naurah dalam buku pertama, dan menjadi EMAK dalam buku kedua. Namun di akhir bacaan, EMAK menjadi IBU pula. Selain itu, bagaimana Jun pandai memandu kereta? Mungkin Jun sempat belajar memandu sekejap dalam beberapa minit dengan Lan Mudoq. Apa pun, buku ini antara buku fiksyen Melayu terbaik yang pernah saya baca. Jika buku ini dapat diadaptasi menjadi sebuah drama, mesti sangat menarik dan Amirul Effendi pleaseee....


“Aku hanya duduk dan merasa hangat bara api yang membakar kulit. Sebetulnya, aku tidak pernah membayangkan untuk kembali ke sini dalam keadaan tekal. Terlalu banyak memori yang berlegar di setiap inci dan ceruk tanah ini. Walau ke mana sahaja wajah ini dipaling, di situ wujudnya tubuh Ranum yang pernah mengisi kehidupan di Cekur Manis. Aku cuba untuk tidak berfikir lebih jauh namun fikiranku berbolak-balik. Tiada kemanisan untuk dikenang atau membuat hati ini lebih gembira melainkan kembali terheret ke belakang jeriji besi.” – mukasurat 228.

Monday, 27 June 2022

Book Review - Educated

Tajuk : Educated
Penulis : Tara Westover
Penerbit : Windmill
Genre : Non-Fiction Based On True Story


It’s quite difficult for me to find the right word to start review this book. I bought this book at Kinokuniya, recommended by booktok. Not really in my wishlist tapi when I found it, without realized it.. I grab and pay. One of the best books I’ve read so far. Tak menyesal beli.

 
Tara Westover was 17 the first time she set foot in a classroom. Born to survivalists in the mountains of Idaho, she prepared for the end of the world by stockpiling home-canned peaches and sleeping with her "head-for-the-hills bag". In the summer she stewed herbs for her mother, a midwife and healer, and in the winter she salvaged in her father's junkyard.
Her father forbade hospitals, so Tara never saw a doctor or nurse. Gashes and concussions, even burns from explosions, were all treated at home with herbalism. The family was so isolated from mainstream society that there was no one to ensure the children received an education and no one to intervene when one of Tara's older brothers became violent.
Then, lacking any formal education, Tara began to educate herself. She taught herself enough mathematics and grammar to be admitted to Brigham Young University, where she studied history, learning for the first time about important world events like the Holocaust and the civil rights movement. Her quest for knowledge transformed her, taking her over oceans and across continents, to Harvard and to Cambridge. Only then would she wonder if she'd traveled too far, if there was still a way home.Educated is an account of the struggle for self-invention. It is a tale of fierce family loyalty and of the grief that comes with severing the closest of ties. With the acute insight that distinguishes all great writers, Westover has crafted a universal coming-of-age story that gets to the heart of what an education is and what it offers: the perspective to see one's life through new eyes and the will to change it.


Buku ni dibahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama - Tentang kehidupan Tara waktu kecil hingga umur 16 tahun. Tentang hidupnya bersama 7 adik beradik dan ibu bapanya dan watak sampingan nenek dan atuknya. Tentang kehidupan hariannya masa kecil yang terpinggir dari kejiranan di Idaho dan dihabiskan dengan membantu mak buat campuran untuk homeopathy sambil bekerja bersama bapanya dengan mengumpulkan barang-barang lusuh dari tempat pembuangan sampah. Tanpa sijil kelahiran, tanpa sekolah, tanpa hospital, tanpa tv dan radio dan tanpa access dari kehidupan disekeliling, Tara dan 6 lagi adik beradiknya membesar di bawah pengaruh dari bapanya yang extreme dengan kepercayaan Mormonism dan iluminasi .
Bahagian kedua - Tentang perjalanan dan cabaran Tara di kolej hingga berjaya dapat Diploma dansedikit konflik bersama keluarga.
Bahagian ketiga - Bermula konflik yang lebih mendalam apabila hampir semua keluarga menentang Tara.  Tekanan emosi Tara menghadapi pengkhianatan demi pengkhianatan dari ahli keluarga sendiri, Tara bangkit bila ada sisa-sisa keluarga yang masih percaya dan menyokongnya hingga berjaya mengenggam PHD.

