Followers

Monday, 28 March 2022

KL - Ipoh - KL dengan ETS

Assalamualaikum...

7 hari sebelum kejadian, tiba-tiba ada orang tu keluarkan cadangan ajak pergi Ipoh naik train sebab dia terbaca kat Facebook pasal ETS. Kita pun ons je sebab dia ketua dan yang nak sponsor, kan. Tanya si Adik dan Abang, mulanya si Abang ok tapi last minit sebelum beli tiket dia kata tak nak ikut sebab malas. Maybe dia dah buat research dulu sebelum tu 😄

Hari Khamis malam, saya cepat-cepat booking tiket secara online lepas puas gelak tengok waknatTV pasal dia scam member pukul 5 pagi sebab nak ajak breakfast ke Sungai Buloh tapi sebenarnya nak bawa ke Ipoh, last-last dia yang kena scam sebab harga ETS mahal. So di situ kami aware harga tiket tak murah... 
Kami terus booking tiket secara online kat website dan ambil train pertama jam 850 pagi dari KL Sentral ke Ipoh dan train balik ialah train terakhir pukul 635 petang dari Ipoh ke KL Sentral. Si adik dah tak sabar. Seperti biasa, bila dah confirm sesuatu event tu.. dia akan tanya saya "are you excited to .... Mama" "Yes, I also very-very excited!" setiap 2 jam sekali. Tapi dia belum tahu bahawa trip kali ni mungkin akan 'perah' tenaga dia cukup-cukup. Kesian baby Mama..... 😄

Hari sabtu, pukul 745 pagi kami dah sedia keluar rumah, drive ke LRT Gombak dan park kereta di sana. Seterusnya kami menaiki LRT terus ke KL Sentral tepat jam 830 pagi dan terus naik ke level 2 untuk menaiki ETS tetapi sampai depan polis yang menjaga kawasan kaunter tiket ETS KTMB, polis maklumkan yang tiket kami ialah KUALA LUMPUR bukan KL SENTRAL. Berderau darah saya sebab saya salah beli tiket yang sepatutnya KL SENTRAL bukan KUALA LUMPUR. Kami terus ke kaunter untuk mohon tukar tiket. Alhamdulillah boleh tukar cuma kami perlu tambah lagi RM30 untuk 3 tiket pergi. Selesai tiket, kami kelam-kabut turun untuk kejar train yang sudah tiba. Syukur, dipermudahkan oleh Allah swt. Sikit lagi kami tertinggal train.

* 3 Tiket LRT dari Gombak ke KL Sentral & KL Sentral ke Gombak RM25
** Parking di LRT Gombak RM4.50



    
Ini adalah kali pertama kami menaiki ETS. Saja nak bawa anak merasa naik train lama sikit dan jalan jauh. Macam saya pernah cakap, bawa anak explore mengikut kemampuan masa dan ruang.

Perjalanan KL ke Ipoh mengambil masa 2 jam 25 minit kerana kami ambik ETS Gold. Jika anda naik ETS Platinum, masa perjalanan pendek sikit kerana kurang station yang ETS akan berhenti untuk ambik dan turunkan penumpang tetapi harga Platinum lebih mahal dari Gold. Harga untuk seat juga berbeza. Anda boleh rujuk blog atau search dalam google untuk lebih info tentang ETS. Tetapi secara asasnya, setiap ETS terdapat tandas, cafe, surau dan kemudahan untuk warga OKU di coach E. Saya dapat menikmati makanan cafe ETS iaitu Nasi goreng kampung ketika train KL ke Ipoh dan Nasi lemak rendang ketika train Ipoh ke KL. Rasa makanan boleh tahan sedap dan anak saya suka rasa rendangnya. Tetapi sedia maklum harganya agak mahal. Saya akan berikan harga nanti.

Cafe terletak di coach C

Surau juga terletak di coach C sebelah cafe. Surau kecil saja boleh muat 2 orang.

Ini nasi goreng kampung yang saya beli dalam Train dari KL Sentral - Ipoh. Saya juga beli neskafe dan milo panas. Boleh tahan sedap nasi gorengnya walaupun nampak biasa-biasa saja. Pedas dan ada rasa, cuma ikan bilisnya dah tak rangup sebab dipanaskan dalam microwave. Oh ya, mereka akan panaskan makanan ya.

Akhirnya kami sampai di Ipoh pada pukul 11.28 pagi dan cuaca sangat panas terik dan membakar kulit dan tulang sum-sum hitam macam roti bakar. Macam manalah rider di jalanan hadap panas terik demi sesuap nasi tanpa pakai sunscreen.



