Followers

Tuesday, 17 May 2022

Book Review - All Your Perfects

Tajuk : All Your Perfect
Penulis : Colleen Hoover
Penerbit :
Genre : Romance


Quinn and Graham’s perfect love is threatened by their imperfect marriage. The memories, mistakes, and secrets that they have built up over the years are now tearing them apart. The one thing that could save them might also be the very thing that pushes their marriage beyond the point of repair.

Buku pertama Colleen Hoover yang saya baca. Colleen Hover adalah penulis ber-genre romance yang sedang popular di social media kerana novel-novel cintanya. Melalui review, ALL YOUR PERFECT memiliki kelainan dari buku-bukunya yang lain kerana buat pertama kali mengetengahkan permasalah cinta pasangan yang sudah bersama bukanlah percintaan yang sedang bermula seperti novel-novelnya yang lain. Pada pendapat saya yang pertama kali membaca tulisan Colleen Hoover, penulisannya terasa ‘bernyawa’. Seperti kita membaca diari seseorang. Kita juga seperti merasai ‘rasa’ sedih, gembira, excited, lesu dan hopeless dalam jiwa setiap karakter.


All  your perfect menceritakan tentang sejauh mana dua pasangan dalam sesebuah perkahwinan mampu untuk mempertahankan perhubungan yang dilanda badai walaupun ketika bercinta, kita merasakan pasangan kita adalah soulmate kita. Novel ini dibahagi kepada dua situasi iaitu NOW and THEN untuk pembaca flashbach ketika saat pertemuan dan percintaan Quinn dan Graham sehingga mereka kahwin dan melalui hari-hari yang bahagia bersama. Now pula membawa kita mengharungi kehidupan Quinn dan Graham yang sudah lapan tahun berkahwin dan dilanda badai kerana persoalan tentang zuriat yang menjadikan hubungan mereka semakin berantakan. Mereka bertemu secara tidak sengaja di hadapan rumah tunang Quinn yang sedang bersama dengan teman wanita Graham ketika itu. Selepas insiden itu, hanya selepas 6 bulan kemudian barulah Quinn dan Graham bersama dan bermula lah kehidupan bahagia antara mereka. Mereka berkahwin dan merancang untuk memiliki keluarga besar dan mempunyai sebuah minivan tetapi malangnya angan-angan tidak menjadi reality dan membuatkan Quinn berasa tertekan dan dilanda kesedihan kerana berasa gagal untuk melahirkan anak untuk Graham yang dia percaya mampu menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anaknya. Quinn terlalu inginkan anak untuk mengembirakan Graham dan sekaligus memperbaiki perkahwinan antara mereka berdua. Merasakan Quinn semakin menjadi menjauh dan berubah sikap, Graham juga merasakan setiap sentuhan dan belaian serta hubungan intim mereka menjadi sesuatu yang menyakitkan untuk Quinn. Kemuncak dalam perhubungan mereka apabila Graham berterus-terang tentang hubungannya dengan wanita lain dan akibat tekanan, Quinn mengalami keguguran. Dan Quinn sendiri tidak mengetahui bahawa dia sedang mengandung…
 
I understand how Quinn felt. She might think that she is a failure as a human and a wife. She felt like it’s her fault and think that having a baby can fix her marriage with Graham. The truth is, having a baby is not going to fix everything but adding a baby sometimes can make things worse because the baby will grow up with parents who will maybe fight all the time. On Graham’s side, he just wanted to love his wife not demand for a baby. Everything becomes messy because of all the things that were left unsaid and miscommunication. This book filled with so much love, pain and insight for marriage. Never give up on each other at the same time, Make it work but if fate has it that it doesn’t work out, there’s something better waiting in your life.
 
I give 4/5 for this book. Worth reading!
 
 
“Don’t be so hard on yourself,” he says. “Now you know exactly what to look for. When you meet someone who is good for you, they won’t fill you with insecurities by focusing on your flaws. They’ll fill you with inspiration, because they’ll focus on all the best part of you.” – Graham.
 