 

It’s quite inspiring membaca pengalaman Tara Westover walaupun tanpa pendidikan formal di sekolah, beliau berjaya lulus peperiksaan untuk masuk ke Kolej dan seterusnya menamatkan pengajian dan mengenggam PhD pada usia 27 tahun sekaligus bergelar Dr. Tara Westover. Bukan sahaja Tara, malah 2 lagi abangnya iaitu Tyler dan Richard juga berjaya menghabiskan pengajian sehingga peringkat PhD walaupun tanpa pendedahan dengan sekolah. Tekanan demi tekanan dilalui walaupun mungkin pengalamannya dalam perjalanan menghabiskan PhD, namun Tara masih Tara yang dulu yang kuat berpegang dengan kepercayaan agamanya dan kekal setia pulang dan mencari kemaafan dan restu keluarga sehinggalah satu kejadian yang menyebabkan Tara pergi dan tidak kembali.
Tara dan keluarga telah didoktrin oleh bapanya yang paranoid (kemungkinan menghidap Bipolar dan schizophrenic). Pada mulanya, ibu Tara menjadi seorang yang menyokong dan bantu loncatan untuk Tara dan abang-abangnya namun semuanya bertukar menjadi sebaliknya apabila Tara mula membangkitkan isu keganasan yang dilakukan oleh abang mereka, Shawn terhadap dirinya, Audrey dan isteri abangnya Emily. Ibu Tara bertukar menjadi enable sehingga menghasut keluarga untuk menentang Tara.
Menjerit-jerit dalam hati saya apabila Tara masih lagi mahu pulang ke rumah, dan masih lagi mahu berdepan dengan keluarga yang toksik (pandangan saya) sedangkan Tara banyak peluang untuk keluar dari keganasan, manipulasi dan konflik keluarga and keep moving on but then I realized that, losing family might not be easy for her. 
Selepas beberapa google tentang keluarga Westover, saya terjumpa sebuah buku EDUCATING iaitu buku yang ditulis oleh ibunya sendiri (sendiri tulis, sendiri publish, sendiri jual) untuk membalas kembali buku Educated ini. Namun, rasa lega bila membaca review dari kakak iparnya sendiri, Stephanie di Goodreads.

Read this book and you can see what it looks like to live with a manipulative parents n beliefs that totally deny any truth other than their own. Totally insane but it’s happening around us right now.
 
 
“I had built a new life, and it was a happy one, but I felt a sense of loss that went beyond family. I had lost Buck’s Peak, not by leaving but by leaving silently. I had retreated, fled across an ocean and allowed my father to tell my story for me, to define me to everyone I had ever known. I had conceded too much ground – not just mountain, but the entire province of our shared history.” – Tara Westover.

Monday, 20 June 2022

Ulasan Buku - Gelagat & Ragam Orang Melayu

Tajuk : Gelagat & Ragam Orang Melayu
Penulis : Frank Swettenham (Terjemahan oleh Ahmad Zamani Ishak & Norziati Rosman)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiction


Frank Swettenham antara watak penting ketika Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Dua dekad berlalu, setelah menyandang beberapa jawatan dan kelana di Tanah Melayu antara P. Pinang, Perak dan Selangor, duta penjajah ini menerbitkan ceritanya. Latah, liat bayar hutang, darjat keturunan, setia cinta dan di sisi lain amuk, perkelahian dan pembalasan dendam – beginikah lakaran suasana Tanah Melayu di mata orang putih? Semua orang berhak tahu bagaimana penjajah membicarakan manusia yang didakwanya terlempar jauh dari “peradaban” dan “ketamadunan”.
 