Stesen Kereta Api Ipoh dikenali sebagai Taj Mahal kerana reka bentuknya persis Taj Mahal di India. Ia dibina dengan reka bentuk Moorish dan bercirikan Islam dibina pada tahun 1917 dengan nama Perak State Railway. Asalnya nak buat Hospital tapi ditukar jadi station kereta api dan terdapat beberapa cafe serta 21 bilik hotel (dah ditutup). Kos bina railway ni RM335,000 KETIKA ITU. wow....

*Harga tiket ETS kami untuk 3 orang KL Sentral - Ipoh - KL Sentral RM260
** Makanan & minuman di cafe ETS pergi dan balik RM35



Ini adalah bangunan lama Pejabat Pos Ipoh yang terletak di Jalan Dato' Sagor. Sekiranya nak ke Concubine Lane, boleh ikut Jalan Dato' Sagor dan sepanjang jalan tu boleh bergambar atau 'menikmati' Pejabat Pos lama yang dah ditinggalkan ni. Bangunan ni siap dibina pada tahun 1916 oleh arkitek British A. B. Hubback. Katanya kerja-kerja baik pulih dilakukan sejak tahun 2007 tapi sekarang dah 2020 sis... terbengkalai bangunan bersejarah ni. Nasib arkitek British yang bina bukan arkitek Melayu zaman dulu. Walauapapun, bangunan ni patut di jaga sebab sejarah kan.

Oleh kerana kami cuma menaiki train dan tidak merancang untuk naik kereta ke tempat yang lebih jauh, jadi arah tuju kami adalah sekitar Concubine Lane sahaja. Mulanya saya merancang untuk ke Pasar Karat Ipoh yang terletak kira-kira 13 minit berjalan dari Station KTMB ke sana tetapi memandangkan Pasar Karat tutup tepat jam 1 tengahari dan ketika kami sampai, jam hampir mencecah 12 tengahari maka kami batalkan plan asal dan terus ke Concubine Lane yang perlu berjalan hanya 7 minit sahaja dari Station KTMB Ipoh. Sepanjang Perjalanan ke Concubine Lane, kami melalui Pejabat Pos Ipoh, Masjid Sultan Idris II, dan Birch Memorial Clock Tower.

Masjid Sultan Idris II. Ia dibina pada tahun 1968.

Birch Memorial Clock Tower atau dalam BM nya Menara Jam Peringatan Birch dibina untuk memperingati British Resident Perak yang pertama ini. Tak banyak info tentang Menara ni. Ia saja-saja bina untuk kita terus ingat pasal orang British ni.


Ok nak cerita sikit pasal sejarah Concubine Lane ni. Concubine Lane (juga dikenali sebagai Yi Lai Hoi dalam bahasa cina bermaksud The Mistress Lane) ni ada 3 Lane iaitu Concubine Lane, Wife Lane dan Market Lane. Concubine Lane ni dulu ialah kawasan darkside untuk orang dulu-dulu 'simpan' perempuan simpanan, gundik atau isteri-isteri rahsia mereka. Lorong-lorong ini dimiliki oleh seorang jutawan perlombongan biji timah berbangsa Cina dan dihadiahkan kepada ketiga-tiga isterinya untuk mereka kutip hasil sewa. Lorong ni wujud sejak tahun 1908 dan bermaksud dah 112 tahun dan pernah menjadi saksi gelap aktiviti hiburan golongan kayangan zaman dahulu.

Nampak tak bangunan ada daun-daun hijau tu? Itu hotel dan sebelah hotel tu ada lorong sempit. Di bahagian depan lorong ini adalah Kong Heng Square dan Plan B.Di lorong situ, kita akan jumpa Bookxcess Kong Heng Ipoh. Untuk pengemar buku, tempat ni berhantu.

Jalan ini lah yang saya katakan  sebagai 'lorong sempit' tu. Laluan ni cantik sebab ada beberapa lokasi untuk bergambar.

BookXcess King Heng Ipoh ni ada sejarahnya sendiri tau. Asalnya bangunan BookXcess ni ialah sebuah bank lama yang pernah masyhur dulu (tak cerita pula bank apa. Bank orang British lah kot). BookXcess masih mengekalkan seni bina bangunan itu dan juga masih kekalkan reka bentuk suasana bank lama. Di bahagian bawah terletaknya kotak deposit dan bilik kebal bank masih dikekalkan tapi diletakkan rak-rak buku. Sangat unik konsepnya dan saya sangat suka. Orang kerja bank mesti suka dapat fefeeling bank lama zaman dahulu kala.

Di bahagian bilik kebal juga terdapat Yasmin at Kong Heng Newseum iaitu muzium berkenaan dengan Yasmin Ahmad dan filem-filemnya. Masuk percuma tetapi anda boleh masukkan beberapa sumbangan untuk galakan supaya 'muzium' ini akan terus beroperasi untuk tatapan peminat filem-filem Arwah Yasmin Ahmad. Bagi saya, muzium ini patut dikekalkan. Whether you know who was Yasmin or not, please come and visit. She was apart of Malaysian history.