Monday, 16 May 2022

Yang Hilang Dah Berganti - KAYUH MENGEJAR HORIZON


Tajuk: Kayuh Mengejar Horizon
Penulis : Azraei Muhammad (Gory)
Penerbit: Terfaktab
Genre: Travelog



Buku ini diterbitkan pada tahun 2016 tetapi saya mula membacanya pada penghujung tahun 2020. Penulisnya, Azraei Muhammad atau lebih dikenali di twitter sebagai gory adalah penulis buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima, buku tentang cara menguruskan kewangan seawal usia remaja. Buku Kayuh ini menarik kerana ia cerita tentang travelog Gory mengelilingi semenanjung Malaysia bermula dari Kuantan, mengunakan basikal selama 25 hari. Gory menggunakan 'bahasa blog' atau bahasa pasar dalam buku ni. Penulisannya seperti bahasa perbualan seharian kita. Jika pembaca suka baca tentang travelog dan penulisan yang santai, saya rekemon buku ini.


Membaca buku ni kadang-kadang buat saya tersengih dan sesekali gelak macam orang gila. Sesekali terliur bila masuk part tentang review makanan-makanan yang dimakan Gory ketika mengayuh mengelilingi semenanjung Malaysia. Walaupun gambar-gambar dalam buku ni hitam putih sahaja, tetap boleh bayangkan sedapnya makanan tersebut. Tapi kalau tak sedap, Gory secara jujur bagitau, tak sedap. Kalau nak tengok gambar-gambar dalam buku ni dalam versi ada warna, boleh search di Instagram #thetravellingbook


Saya membaca buku ini agak lewat iaitu tahun 2020. Saya bukan orang yang gemar mengikut trend.. Dikala tiba-tiba orang Malaysia gila membeli basikal dan join cyclist Malaysia tetapi sikit pun saya tak terpengaruh.Tetapi selepas saya membaca buku ini, keinginan memiliki basikal membuak-buak tidak dapat dibendung. Memandangkan sepanjang tahun 2020 kita menghadapi krisis Covid-19 dan menjalani PKP jadi aktiviti jogging saya juga terpaksa stop sepanjang tahun. Dan secara rasminya pada Februari 2021, dengan budget yang ciput, saya membeli sebuah basikal di Decathon kerana terpengaruh dengan buku Kayuh Mengejar Horizon ini. Ada juga keinginan untuk mengikut jejak Gory dengan berbasikal dari negeri ke negeri sambil menikmati makanan-makanan enak mewakili negeri-negeri di Malaysia tetapi saya tidak punya keberanian itu. 

Dan semenjak Februari 2021 lah saya akan berbasikal keliling taman perumahan dan sekitar untuk bersenam 10km sehari setiap sabtu dan ahad. Buku ini menjadi sumber inspirasi untuk saya mengayuh walaupun saya melakukannya seorang diri tanpa teman. Kenapa buku ini bermakna untuk saya? Kerana setiap yang saya lakukan jika ada kaitan dengan buku, bagi saya.. buku itu telah berjaya mempengaruhi saya untuk melakukan sesuatu.


Dan kali ini pada bulan Mei 2022, saya membaca buku ini semula selepas buku pertama saya dulu hilang kerana saya bagi orang pinjam. Hilang tanpa khabar berita, hilang tanpa diganti semula dan hilang tanpa kata-kata maaf. 
Buku ni dah tak diulang cetak dah. Tak ada dalam shopee mahupun mana-mana kedai buku. Yang kelakarnya, dalam 1998 orang yang beli, tak ada sorang pun terfikir untuk pre-loved buku ni. Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa buku ini secara pre-loved di Carousell dengan harga RM18. Terima kasih kepada seller yang baik melayan dan bagi free postage. Saya amat menghargainya. Terus saya baca balik untuk kali ke-2 setelah buku ini sampai di rumah saya. 
Mungkin ada orang anggap buku ni hanya sebuah buku murah yang anda rasa saya boleh senang-senang move on atau ganti balik. Tidak ya... berbulan-bulan saya tanya orang. Malah saya direct bertanya pada penulis jika masih ada simpan untuk saya beli. Malangnya, memang tidak ada. Mujur saya akhirnya dapat jua di Carousell dan cuma ada 1 sahaja. Rezeki saya.
Serik untuk pinjamkan pada orang? Sebetulnya serik kerana percaya pada orang. Tapi saya tetap terbuka untuk pinjamkan buku saya kepada yang betul-betul memerlukan dan yang boleh dipercayai.