 
Sir Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral Pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga 1901. Buku ini ditulis dengan tajuk asal Malay Sketches pada tahun 1895 dan merupakan catatan peribadi beliau tentang pemerhatian suasana Tanah Melayu dan gelagat orang Melayu. Terdapat 22 bab anekdot dan kisah berkisar tentang kehidupan bangsawan, gaya hidup orang Melayu tempatan, budaya, sosiobudaya serta kisah-kisah tahayul orang Melayu dulu-dulu dari sudut pandangan Sir Frank Swettenham. Melalui buku ini juga, Sir Frank Swettenham mengambarkan Tanah Melayu sebagai sebuah tempat yang dilimpahi kekayaan semula jadi yang terdampar jauh dari peradaban manusia.
 
Berikut adalah beberapa petikan menarik tentang Tanah Melayu dan orang Melayu melalui kaca mata Sir Frank Swettenham:-
 
1. Sir Frank Swettenham mengambarkan sifat orang Melayu sebagai berani dan boleh dipercayai. Orang Melayu juga pandai berjenaka dan mesra serta suka bergurau senda. Selain itu, orang Melayu juga adalah jenis yang sukar menerima perubahan, bangga dan taat akan negara, patuh kepada adat dan takut akan raja dan sangat menghormati pihak berkuasa. Orang Melayu juga dikatakan sebagai golongan bangsa yang mudah belajar dan akan buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka hajati.
Sir Frank Swettenham memperincikan pemuda Melayu secara umum sebagai tampan, dihiasi mata, bulu mata dan kening yang cantik, tetapi wajah seperti sedih dan kemurungan. Mata mereka pula besar dan jernih manakala perempuan Melayu pula digambarkan sebagai ayu dan pintar berbicara, petah, pandai bergurau senda dan cepat menangkap maksud kiasan. Mereka juga gemar membaca karya persuratan dalam bahasa Melayu serta selalu menggunakan bahasa kiasan apabila berbicara sehingga sukar untuk kaum lelaki memahaminya. Perempuan Melayu juga ramah, lemah lembut tetapi sesekali garang, cemburu, boros dan apabila menjelang usia 40an, mereka gemar akan barang kemas dan pakaian cantik.
 
2. Di dalam tajuk KELINCIKAN PANGLIMA PERANG SEMAUN, Sir Frank Swettenham mengambarkan keadaan keliling kawasan rumah Haji Musa sebagai sebuah pemandangan yang indah – “…Sinar matahari memancar di atas hamparan kuning padi yang nun jauh di sana dilatari perbukitan berwarna biru lembut. Betapa indahnya kesemua itu!”
 
3. Sir Frank Swettenham memuatkan kisah-kisah tentang keunikan orang Melayu melalui amuk, latah, kepercayaan tahayul, tarian joget dan adat istiadat diraja serta golongan bangsawan.
 
4. Dalam 22 bab, kisah paling menarik adalah tentang gelagat seorang Sultan di sebuah negeri Melayu yang digelar sebagai Raja Caddock. Sultan ini pernah dinafikan haknya sebagai Sultan sehinggalah Baginda menjadi miskin pada umur 50 tahun, namun hak dan kedudukannya dikembalikan semula. Sultan ini digambarkan sebagai seorang yang sombong, suka memerintah dan suka menguasai. Disebalik perwatakan sombong baginda, baginda juga dikatakan sebagai seorang yang pintar dan berpengetahuan luas serta gigih membina persahabatan dan kesetiaan bersama British. Kedegilan Baginda telah mengheret baginda ke mahkamah kerana enggan membuat bayaran untuk kereta sorong khas untuk bayi dan kotak muzik sehingga berlaku pertengkaran antara Sultan ini dan Imam. Baginda akhirnya meninggal kerana ketumbuhan dalam otak dan hanya menaiki takhta selama 10 bulan. Baginda mangkat pada 26 Julai 1887 dan dikebumi di daerah Sayong, diberi gelaran Almarhum Gharirullah bermaksud semoga Allah mengampuni baginda.
 