Saya tak beli apa-apa buku pun. Saya agak kurang berminat dengan buku-buku fiction dan romance. Walaupun ada History Book, saya prefer membaca buku sejarah dalam BM untuk lebih faham. Tapi saya sedang berminat untuk mencari lebih koleksi historical fiction selepas terjebak dengan buku The Kite Runner. Jika dalam versi Indonesia, mereka ada penulis Tere Liye yang sangat saya minati.


Ini kali ke-2 saya ke sini sebenarnya. Saya pernah datang ke sini bersama dengan rakan-rakan saya pada Februari 2020 waktu Covid baru muncul dulu.




Selepas melepasi BookXcess, kami terus menuju ke Concubine Lane. Haa... ini barulah Concubine Lane. Concubine Lane ni bersambung dengan Market Lane. Dalam Concubine Lane ni jual beberapa makanan viral yang anda mesti nak cuba rasa. Ada Kuma Rainbow Cheese Toast, Ais Kepal, Rendang Tok, Bahulu Pandan, Laksa-Mana dan di hujung lane terletaknya Platform 9 1/2 Harry Potter. Saya sebenarnya excited nak ke Platform 9 1/2 untuk merasa butterbeer dan fefeeling student tua nak ke Hogwards TAPI beratur panjang sangat. Tak mampu saya menunggu lama untuk masuk ke dalam cafe tersebut. Jadi untuk mengisi perut untuk kali ke-2 hari itu, kami ke Laksa-Mana dan makan laksa. Sedap sangat.. saya suka laksa macam ni. Anak pun enjoy makan laksa.

Saya langsung tidak membeli apa-apa makanan yang dijual di sini kerana kawasan ini sempit dan oleh kerana hari minggu, jadi lorong ini penuh sesak dengan pengunjung yang datang. Untuk membeli makanan viral di sini, kita perlukan effort yang lebih untuk memegang dan menghabiskan makanan tersebut agar tidak menjadi beban ketika berjalan dan berlangar bahu sesama pengunjung. Oleh kerana saya dan anak juga jenis tidak begitu minat makanan manis dan pelik, maka kami pun tidak beli apa-apa pun. Ramai yang membeli sambil rakam video dan gambar untuk disimpan dalam media social. Adakalanya kami terpaksa berhenti untuk membeli laluan kepada mereka bergambar di tengah-tengah lorong sambil memegang makanan viral. Sabar je lah...





Bukan sekadar menjual laksa je, ada beberapa menu 'ringan' untuk mengalas perut.



Selain laksa biasa, kami juga order laksa sarang, meatball, fries dan chicken nugget. Air pula cold caramel coffee dan orange. Tak ada milo ice. Mujur saya bawa air bekal dari rumah untuk si anak sebab anak saya tak minum air manis yang lain kecuali sarsi.

Dalam cafe Laksa-Mana ni reka bentuk lama dikekalkan dan saya rasa seperti vibe masa di office ketika saya bekerja di Setapak sebab lagu-lagu 70an yang dipasang di radio lama dalam cafe ni mengingatkan saya masa saya kerja dulu. Officemate suka buka radio klasik.fm sebab dia 'orang-lama'. Alahai... rindu kat Abang Din & Kak Marina yang sporting sangat walaupun beza umur kami agak jauh.

Ada peristiwa lawak sewaktu kami menyusuri Concubine Lane yang padat dan sesak dengan pengunjung + panas, kami masuk ke sebuah kedai dihadapan Cafe Laksa-mana kerana katanya masuk percuma.. and the rest is history 😂. Tak tahu macam mana nak olah ayat untuk tulis dalam blog ðŸ˜‚. Rasa macam kena scam secara halus pun ada ðŸ˜‚. Nasib tergadai RM12 je ðŸ˜‚.



Seterusnya kami ke Kong Heng Square Artisan Market. Tempat ini masih sama seperti 2 tahun dulu CUMA dulu tak ada Plan B Cafe di dalam Kong Heng Square ni. 
Di sini terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan artistik dijual dengan harga yang berpatutan. Tempat ini juga adalah tempat popular utuk para instagrammer bergambar dengan view dan gambar yang unik dan aesthetic.





Seterusnya kami keluar dari Kong Heng Square untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Time Tunnel Ipoh, Upside Down World Ipoh dan Han Chin Pet Soo (Ipoh World). Jaraknya hanya mengambil masa 2 minit sahaja dari Kong Heng Square.