"So pesan aku, kalau nak buat, biar bersungguh. Habiskan. Boleh tak boleh, belakang cerita. Yang penting, nak. Kita tak akan tahu sejauh mana kemampuan kita sampailah kita dah melangkah sejauh mampu. Buat, buat. Aku yakin, kalau ramai anak muda kita ni buat sesuatu, silap-silap tahun depan pun negara ni dah maju." - Gory (ms 218)

Tuesday, 10 May 2022

Book Review - Khayalan

Tajuk : Khayalan
Penulis : Hasif Rayyan
Penerbit : Iman Publication
Genre : Fiksyen Fantasy


Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.

Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.

Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakzhan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.

Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif.


Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda 20an yang sedang menjalani practicum sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur bernama Hasif. Hasif yang sedang menjalani pengajian di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa bergelut antara mengejar impiannya untuk menjadi seorang Novelis atau meneruskan cita-cita mama yang inginkan dia menjadi guru demi masa depan yang lebih baik. Hasif adalah seorang yang pendiam, tidak punya ramai kawan dan sering merasakan dirinya gagal. Tetapi dalam dunia khayalannya, Hasif mempunyai seorang kawan yang sentiasa ada untuk menjadi ‘pendamai’ dan harapan untuk Hasif ketika berlawan dengan dirinya sendiri iaitu Rakzhan yang hanya dapat dilihat oleh Hasif.

 
Penulis menggunakan bahasa santai yang tidak terlalu pasar dan sedap untuk dibaca. Saya tak tahu kenapa saya tertarik untuk membeli dan seterusnya membaca buku ini kerana saya tak pernah berminat dengan novel fantasy. Tetapi ada sesuatu yang memaksa saya untuk baca buku ini. Mulanya saya fikir buku ini sekadar tipikal novel fiksyen fantasy ala-ala manga rupanya tidak. Buku ini boleh relatable dengan semua orang terutama untuk orang-orang muda yang hidup di zaman serba serbi perlumbaan dan konflik dalam diri. Insecure, negative, dan overthinking dah jadi ‘gaya hidup’ anak-anak zaman ni lebih-lebih lagi apabila ada ibu bapa yang suka membanding atau menentukan hidup anak mengikut acuan ibu atau bapa itu sendiri.
 

Gambaran watak lembaga hitam yang sering mengejar dan sering menyuruh Hasif menamatkan riwayat sendiri dan watak Rakzhan yang selalu cuba membantu Hasif untuk berdamai dengan dirinya sendiri dan memberi sedikit harapan. Sebetulnya itu adalah gambaran realistic mengenai ‘inner battle’ dalam diri seseorang yang bergelut dengan masalah mental seperti depression, anxiety disorder dan sebagainya. Hasif digambarkan berperang dengan ketakutannya melangkah kerana takut gagal tetapi masih ada secebis harapan dan semangat tipis untuk Hasif terus melangkah walaupun kerap tersandung kerana dikejar lembaga hitam yang menyuruhnya membunuh diri. Mamanya pula menjadi antara sebab untuk Hasif terus dikejar lembaga hitam dan menjadikan Hasif semakin lemah hingga menghukum mamanya sebagai ibu yang pentingkan diri sendiri.
 