5. Bab tentang pembunuhan JWW Birch, Sir Frank Swettenham menerangkan secara terperinci tentang kejadian itu yang turut melibatkan beliau dan hampir-hampir membunuh beliau serta beberapa orang yang pengikut beliau dan Raja Mahmud. Baca dengan lapang dada sebuah kisah yang tidak diceritakan dalam buku teks sejarah tetapi dari kaca mata seorang penjajah British yang ada ditempat kejadian.
 
 
Buku ini sangat menarik dan enjoy membaca kisah kehidupan orang Melayu 100 tahun dahulu yang hanya mempunyai sungai sebagai ‘jalanraya’ dan berkongsi ‘rumah’ dengan haiwan-haiwan bahaya seperti ular, buaya dan juga harimau. Sir Frank Swettenham mempunyai pemerhatian dan pengetahuan yang baik tentang budaya, cara hidup dan kepercayaan agama orang Melayu sepanjang beliau berkelana di Tanah Melayu namun segala pandangannya tentang orang Melayu adalah cuma pandangan sebagai orang luar yang masuk ke ‘rumah’ orang Melayu dan persepsinya terhadap orang Melayu saya tidak anggap ia mewakili orang Melayu secara umum. Saya menganggap Sir Swettenham sedang berkata tentang golongan bangsawan bukanlah rakyat jelata yang bekerja siang dan malam membanting tulang bercucuk tanam di atas tanah mereka sendiri.
Apa pun, buku ini sangat menarik dan membuatkan saya sukar untuk berhenti membaca namun perlu diingatkan bahawa ia ditulis oleh orang British dan seorang penjajah yang adakalanya gemar memandang rendah pada bangsa lain dan merasa bangsa mereka yang paling berpendidikan dan bertamadun.
 
 
“Perempuan itu daripada keturunan diraja bernama Maimunah. Bagi ukuran orang Melayu, dia seorang yang bertubuh mungil tetapi anggun, mempunyai tangan dan kaki yang sangat kecil,muka bujur sirih dan bermata galak, bebola mata yang hitam ibarat teratai yang terapung dalam telaga putih kebiruan, kelopak mata yang terbuka luas atau separa terbuka berkelip-kelip dengan gaya memikat yang diteduhi bulu mata nan lentik. Hidngnya mancung, bibirnya bak delima merekah menutupi barisan giginya yang cantik dan putih. Di kedua-dua belah pipinya ada “lesung mata” yang sungguh mempersona hingga menggoda orang yang melihatnya hingga mati. Rambutnya yang hitam berkilat berjuntaian melengkung membujur di dahinya, mengurai lurus di belakang kepalanya yang terletak elok dan diikat dalam simpulan ringkas dengan penyepit rambut..” – Gambaran seorang wanita bangsawan bernama Maimunah oleh Sir Swettenham dalam tajuk Perkasihan Terlarang.

Wednesday, 15 June 2022

Ulasan Buku - 1984

Tajuk : 1984
Penulis : George Orwell (Penterjemahan oleh Aida Harun Ramli
Penerbit : Biblio Press
Genre : Sci-Fic


Among the seminal texts of the 20th century, Nineteen Eighty-Four is a rare work that grows more haunting as its futuristic purgatory becomes more real. Published in 1949, the book offers political satirist George Orwell's nightmarish vision of a totalitarian, bureaucratic world and one poor stiff's attempt to find individuality. The brilliance of the novel is Orwell's prescience of modern life—the ubiquity of television, the distortion of the language—and his ability to construct such a thorough version of hell. Required reading for students since it was published, it ranks among the most terrifying novels ever written.


Buku ini diterbitkan pada tahun 1949 antara karya paling terkenal dari penulisnya George Orwell selain Animal Farm, satira novel yang diterbitkan lebih dulu dari 1984 iaitu pada tahun 1945. George Orwell atau nama sebenar Eric Arthur Blair adalah seorang pengarang dan wartawan Inggeris yang kuat menentang totalitarianism dan menyokong demokrasi.