Time Tunnel Ipoh Old Town adalah salah sebuah attraction di Ipoh yang WAJIB kita pergi kalau datang kat Ipoh ni sebab... tempat untuk kita re-call balik kenangan waktu dulu masa kecil di kampung. Dalam ni semua barang-barang nostalgia dari zaman 40an sehingga 70an disusun dan dipamerkan untuk pengunjung. Ada beberapa barang lama yang pernah wujud di kampung saya seperti seterika arang, gerobok dapur, basikal lama arwah Tok Andak, tudung saji, lampu picit serta perkakas dapur yang mengingatkan saya keseronokan pulang ke kampung pada waktu kecil dahulu. Ada juga barang-barang lama yang sempat saya gunakan dulu seperti meja tulis sekolah kayu walaupun masa tu dah masuk 90an, tapi sempat juga merasa.

Jika google Time Tunnel Ipoh ni saya dapati keadaannya sangat berbeza dengan realiti yang saya pergi. Mungkin covid telah menutup sebahagian kawasan. Keadaan di dalam premis ini gelap dan panas kerana lampu dan kipas tidak dibuka membuatkan ketua rombongan (suami) kepanasan dan berpeluh-peluh serta anak saya yang sudah mula merungut penat. Tingkat paling atas pula tidak dibuka jadi kami hanya boleh berlegar-legar di tingkat 2 sahaja. 

* Harga tiket RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak





Sangat berpeluh tapi mujur make up masih maintain. Jika pengudaraannya dan pencahayaannya, mungkin tidaklah kami lemas di dalam ini. Harap owner dapat improvekan balik tempat ini. Sayanglah sebab tempat ni adalah salah satu attraction penting di Ipoh.

Seterusnya kami ke Upside Down World Ipoh tetapi maaf, hanya beberapa kerat gambar sahaja yang kami mampu ambil kerana penat dan kehabisan sumber tenaga dan si anak sudah mula buat muka penat beliau.

Maaf.. gambar google




Ini sahaja yang kami mampu dan kami menghabiskan masa beberapa minit duduk dan menikmati aircond di dalam ini. Mujur tak ada pengunjung pun waktu kami duduk bersantai sambil menghabiskan masa. Lebih kurang pukul 3 petang, kami baru kami keluar dan terus ke Little Ipoh Cafe untuk berehat sambil minum kopi.

* Harga tiket untuk pemegang MyKad - 
RM16 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah dan RM10 untuk warga emas

Dalam perancangan, seterusnya kami akan ke Han Chin Pet Soo (Ipoh World). Han Chin Pet Soo ni ialah muzium perlombongan pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Ipoh World Sdn Bhd. Dalam muzium ni kita boleh tengok kehidupan para pelombong Hakka di Lembah Kinta pada masa dulu. Ada photo-photo lama yang dipamerkan pasal kegiatan lombong. Melalui blog-blog review tentang tempat ini, saya teringin nak masuk untuk baca dan melihat sejarah lama tentang Hakka ni. Malangnya, Han Chin Pet Soo tutup buat sementara waktu ni. 


Perhentian terakhir kami di Ipoh haritu ialah Little Ipoh Cafe yang terletak sebelah dengan lorong Concubine Lane. Ketika di sana, oleh kerana anak lelapkan mata sekejap di meja, kami bergilir-gilir keluar menyusur Concubine Lane buat kesekian kali untuk membeli apa-apa yang patut. Saya cuba untuk beli Bahulu biasa tetapi saya perlu tunggu agak lama untuk dapatkan stok jadi terpaksa saya cancel order. kempunan 
bahulu orang perak.. eh lupa pula suami saya orang perak 😎


Pada pukul 4.45 petang kami mula bergerak ke Station KTMB Ipoh tapi singah di JWW Birch Memorial Clock Tower dan bermain dengan kucing oyen yang sangat manja di sana.


Jika tanya pendapat saya, jika anda memang nak ke Ipoh untuk food hunting atau stay lebih dari sehari atau mempunyai anak yang ramai, ETS bukan option yang berbaloi sebab kosnya sangat mahal dan anda boleh habiskan setengah hari saja jika berjalan di sekitar Hentian KTM Ipoh ni dan perlu tambah tambang untuk grab atau teksi untuk ke tempat yang lebih jauh. Tapi jika nak merasa naik ETS untuk perjalanan yang jauh dan tak berkira tentang kos, seperti kami... boleh cuba. Boleh belajar benda baru terutama untuk anak-anak kita expose dengan pengangkutan awam.

Sekian sahaja entry panjang yang saya taip selama 2 hari untuk rujukan kepada those yang teringin nak day trip ke Ipoh dengan menaiki ETS. Insya-Allah jika ada masa, saya akan buat 1 entry pendek guide dan tips day trip ke Ipoh. Terima kasih membaca.