Saya pernah menjadi seorang anak yang lebih kurang seperti Hasif dan kini saya pula adalah seorang ibu. Sebagai ibu yang pernah melalui apa yang Hasif rasa, saya berbelah bahagi untuk menyokong Hasif atau mama. Ada beberapa bahagian yang membuatkan saya rasa geram dengan Hasif yang ‘lemah’ dan kemudian tersedar bahawa itulah saya satu ketika dulu, Kini saya di tempat mama Hasif, patutkah saya setuju dengan ketegasan mama demi memastikan hidup dan masa depan Hasif menjadi baik atau perlukah saya menyokong usaha Hasif yang belum Nampak hasil dan masih samar masa depannya demi hati dan perasaan seorang anak?
 
Dan terima kasih kepada watak Rakzhan yang memberi harapan dan menjadi pelindung Hasif ketika bergelut antara mati dan hidup.
 
Sesiapa yang nak rasa macam mana bergelut dengan depression – perasaan ketika kita sendiri tak mampu untuk bantu diri sendiri, rasa lemah dan lembik ketika satu-satu harapan tak mampu untuk membantu dan kegelapan yang menyelubungi waktu siang dan malam, boleh baca buku ini. Dan saya yakin, kisah ini adalah kisah benar Hasil iaitu penulis itu sendiri
 
 

“Kadang apa yang kau tak suka itu yang sebenarnya baik untuk kau, tahu?’ – Rakzhan (muka surat 317)

Monday, 9 May 2022

Ke Pangkor Pangkor Sebab Duty Free Ke, Yop?

Masa beritahu adik, kami nak ke Pangkor masa raya ke-3. Dia kata "Wahhh... melancong ke?". Rasa nak tepuk je, macam lah dia tak tahu kampung suami saya sekangkang kera je dengan Pulau Pangkor. Tujuan ke Pulau Pangkor kali ni sebab nak habiskan 10k kwsp nak ke duty free. Kome tau ke idak Pulau Pangkor sekarang macam Pulau Langkawi, dah diiktiraf sebagai duty free? Tak tahu? Kami pun baru tahuuu... 🙈. Tapi ada term & conditionnya lah untuk apply duty free tu. Nanti hujung entry, saya cerita...


Oh ya, dah berapa lama anda tak ke Pulau Pangkor? Mana ada dah naik feri dari Lumut, mostly sekarang naik feri di Marina Island sebab senang parking dan terdapat pelbagai kemudahan di sana. 
Kalau naik dari Marina Island ke Pangkor cuma ambil masa 10 minit sahaja compare kalau naik dari Lumut mengambil masa 40 minit untuk sampai ke Pulau Pangkor. Tiket pun tak mahal, dalam RM14 seorang pergi - balik.  


Kat Marina Island ni pun ada banyak tempat untuk bergambar yang dipanggil InstaLoka. Korang boleh scan QR & Barcode kat mana-mana InstaLoka, dia akan tunjuk map kat mana spot location dalam Marina Island yang korang boleh selfie/bergambar cantik-cantik upload dalam instagram.
Sebelum naik feri, boleh makan kat kedai dan food court yang dibuka untuk anda isi perut siap-siap sebelum berlepas masuk Pulau. Baru lah boleh berjalan dengan aman. Tapi memandangkan kami ke sana masa raya, jadi kami makan di kedai cina (ada halal certificate). Mujur nasi lemak dia boleh tahan, sedap.


Sementara saya bergambar se-das dua keping bersama anak, Husband pula pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket feri. Kami sampai lebih kurang pukul 1pm, mujur ada feri jam 2pm yang masih ada seat. Kami ambil tiket balik pukul 6pm memandangkan tak ada plan untuk berlama-lama di sana. Lagipun takut tak menunggu lama sebab tak ada banyak aktiviti... tapi kami silap ya... 😂

Tiket kena book dulu secara online kat pc dalam kaunter. Jangan risau ye, ada banyak PC dan pembantu untuk bantu anda membeli tiket. Make sure double check tarikh dan masa betul-betul. 

Lepas dah booked, tangkap gambar booking ID dan terus beratur ke kaunter ni untuk bayar dan ambil tiket. Jangan terus keluar tanpa bayar ok. kang kena berenang nak ke Pulau.