PEPERANGAN ADALAH KEDAMAIAN
KEBEBASAN ADALAH PERHAMBAAN
KEJAHILAN ADALAH KEKUATAN


Saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari kata-kata yang sesuai untuk menulis tentang buku ini. Buku ini membuatkan saya rasa masuk ke dalam dunia yang suram, murung dan kehidupan di bawah kawalan Bang Besar yang dilalui oleh Winston Smith dan rakyat Oceania yang rata-rata miskin dan tidak berpelajaran. Sebahagian besar penduduk Oceania terdiri dari prole atau proletariat, penduduk kelas bawahan yang miskin dan tidak mempunyai pendidikan namun mereka lebih “bebas” walaupun menjalani kehidupan yang menyedihkan dan kekurangan makanan.
Tetapi sebilangan kecil penduduk yang merupakan Ahli Parti yang bekerja untuk Parti dan Abang Besar. Setiap pergerakan mereka diteliti oleh teleskrin. Setiap objek sama ada hidup atau mati, Abang Besar berada di mana-mana dan dalam bentuk apa pun mereka mengawal kehidupan manusia seperti Winston Smith, Parsons, Syme dan juga Julia di bawah kementerian masing-masing dengan cara yang sangat extreme. Bekerja, makan, minum, tidur, bercakap, malah berfikir dan berkahwin juga dikawal oleh Parti. Sebarang tanda luar biasa secara automatic akan dikesan oleh teleskrin, Polis Fikiran malah anak-anak mereka sendiri tidak teragak-agak untuk mengkhianati ibu bapa mereka dan melaporkan kepada Parti.
Winston sendiri kurang pasti adakah benar tahun yang dilaluinya ketika itu adalah tahun 1984, kerana Parti telah membuang, menukar dan menambah sejarah lalu dan masa depan. Dalam erti kata lain, sesuatu yang dikatakan KEBENARAN itu tidak semestinya benar tetapi pandangan palsu yang direka oleh Parti untuk mencuci minda rakyat. Malah, bahasa juga ditukar dari Oldspeak menjadi Newspeak untuk mengawal pertuturan dan bahasa rakyat. Segala berita dan artikel ditukar mengikut aturan Parti dan bahasa juga ditukar dengan bahasa Newspeak.
Kebebasan adalah perhambaan, bermaksud, satu-satunya cara untuk bebas adalah dengan membiarkan Parti mengawal kehidupan dan kehilangan diri-sendiri. Berhenti untuk menjadi individu dan membiarkan Parti mengawal minda termasuk tubuh badan anda.
Winston menemui ‘kehidupan’nya ketika bersama Julia, yang bekerja di Kementerian Fiksyen. Mereka bertemu secara rahsia, di tempat yang dirasakan rahsia untuk menjalinkan hubungan cinta yang rahsia dan mengalami detik-detik pendek yang terindah dalam hidup mereka. Tetapi pada akhirnya mereka terpaksa mengkhianati antara satu sama lain setelah tertangkap, dipukul dan diseksa tanpa belas kasihan oleh Kementerian Kasih Sayang.
 
 
This book takes you through rollercoaster ride, membuatkan saya rasa gelap, sedih, murung, kecewa, naik sebentar dan turun menjunam balik dengan rasa patah hati. LENGKAP. Saya cuba meneroka dan mendalami kehidupan Winston dan Julia, saya fikir, mati adalah jawapan yang terbaik dari hidup di bawah kawalan kerajaan. Bukan sekadar kita tak boleh menjadi seorang manusia yang punya naluri, malah minda juga dikawal supaya tidak berburuk sangka dengan pihak kerajaan. Buku ini membuatkan saya berfikir dan cuba membandingkan apakah kita sedang melalui apa yang ditulis oleh George Orwell pada tahun 1949 ini, terjadi pada waktu ini? Adakah minda kita dan kehidupan kita sedang dikawal? Doublethink? Perhaps. Perhaps no.
Basically, I think everyone should read this book. Berbaloi untuk dibaca.
 