Thursday, 24 March 2022

Book Review - The Kite Runner

Tajuk : The Kite Runner
Penulis : Khaled Hosseini
Penerbit : Riverhead Books


The Kite Runner merupakan buku novel (historical fiction) karya pertama Khaled Hosseini yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Beliau adalah seorang penulis berketurunan Afghanistan tapi kini menetap di Amerika bersama keluarganya dan bekerja sebagai doktor. Buku ini menduduki carta pertama selama 2 tahun oleh New York Times. Buku ini juga telah di adaptasi dalam bentuk filem dengan tajuk yang sama, The Kite Runner.


Ia mengisahkan tentang watak utama seorang lelaki bernama Amir yang dibesarkan dalam kalangan golongan berada. Bapanya adalah seorang pengusaha yang terkenal di Afghanistan dan merupakan seorang lelaki budiman yang mempunyai sifat-sifat baik dan sentiasa membantu orang miskin. Baba mempunyai seorang pembantu bernama Ali berketurunan Hazara yang miskin dan mempunyai seorang anak bernama Hassan yang menjadi rakan karib kepada Amir. Amir digambarkan sebagai seorang budak lelaki yang membutuhkan perhatian dari Baba yang sentiasa sibuk dengan hal-hal kerja dan Amir juga seorang budak lelaki yang tidak punya keberanian untuk menentang kejahatan atau pembulian manakala Hassan anak Hazara ini pula digambarkan sebagai seorang budak lelaki yang naif, tidak pandai membaca, dan sangat setia dan menghargai Amir sebagai rakannya yang membesar bersamanya dan sering mempertahankan Amir dalam apa jua situasi tetapi Amir pula menganggap Hassan tidak lain selain atas dasar majikan dan hamba saja walaupun jauh di sudut hati Amir, beliau ada rasa sayang dan ikatan bersama Hassan yang dia sendiri kurang faham tentang rasa itu. Persahabatan mereka telah bertukar menjadi pengkhianatan selepas kejadian perlawanan laying-layang di Kabul dan terputus ikatan hubungan mereka bak laying-layang terputus talinya. Amir hidup dan membesar dan membawa beban rasa bersalah dan tidak mampu untuk Amir lupakan selamanya walaupun Baba telah membawa Amir jauh meninggalkan bumi Afghanistan yang di takluki oleh Russia ketika itu ke dan tinggal di Amerika. Amir berkahwin dengan seorang wanita keturunan Afghanistan yang menjadi tulang belakang kehidupan Amir selepas itu.
 
Beberapa tahun kemudiaan setelah Baba meninggal dunia, Amir menerima surat dari sahabat karib Baba iaitu Rahim Khan yang meminta Amir untuk datang bertemu dengannya dan seterusnya menceritakan tentang sejarah, kenangan, aib dan khianat yang menjadi rahsia selama ini. Rahim Khan meminta Amir untuk mencari kembali anak Hassan iaitu Sohrab di Kabul, Afghanistan. Afghanistan ketika itu sedang dilanda pergolakan dan dikuasai oleh Taliban dan adalah mustahil untuk Amir, seorang yang tidak berani itu untuk masuk dan melakukan misi mencari Sohrab tetapi dek kerana ingin membalas balik jasa, pengorbanan dan kesetiaan serta menebus kesalahannya terhadap Hassan, Amir tekad untuk masuk ke Kabul dan menyelamatkan Sohrab yang ditawan oleh Assef iaitu musuh lama Amir yang sering membulinya dan Hassan dan Assef telah menyertai Taliban malah bangga membunuh atas nama Islam.
 
 

Buku ini sebenarnya agak kontroversi di Afghanistan kerana penceritaan kekejaman Taliban terhadap rakyat dan juga layanan kaum Pashtun terhadap kaum Hazara di Afghanistan. Kaum Hazara dilayan buruk dan dijadikan hamba oleh golongan atasan kecuali keluarga Baba yang melayan semua orang dengan layanan yang sama. Novel ini di garap dengan sangat baik dan detail berdasarkan plot, karakter dan suasana Kabul ketika tahun 70an dan sehingga Amir datang untuk mencari Sohrab yang ditawan Taliban.Penceritaan tentang kisah Amir, Hassan, Baba, Ali dan kehidupan mereka menusuk sehingga membuatkan saya adakala terpaksa menahan sebak lebih-lebih lagi ketika Rahim Khan menceritakan tentang kematian Hassan dan isterinya yang ditembak oleh pihak Taliban di hadapan rumah lama Baba dan Amir ketika cuba mempertahankan rumah yang menyimpan seribu satu kenangannya bersama sahabat yang amat dikasihinya iaitu Amir. 5 bintang untuk novel ini. Buku ini adalah buku fiksyen antara yang paling terbaik saya pernah baca.