Kami beratur jam 145pm dan lebih kurang 10 minit menunggu, kami dibenarkan naik feri. Lega rasa sebab cuaca agak panas dengan orang yang agak ramai nak pergi bercuti bawa beg besar-besar. Ada yang bawa joran nak memancing sekali kat sana agaknya. kami cuma bawa handbag masing-masing je.. Lelaki sekarang pun nak ada 'handbag' juga 😷
Tak sempat nak fefeeling mabuk laut pun dalam feri, know-know dah sampai.




(Stylo lah budak gegirl yang baju putih tu.... agagaga)






Sampai di jeti, ramai yang menunggu untuk menawarkan khidmat sewa kenderaan. Kami memang plan nak sewa kereta kecil-kecil je untuk kami bertiga pusing 1 pulau. Tapi di sana ramai pula suggest untuk kami sewa motor sahaja memandangkan kami cuma bertiga. Tapi size kami masing-masing tak halus mana, jadi kami tekad untuk sewa kereta juga. Rate sehari rata-rata dalam RM100 untuk kereta. Tapi kalau anda malas nak drive, keluarga ramai dan cuma nak jalan-jalan keliling Pulau, saya suggest sewa van sekali dengan driver. Driver akan bawa anda pusing ke tempat-tempat menarik dan mereka akan tunggu sehingga selesai. Lebih jimat masa dan tenaga.

Husband cuba nego untuk dapatkan harga yang berbaloi memandangkan kami cuma ada lebih kurang 4 jam je di sana. Takkan nak bayar rm100 (belum campur minyak) untuk 4 jam sahaja, kan? Alhamdulillah, kami dapat sewa kereta wira dengan harga RM60 sahaja tapi condition kenderaan tu, kena redho lah 😂. Banyak masa kami terbuang part mencari dan menunggu kenderaan pula. Tapi tak apa lah asalkan segalanya selamat dan win-win for both side.

Lencun juga lah Husband berpeluh dalam kereta sebab aircond tak berapa kuat. Nasib baik brek berfungsi dengan baik memandangkan ada kawasan-kawasan yang curam ala-ala naik genting highland.

Destinasi pertama kami ialah pusing dulu se-round untuk kaji port-port menarik untuk kami singgah. Banyak juga kami plan nak berhenti pada mulanya tapi teringatkan tujuan kami ke sini, kami buat keputusan untuk cari kedai-kedai duty free dulu dan pergi membeli-belah sebelum melawat ke kawasan lain. Lepas kami pusing satu round, kami dapati ada banyak juga kawasan duty free tapi ada yang masih tutup sebab raya. Jadi kami mulakan pencarian di kawasan jeti iaitu tempat pertama kita jejak sebaik sahaja sampai ke Pulau Pangkor ni. Kat situ sederet kedai-kedai coklat dan perfume serta kitchenware. Bolehlah survey harga dulu sebelum decide nak beli di kedai yang mana.

Disini ialah syurga coklat





Ini pekan Pangkor

Kami selesai membeli pelbagai coklat di salah sebuah kedai iaitu di Sun Duty Free. Sebaiknya, belilah coklat yang tak ada di kedai biasa sebab tak berbaloi nak beli cadbury hazelnut kat sini. Coklat-coklat yang ada sama lebih kurang dengan coklat di Langkawi tapi kat Langkawi lebih banyak pilihan dan kedai-kedai pula besar-besar. Kalau rasa nak membeli pinggan mangkuk dan periuk belanga, baik lupa kan sebab tk banyak pilihan pun. Kedai-kedai duty free di Pulau Pangkor ni kecik saja dan memandangkan baru habis PKP + raya jadi stock tak banyak. Tapi saya tak terkilan pun sebab tujuan pun nak tengok-tengok saja memandangkan tak jauh pun dari rumah Opah. Cuma 10 minit je dari Rumah ke Marina Island. Tak mahu berhabis banyak di sini pun.