 
“.. Dan kalau pun kami membiarkan kamu hidup sehingga ke akhir hayat semula jadi kamu, kamu tetap tidak akan lepas daripada kami. Apa yang terjadi kepada kamu di sini akan kekal selamanya. Fahamkan ini dari awal. Kami akan hancurkan kamu sehingga kamu tidak dapat kembali kepada keadaan diri kamu yang asal. Ada perkara yang akan berlaku ke atas kamu, yang kamu tidak akan dapat sembuh daripadanya, walaupun kamu hidup untuk seribu tahun. Kamu tidak akan mampu lagi merasai perasaan insan biasa. Segalanya akan mati dalam diri kamu. Kamu tidak akan mampu mengalami cinta, persahabatan, merasai nikmat hidup, gelak ketawa, perasaan ingin tahu, keberanian atau integriti. Kamu akan hidup dalam kekosongan. Kami akan perah kamu sampai kering, kemudian kami aka nisi lompong dalam diri kamu dengan kewujudan kami sendiri.” – O’Brien.  

Friday, 10 June 2022

3x Ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2022

Assamualaikum dan Salam Jumaat.. gittew...

Hari ni adalah hari ke 10 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 atau singkatannya PBAKL22 yang berlangsung di WTC KL dari 3 June sampai 12 June 2022. Pesta buku ni sepatutnya diadakan pada bulan Februari 2022 tetapi masa tu program vaksin belum habis lagi, jadi extend ke bulan Jun pula.




Kali terakhir PBAKL diadakan adalah pada tahun 2019, kemudian berhenti sementara sebab covid. Saya juga berkesempatan ke PBAKL yang lepas-lepas dan kebiasaannya saya akan pergi keseorangan untuk mencari buku-buku yang boleh dibawa pulang. Bezanya pesta buku kali ini ialah saya sudah ada penerbit, penulis dan buku-buku genre yang saya sudah aim dan listkan dan lebih enjoy mengunjungi PBAKL kali ni.

Untuk pengetahuan anda, sehingga semalam saja, saya telah mengunjungi PBAKL22 sebanyak 3x. Dan sebanyak 3x juga saya datang dan bawa pulang beberapa naskhah buku dari pelbagai penerbit, penulis dan genre. Kali pertama saya ke PBAKL bersama Si Adik, kali ke dua sekadar singah untuk mengambil buku pre-order saya di reruai IBDE (tetapi sempat membeli 3 buah buku lagi) dan semalam saya datang untuk membawa Si Abang dan juga Adik untuk membeli buku mereka (malah saya juga membeli 2 buah buku lagi). Saya masih belum kira berapa banyak total damage kali ini... hahaha... seram!

Baik.. dalam entry hari ni saya nak share pengalaman, dan gambar-gambar suasana PBAKL22 kali ini.

Kebiasaan, saya akan terus menuju ke Dewan Tun Razak 3 di level 3, dimana terletaknya reruai kementerian, reruai buku-buku latihan dan rujukan untuk para pelajar sekolah serta para pelajar di pusat pengajian tinggi, dan buku-buku komik mangga. Antara pempamer yang berada di Dewan Tun Razak 3 ialah seperti Popular, Dubook Press, Ana Muslim, Karangkraf, MPH, Gerakbudaya (buku-buku di GB adalah antara buku-buku yang menarik), dan juga reruai Grolier😂. Saya terpaksa mengelak dan memberi pelbagai alasan untuk tidak berhenti di reruai tersebut walaupun telah dimaklumkan anak saya sudah berusia 10 tahun dan sudah lancar membaca bahasa Inggeris. Bukan sekadar membaca, malah sudah pandai mengarang cerpen khayalannya sepanjang 200 patah perkataan dalam bahasa Inggeris 😂





Terdapat kombo menarik di Dubook Indo yang menawarkan 5 buah buku dengan harga RM50. Buku Entrok adalah antara buku yang ada dalam kombo ini.