“Why did people want to hurt my father?” Sohrab said in a wheezy little voice. “He was never mean to anyone.”
“You’re right. Your father was a good man. But that’s what I’m trying to tell you, Sohrab Jan. That there are bad people in this world, and sometimes bad people stay bad. Sometimes you have to stand up to them. What you did to that man is what I should have done to him all those years ago. You gave him what he deserved, and he deserved even more.”
“Do you think Father is disappointed in me?”
“I know he’s not.” I said. “You saved my life in Kabul. I know he is very proud of you for that.”

Friday, 18 March 2022

Book Review - Malaya 1941

Tajuk : Malaya 1941
Penulis : Rafe Rahmat & Hairil Anuar
Penerbit : The Patriots


Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun. Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.


Buku ini bukan sama sekali menceritakan perihal Tanah Melayu pada tahun 1941 tetapi menceritakan  sepenuhnya tentang pertempuran antara Tentera British yang mempertahankan Malaya dari dimasuki oleh Tentera Jepun pada tahun 1941.

Secara ringkasnya buku ini adalah tentang sejarah bermulanya penaklukan tentera Jepun ke tanah melayu bermula tahun 1941.  Buku ini bermula dengan ringkasan tentang Tentera British dan Tentera Jepun, kemudian dalam bab seterusnya biodata tentang Komander-komender Tentera Jepun dan British yang berada di Malaysia ketika itu. Kemudian dalam bab seterusnya menceritakan tentang operasi dan pertempuran-pertempuran yang terjadi di Malaya ketika Tentera Jepun cuba untuk menakluki Malaya.
1.  Sebelum Tentera Jepun betul-betul dapat menakluki Malaya, mereka perlu menghadapi 6 pertempuran dengan Tentera British iaitu di Kota Bharu, Jitra, Kampar, Slim River, Gemas-Muar-Parit Sulong dan Endau. Tentera British bermati-matian cuba mempertahankan kawasan-kawasan yang cuba ditakluki sehingga mengakibatkan beribu-ribu tentera British, India, Australia mati bertempur. Malangnya tuah tidak memihak kepada Tentera British akibat kesilapan-kesilapan teknikal dan percaturan dari pihak Tentera British, maka Tentera Jepun dapat menguasai pertempuran.
2.  Tiada persediaan mental dan fizikal oleh pentadbiran Malaya ketika itu untuk menghadapi Tentera Jepun sedangkan pihak Tentera Jepun bersungguh-sungguh dan menyusun strategi yang sangat teliti untuk memasuki Malaya. Sikap pandang rendah pihak pentadbiran terhadap keupayaan Tentera Jepun telah membuatkan Tentera British kalah dalam semua pertempuran.
3.  Karenah biokrasi melanda dengan pemotongan peruntukan pertahanan telah menghalang pasukan pertahanan membina pasukan yang mantap dengan peralatan perang yang baik. Manakala di pihak Tentera Jepun pula, mereka telah meneliti dan mengkaji cara pertempuran dalam cuaca panas lembap dan hutan tropika dengan membuat persediaan yang sangat teliti dalam masa Cuma 6 bulan sahaja.  Selain itu kualiti Tentera Jepun yang mempunyai pengalaman berperang di China dan Manchuria sebelum melancarkan serangan ke Tanah Melayu menjadikan pasukan mereka kuat. Mereka juga telah dilatih untuk berperang dalam keadaan serba kekurangan dan bekalan makanan yang sedikit dalam tempoh perang yang lama. Tetapi Tentera British pula mengantar pasukan-pasukan yang kurang berpengalaman.
4.  Tentera Jepun telah membawa kira-kira 12,000 – 18,000 buah basikal dengan kapal dan tidak membawa kenderaan bermotor. Ia memberi kepantasan mobility untuk pasukan Tentera Jepun untuk bergerak dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain.
5.  Perkara yang tidak akan dan tidak mungkin kita akan lupakan selama-lamanya ialah kekejaman Tentera Jepun terhadap tahanan-tahanan mereka. Tentera dan pasukan bantuan yang cedera telah dipaksa untuk berjalan walaupun dalam keadaan yang parah atau ditikam sehingga mati dan kemudian mereka akan ditembak. Malah ada peristiwa mereka dibakar hidup-hidup dan mayat-mayat mereka digilis dengan lori dengan sengaja. Ada beberapa tawanan yang berjaya melepaskan diri kerana mendapat perlindungan dari penduduk tempatan.