Kami menuju ke tempat lain untuk survey perfume pula. Kat jeti tak banyak koleksi perfume sebab stock habis. Tapi kat area sana pun banyak stock habis. Jadi saya kata pada Husband, lepas pulangkan kereta dan sebelum naik feri saya akan ke Sun Duty Free semula untuk cuba cari perfume. Kalau ada, ada lah.


Destinasi seterusnya kami ke Masjid terapung iaitu Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid ni ialah masjid terapung pertama yang terdapat di Perak. Masjid ni siap sepenuhnya pada Oktober 2016 dan menelan belanja sebanyak RM11.77 juta. Masjid ni juga diilhamkan oleh Menteri Besar Perak ketika itu iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga merupakan anak jati kelahiran Pangkor. Dan seingat saya, Pulau Pangkor ni pun naik taraf sejak DS Dr Zambry jadi Menteri Besar Perak.







Saya pernah ke sini kalau tak silap pada tahun 2018 bersama keluarga saya dan pernah masuk ke dalam masjid ni. Cuma kali ni saya cuma mampu memandang dari luar sahaja. Cantik sangat malah ada pelbagai bangsa yang datang dan ambil gambar di masjid ini. Saya berharap pihak masjid berbesar hati menerima kunjungan non-muslim untuk masuk dan melawat masjid. Kadang-kadang hasil keterbukaan kita menerima sesiapa sahaja datang melawat dengan ikhlas hati mampu membuka hati orang lain untuk belajar dan mendalami agama Islam. Kalau ia membawa kebaikan untuk Islam, apa salahnya kan.


Destinasi seterusnya yang sempat kami singgah sebelum pulang ialah Kota Belanda pula. Kota Belanda ni ialah tempat wajib untuk korang singgah kalau ke Pulau Pangkor ni. Bukan Melaka je ada Kota Belanda, Perak pun ada ye yop. Alkisahnya, Kota Belanda ni dibina pada tahun 1670 sebagai tempat untuk mereka simpan bijih timah yang mereka perolehi dari Negeri Perak. Kome tau kan, Perak ni dulu kaya-raya dengan hasil bijih timah. Kota Belanda ni terletak di sebuah perkampungan nelayan iaitu di Kampung Teluk Gedung. Rakyat tempatan tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi Bijih Timah lalu memusnahkan kota ini pada tahun 1690. Belanda bina semula kota ini dan menempatkan 60 orang pegawai mereka dari tahun 1743 hingga 1748. Selepas itu, kota ini dibiarkan tinggal dan dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 sebagai monumen. Tetapi bumbungnya tidak dibina semula sebab Jabatan Muzium tak tahu bentuk asal kota ini. Pada tahun 1997, kerajaan Negeri Perak telah memajukan kawasan ini menjadi kawasan pelancongan dan kerajaan negeri menaiktaraf kawasan sekitar untuk pelancongan.








Kira-kira 100 meter dari Kota Belanda, terdapat satu Batu Bersurat Belanda yang dipercayai dipahat oleh askar-askar Kompeni Belanda pada tahun 1743 sewaktu mereka menduduki kota ini. Dipercayai juga adalah sebagai tanda peringatan peristiwa seorang anak pembesar Belanda yang hilang ketika bermain-main di sekitar batu itu. Kanak-kanak itu dipercayai mati di makan binatang buas dan sebagai memperingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah memahat batu tersebut dengan lukisan harimau sedang memakan budak. Kalau dilihat dari jauh, kelihatan seperti contengan budak-budak nakal tetapi saya katakan pada Husband, itulah sejarahnya. Maaf, kami tidak singgah pun di situ kerana kesuntukan masa tetapi saya masih ingat keadaan batu bersurat itu ketika saya melawatnya lama dulu dan tidak pernah berubah pun keadaannya.


Oleh kerana kesuntukan masa, kami terus berpatah balik ke Jeti untuk pulangkan kereta. Kami tak sempat pun ke Pantai Teluk Batik atau Pantai Teluk Nipah untuk bergambar. Kami cuma sempat lalu sahaja. Dan saya juga mahu singgah ke kedai untuk membeli beberapa minyak wangi untuk dibawa pulang. Memandangkan dah sampai ke sini, rasa rugi kalau tak beli perfume walaupun saya tak pasti berapa banyak beza harga minyak wangi di duty free dan di KL.