Dr Mazlee adalah antara penulis yang sangat saya minati walaupun ada sebuah buku yang tidak saya gemari, tetapi saya tetap akan terus membeli karya Dr Mazlee



Sejujurnya saya tidak begitu kenal Ustaz Adnin Roslan ini tetapi saya biasa melihat Ustaz ini di media sosial. Semalam saya berpeluang melihat Ustaz Adnin di reruai Tarbiah Sentap ketika sesi bersama penulis.


Selesai di Dewan Tunku Razak 3 di tingkat 3, saya seterusnya ke Dewan Tunku Razak 4 di tingkat 4 untuk 'melawat' pempamer yang lain pula. Di sini, perkara utama yang kita perlu ada sebelum melangkah masuk ke dalam Dewan Tunku Razak 4 ialah KEWARASAN 😂. Kerana di sini terdapatnya penerbit-penerbit buku yang menjadi kegemaran saya. Nama-nama seperti The Patriots, Jejak Tarbiah, The Bibliopress, Iman Publications, Kata Pujangga, Kata Pillar, Keluarga Latif, Whitecoat dan penerbit kegemaran terbaru saya ialah IBDE Ilham semuanya di Tingkat 4 ini.





The Patriots ada tawarkan kombo deal dan diskaun RM5 untuk buku-buku di bawah penerbitan The Patriots dan Maha Karya. Untuk kombo, buku-buku yang berharga RM28 untuk 2 buah, akan dapat harga RM60 manakala buku-buku berharga RM38 jika beli 2 buah buku akan jadi RM60.

Di reruai Fixi pula, Si Abang mendapatkan buku kombonya 3 buah yang berharga RM50, dan oleh kerana penulis Hasrul Rizwan rajin promote bukunya di twitter yang bertajuk Bercakap Dengan Jun, jadi saya juga membeli buku itu. 




Saya mencari reruai Kata Pillar untuk mendapatkan buku baru dari Penulis Dentang, iaitu Saharil Hashim Sanin - Seluruh Alam Dalam Sebutir Debu. Saya juga membeli buku Kitab Para Ku-Cheng untuk Si Adik yang gemar kucing tetapi alergik bulu kucing.

Di sini adalah laluan BAHAYA kerana terdapat pempamer hebat seperti Jejak Tarbiah, The Bibliophile, IBDE Ilham, Kata Pujangga dan Iman Publications. Pada pesta buku yang lepas-lepas saya juga telah tergadai RM di reruai Jejak Tarbiah kerana dedikasi para staff yang berjaya 'meracun' saya dengan sinopsis buku-buku mereka. Saya juga melantik diri sendiri sebagai supporter Kiridaren iaitu owner The Bibliophile yang sentiasa dedikasi dan akhirnya saya terjebak di reruai IBDE Ilham kerana genre buku-buku sejarahnya yang mengiurkan.





Saya mengidam buku IBDE Ilham bertajuk Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dan Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama yang berharga RM150 untuk 2 kombo ini. Tetapi agak extreme lari budget jika saya membelikan. Mungkin bukan rezeki saya kali ini.

Saya adalah follower tegar dan setia untuk penerbit Kata Pujangga kerana tweet-tweet dan post admin twitternya yang bersahaja dan mesra. Asalnya, mereka tegur saya di Bangunan Majestic PJ, lama-lamaan saya menjadi pengkut mereka. Jika mencari buku-buku lama, rare dan sejarah boleh cari buku-buku mereka di instagram @/buku_pujangga, atau di fb dan twitter @/BukuPujangga. Support mereka sebab nanti saya dapat kopi sedap...


Oleh kerana laluan di reruai Jejak Tarbiah dan The Bibliophile sentiasa penuh, jadi saya terpaksa mengambil gambar reruai mereka di Twitter.