Peristiwa ini akan terpahat dan selamanya diingati oleh kita rakyat Malaysia. Keamanan yang kita kecapi hari ini terpaksa dibayar dengan pengorbanan yang bukan calang-calang. Berdoalah semoga kita tidak perlu lagi berdepan dengan keadaan seperti ini di masa akan datang.


.. “Ketika mara ke garisan kubu ke 3, mortar tentera Jepun telah jatuh tepat ke dalam kubu di mana Kapten Graham sedang berlindung. Letupan itu telah mencederakan kedua-dua kakinya. Sambil berlutut dia masih memberikan arahan dan melontar grenad ke pasukan Jepunyang sedang berundur. Kapten Graham dibawa ke hospital di Tanjung Malim dengan ambulans tetapi kemudian mati akibat kehilangan darah yang banyak dan kecederaan parah yang dialami”. – Bab 10 – pertempuran Kampar (muka surat 100)

Wednesday, 16 March 2022

Book Review - Angkuh & Prasangka

Tajuk : Angkuh & Prasangka
Penulis : Jane Austen (Terjemahan oleh Irni Fazrita Farid)
Penerbit : Biblio Press


Siapa Darcy di mata seorang Lizzy? Lelaki angkuh, sombong, mewah tetapi megah. Meski berpicing mata, Elizabeth tahu Darcy sama sekali tidak mempersona. Elizabeth benci akan cara Darcy memandang dunia sekelilingnya; merendah-rendahkan, bicaranya meremehkan, sesuai sekali dengan darjatnya sebagai bangsawan. Api kebencian Elizabeth kian marak, apabila mendapat tahu, Darcy pernah melakukan sesuatu perkara yang menurutnya, tidak boleh dimaafkan. Ada sisi lain pada diri Darcy, tetapi Elizabeth mengambil masa yang lama untuk memahami, dan menerima kebaikan yang tersembunyi. Mampukah Elizabeth menebus prasangkanya terhadap keangkuhan Darcy selama ini Akankah tumbuh cinta yang sia-sia atau sesuatu yang bererti?

Angkuh & Prasangka adalah novel terjemahan dari Novel klasik Pride & Prejudice tulisan Jane Austen yang telah diterbitkan pada tahun 1813, iaitu 209 tahun yang lalu tapi masih lagi kekal menjadi sebuah novel ‘berhantu’ sehingga ke hari ini. Dengan penggunaan Inggeris Klasik, BiblioPress berjaya menterjemahkannya menjadi sebuah bahasa Melayu yang indah, klasik tanpa mengubah susunan penulisan asal. Jika anda pernah menonton filem Pride and Prejudice lakonan Keira Knightley sebagai Elizabeth Bennet dan Matthew Macfadyen sebagai Fitzwilliam Darcy, anda akan membayangkan Keira dan Matthew dalam watak-watak utama ketika membaca novel ini termasuk Rosamund Pike yang memegang watak Jane Bennet dan suasana Netherfield, Kent, Hertfordshire dan Pemberley yang sangat indah dan hijau. Novel asal dalam bahasa Inggeris digarab dengan penuh indah dan tidak kurang juga dengan novel ini yang telah diterjemahankan.
 