Saya cuma dapat beli 2 kotak minyak wangi sahaja kerana kebanyakan minyak wangi harga bawah RM400 telah kehabisan stock. Bolehlah dari takde. Lama dah tak beli perfume sebab tak rela berhabis beratus untuk sebuah perfume. Tapi bila fikir-fikir balik, lebih baik saya beli perfume dari beli body mist yang tahan beberapa minit je.



Perjalanan pulang langsung tak terasa dek kerana saya dan Husband sakan bersembang dan review segala yang kami lalu tadi di Pulau Pangkor. Saya ingatkan feri baru nak start enjin dan sedang berundur tetapi rupanya dah bergerak ke seberang. Atau mungkin kerana kami duduk di tingkat atas jadi tak nampak feri bergerak.

Terasa lega apabila sampai ke Marina Island semula. Pada mulanya kami nak singgah dan bergambar sebentar di InstaLoka dengan pemandangan laut waktu petang yang cantik tetapi keadaan ketika itu sangat padat dengan orang ramai yang juga datang berkunjung ke Marina Island untuk bergambar buat kenangan. Jadi kami membatalkan niat dan terus pulang semula ke Kampung Bharu, Lumut. 
 

Sebelum saya akhiri entry Pulau Pangkor saya kali ni, saya nak bagi beberapa tips  jika berniat nak beli coklat dan perfume di sini.
1.  Jika anda nak claim duty free, syaratnya ialah anda kena menetap disini lebih dari 48jam atau 2 hari. Jika tidak, barang anda akan di charge tax sebanyak 10%. Kami kena charge RM15 untuk total harga barang-barang coklat kami.
2.  Pihak kastam tak buka beg, jadi jika anda nak beli perfume, buang kotak dan simpan dalam handbag atau bag-bag kecil. Asingkan resit perfume dengan coklat jika anda tak stay di Pangkor ya. TAPI janganlah anda borong untuk sekampung atau jual, untuk kegunaan peribadi sahaja, tak mengapa. Sekadar sebotol dua apa salahnya. Yelah, mana tau silap langkah atau nampak suspicious, tiba-tiba pihak kastam check handbag atau beg anda. Naya Pak Karim nak bayaq 10% tax segala.
3.  Simpan resit-resit pembelian anda sebab nanti kastam nak check resit sebelum naik feri.
4. Kalau sekadar nak berjalan-jalan, memadai jika stay sehari sahaja tetapi datanglah awal pagi. Naik feri pertama dan balik naik feri terakhir sebelum pukul 7 malam. Tapi jika anda berhajat nak mandi pantai, carilah chalet yang dekat dengan pantai. Jalan je dah sampai. Kat sini pun boleh juga snokeling dan ada package snokeling, boat taxi dan macam-macam lagi aktiviti.
5.  Pulau Pangkor adalah antara percutian mesra budget. Jika budget limit, datanglah sini untuk berehat. Sewa van atau kereta sehari pun untuk bekeluarga. Kalau bujang, motor je buat ronda-ronda keliling pulau. Makan kat sini pun tak mahal. Anda boleh tonton youtube Fikri Zamri ni sebagai rujukan SINI. Mesti rasa nak datang sini bercuti.

Sebelum tu nak bagitau. Kalau ke Pangkor ni tak perlu pun beli ikan bilis atau makanan-makanan laut kat dalam Pulau. Saya suggest anda pergi ke Lumut dan borong ikan bilis mata biru kat sana. Harga sekarang RM15 untuk 100 gram. Dah mahal ye tapi kualitinya tetap bagus. Survey dulu lah. Nak elok dan berbaloi, kena rajin survey sikit. 

Lumut, Perak


Itu sahaja review jalan-jalan dari saya untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi baca. Semoga ada rezeki lagi untuk berjalan, bercuti dan share cerita travel kami di sini.