Jejak Tarbiah x Jiwa telah menganjurkan program #Dana1murid1buku untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun ke bawah atas inisiatif NGO @/berbagibukubuku (akaun twitter) yang mengadakan kutipan dana untuk memberi kanak-kanak buku percuma sepanjang PBAKL22 berlangsung. Terima kasih Jejak Tarbiah atas usaha yang murni ini. Terharu melihat anak-anak kurang berkemampuan dapat memiliki buku-buku baru dan berkualiti dari reruai ini. Insya-Allah saya juga akan terus menyumbang untuk kegembiraan anak-anak yang tidak bernasib baik ini.

Pinjam gambar team Jejak Tarbiah di sini


The Bibliophile ada tawaran RM90 untuk 3 buah buku - 1984, Pedagodi Kaum tertindas dan Dilema Ahli Psikologi Muslim tetapi memandangkan saya sudah pre-order buku 1984 dan saya telah beli Pedagogi Kaum Tertindas, jadi saya terlepas kombo Pembebasan kali ini.  Untuk Kombo Wanita Anggun pula untuk buku Magdalena dan Angkuh & Prasangka ialah RM75 dan beberapa kombo lain lagi yang SANGAT BERBALOI UNTUK ANDA BELI SEMASA PBAKL ni.

Tapi saya telah belanja RM240 di kedai Bibliophile di PJ sebelum PBAKL tempohari. Saya patut dapat free payung atau tshirt mereka 😤 

Pinjam gambar The Bibliophone dari Twitter 


Tamat sesi menghabiskan beras duit di Dewan Tun Razak 4, saya terus ke Dewan Tun Hussien Onn di tingkat 2, di mana terletaknya pempamer ITBM iaitu buku-buku terjemahan sastera dan sejarah dunia. Di Dewan Tun Hussien Onn ini, pempamer ITBM ada menawarkan diskaun yang sangat berbaloi untuk anda miliki buku-buku mereka. Saya yakin saya memerlukan masa yang agak lama untuk mencari dan menyelam di dalam lautan buku-buku terbitan ITBM jadi saya terpaksa surrender kerana memikirkan anak-anak yang akan menunggu lama nanti.




Selesai untuk kali ini, Sehingga entry ini siap ditaip, saya masih belum pastikan berapa jumlah keseluruhan RM yang saya belanjakan sepanjang 3x saya ke PBAKL kali ni. Mungkin akan datang, saya perlu daftar untuk jadi pekerja di sini dan habiskan wang gaji saya untuk buku-buku yang saya minat. Doakan saya diterima bekerja part time dengan salah satu penerbit kegemaran saya.


Pesta buku ini adalah sebuah keraian untuk para penerbit, penulis, penterjemahan, editor, penyunting hinggalah ke pembaca. Ada yang mempersoalkan ke mana perginya ANTARABANGSA jika semua penerbit dan pempamer rata-rata orang Melayu Islam. Malah pengunjung juga orang-orang melayu Islam. Tak apa, kita tunggu penganjur PBAKL jelaskan nanti itu pun jika ada tapi pendapat peribadi saya, bukan mudah untuk lihat orang Melayu menguasai sesuatu bidang perniagaan yang di monopoli oleh kaum bukan Melayu. Saya gembira melihat pengunjung PBAKL yang khabarnya mungkin akan mencecah 1 juta orang ahad nanti. Syabas saya ucapan.

Masihkah ada lagi kata-kata ORANG KITA MALAS MEMBACA atau ORANG KITA TAK MINAT MEMBACA? Boleh tepekkan gambar-gambar PBAKL22 ini di dahi mereka dan katakan pada mereka, "Di mana anda dalam 1 juta pengunjung ini?" dan tinggalkan mereka dengan penuh ke-maluan.


Ini sahaja kudrat saya untuk kali ini. Menaip lebih penat dari berjalan 3x ke PBAKL tau.. sekian.


Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...