1.  Novel ini mengisahkan kisah dan hubungan cinta di antara golongan kelas pertengahan dan atasan Inggeris pada abad ke-19. Tentang keluarga Bennet adalah keluarga dari kelas pertengahan yang mempunyai lima orang anak gadis yang terkenal dengan kecantikan mereka dan ibu mereka, Mrs Bennet yang bercita-cita besar untuk mengahwinkan anak-anak gadisnya dengan lelaki-lelaki bangsawan yang boleh memberikannya kekayaan segera namun walaupun begitu Mrs. Bennet adalah seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya dengan sepenuh hati. Mr. Bennet pula ialah seorang bapa yang terhormat dan lebih memahami isi hati anak-anak gadisnya namun caranya yang tenang dan kekal diam mendorong Mrs. Bennet terus-terusan mengajar anak-anaknya untuk mengejar pemuda-pemuda kaya. Elizabeth, anak ke-dua Mr. dan Mrs. Bennet digambarkan sebagai seorang yang bijak, cantik dan suka membaca tetapi mempunyai pandangan yang lebih cenderung untuk menilai seseorang dari luaran tanpa mengenali mereka terlebih dahulu manakala anak sulung Mr. dan Mrs. Bennet pula iaitu Jane Bennet adalah anak yang paling cantik, lemah-lembut dan baik hati serta sentiasa baik sangka dengan sesiapa pun. Kedatangan Charles Bingley (Mr. Bingley) dan Fitzwilliam Darcy (Mr. Darcy) ke Netherfield telah merubah kehidupan Mr. dan Mrs. Bennet.
2.  Watak Elizabeth sebagai seorang yang cenderung untuk prasangka dan mudah menilai seseorang berdasarkan sifat luaran, telah diseimbangkan dengan watak Jane yang berlawanan dengan sifat Elizabeth dan akhirnya salah sangka Elizabeth menjadi pengajaran hebat dalam hidupnya. Adakalanya rasa rimas dengan watak Mrs. Bennet yang digambarkan persis Makcik Bawang Malaysia dan kedengaran seperti ‘anak-anak adalah pelaburan masa tua nya’, namun itu adalah watak normal wanita-wanita berstatus MRS. pada zaman itu untuk melindungi masa depan anak-anak perempuan mereka kelak selepas kahwin.
3.  Perasaan benci Elizabeth terhadap Darcy pada awal pertemuan akhirnya bertukar menjadi cinta selepas Elizabeth mengetahui segala-galanya tentang Darcy. Malu dan marah dengan sifat dirinya yang suka menilai luaran orang lain tetapi diyakini oleh Darcy sebagai sifat berhati-hati dan bijaksana. Di akhir babak, Darcy mengaku dirinya adalah seorang yang baik dan sifat Elizabeth yang waspada itu mampu untuk melindunginya kelak. Malah, Darcy juga mengatakan bahawa pasti selepas mereka berkahwin, dia akan mengambil kesempatan ke atas sifat garang Elizabeth untuk mengusik dan mencari peluang bergaduh dengan kerap – bentuk hiburan untuk seorang lelaki bijak dan serius seperti Darcy
4.  Seringkali cinta kalah dengan status dan taraf hidup seseorang dan juga pendapat orang lain yang mengatakan sifat yang sekian-sekian tidak akan mampu bertahan dan bahagia, tetapi dalam novel ini mengatakan sifat serta taraf hidup adalah halangan yang mampu di kalahkan dengan pemikiran yang matang dan bijak. Biasanya jodoh kita adalah sekufu kita, ia diterjemahkan juga dalam novel ini di mana adik bongsu Elizabeth dan Jane iaitu Lidya Bennet yang akhirnya berkahwin dengan bekas anak pekerja mendiang bapa Darcy iaitu George Wickham yang telah memburukkan Darcy di mata seluruh Netherfield hakikatnya Darcy lah yang telah melunaskan segala hutang-piutang Wickham selama ini. Lidya pula adalah anak manja yang hanya berusia 16 tahun dan dibiarkan bebas berpeleseran oleh Mrs. Bennet dengan matlamat supaya anak bongsunya itu mendapat jodoh dari kalangan kaya juga. Namun, atas sifat pendek akal Lidya dan cintanya kepada Wickham, mereka lari dan akhirnya berkahwin.
5.  Jane Austen adalah penulis yang sering mengambarkan cinta sebenar iaitu perhubungan romantis dalam cinta tanpa nafsu semata-mata. Buku-bukunya selamat untuk dibaca oleh anak-anak remaja. Austen mengambarkan cinta yang sebenar, kerana cinta adalah cinta tanpa syarat. Tidak kira dengan sesiapa pun, selagi ia nyata. Kritikan masyarakat dan adat resam serta status taraf hidup sering menjadi halangan dalam hubungan cinta maka Jane Austen merealisasikan cinta sebenar dalam novel-novelnya.


Novel ini jika dibaca dalam buku yang asal menggunakan Bahasa Inggeris pada abad ke-19, 200 tahun dahulu mungkin sangat sukar untuk saya memahami, bersyukur bila Biblio Press mengambil initiative untuk menterjemahkan buku ini dalam bahasa melayu dan tidak mengubah bahasa asal English Classic. Dunia wanita ketika abad ke-19  bukanlah seperti wanita abad ke-21 yang berdikari dan mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung pendapatan dan keselamatan diri dengan lelaki, (tetapi Elizabeth adalah watak wanita abad ke-19 yang beyond her century). I was enjoy reading something absolutely strange to the world I live in. Terdapat ramai Elizabeth pada zaman ini tetapi tidak zaman dahulu. Pada kita, kenkangan pada zaman dahulu kala berkenaan isu gender dan mata pencarian seorang wanita yang perlu untuk berkahwin dengan lelaki kaya kedengaran janggal tetapi pada wanita zaman itu, it was very real. I didn’t find this is romantic story as many readers have, tetapi cerita cinta biasa ketika abad ke-19. Recommended!


“Sejak awal lagi, keangkuhanmu, kesombonganmu dan penghinaan egois kamu terhadap perasaan orang lain, menjadi landasan kebencianku kepadamu. Belum cukup sebulan aku mengenalimu, aku merasakan bahawa kamu lelaki terakhir di dunia yang boleh aku kahwini”, - Elizabeth Bennet

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...