Saturday, 7 May 2022

Book Review - Erti Beragama Yang Hilang

Tajuk : Erti Beragama Yang Hilang
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Iman Publication


Buku ini merupakan saduran kepada kitab Maza Ya’ni Intima-i Lil Islam (Apa Erti Aku Menganut Islam) karangan Syeikh Fathi Yakan. Asasnya, buku ini membawa ke hadapan persoalan kesyumulan dalam beragama khususnya buat seorang Muslim.

Ia merungkaikan sudut-sudut beragama yang biasa dilakukan oleh seorang Muslim secara ritual seperti akidah dan ibadah, lalu menghubungkan sudut-sudut beragama yang kadang kala tidak dilihat sebagai suatu yang sama besar kepentingannya sepeti akidah dan ibadah iaitu akhlak, perhubungan antara manusia dalam keluarga dan masyarakat. Buku ini turut menekankan bahawa kita perlu yakin masa depan ketamadunan dunia ini adalah untuk Islam lalu perlu bekerja keras untuk membangunkannya.


Buku ini adalah ulasan atau mengupas buku kitab Maza Ya’in Intima-I Lil Islam (Apa Erti Aku Menganut Islam). Buku tersebut difahamkan adalah kitab untuk para pengiat jemaah-jemaah yang sering menghadiri Usrah  dan menjadi rujukan para ustaz-ustazah dalam usrah. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas isi kandungan kitab tersebut dengan bahasa yang mudah difahami dengan memberi contoh-contoh pengalaman beliau sebagai seorang pendidik. Selain tentang akhlak, cara hidup dan mengupas tentang agama Islam itu sendiri, buku ini juga ada diselitkan sedikit sejarah bagaimana orang Islam berjaya menawan Konstantinopel selepas beberapa kali cubaan, akhirnya Konstantinopel (iaitu Istanbul pada masa kini) jatuh di tangan Sultan Muhammad al-Fatih. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah jatuhnya Konstantinopel dan janji Rasulullah SAW kepada para sahabat dan seluruh umat Islam untuk menaikkan semangat para sahabat.
 
Islam bukanlah hanya sebuah agama, tetapi juga panduan hidup. Islam mengajar kita menjadi umat yang berakhlak dan mempunyai tujuan hidup. Kehidupan juga perlu diiringi dengan syari’atullah dan sunnatullah kerana hidup dan berjaya juga perlukan keberkatan. Apa itu syari’atullah dan sunnatullah? Dalam buku ni ada diterangkan maksud, makna dan contoh kedua-duanya untuk kita sama-sama belajar.  
 
 
Sejujurnya saya tidak pernah membaca kitab Maza Yakin dan tidak pernah juga menyertai mana-mana usrah. Buku ini sedikit sebanyak membantu saya yang dalam kegelapan mencari erti diri dan tujuan hidup sebagai seorang manusia yang beragama Islam. Buku ini ibarat sebuah cebisan puzzle yang hilang ketika saya mencari tujuan hidup. Tanpa agama, hidup ini ibarat layang-layang yang terputus tali. Tetapi jika hanya beragama dan tidak mengamalkan, ibarat layang-layang yang terbang tanpa tujuan. Buku ini adalah panduan untuk kita berfikir dan bertanya dengan diri sendiri, apa erti saya menganut islam? Adakah kerana ia hanya kerana warisan dan bukan pilihan? Buku ini membantu mencari jawapan untuk soalan itu.


“Apabila kita mengimani Allah SWT sebagai Rab, kesan pertama daripadanya ialah, kita semakin menyedari Allah SWT berhak memberi, dan berhak juga mengambil kembali, kerana semua yang ada ialah kepunyaan Allah SWT. Dia boleh mengambil tanpa izin manusia, pada bila-bila masa, di mana saja, dan dalam apa jua cara. Allah SWT Maha Berhak atas segala sesuatu, termasuklah apa-apa dan siapa-siapa yang kita sangkakan milik kita.” – Cara Mengenali Allah SWT (muka surat 129) 

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...