Followers

Tuesday, 5 July 2022

Ulasan Buku - Kenangan-kenanganku di Malaya

Tajuk : Kenangan-kenanganku di Malaya
Penulis : Hamka
Penerbit : Jejak Tarbiah
Genre : Non-Fiction, Memoir


Begitu mendalam cinta Hamka kepada umat dan bumi Melayu sehingga ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Hamka ikut menyambutnya dengan penuh rasa terharu. Dengan penuh semangat diserunya nama Hang Tuah, ” Hai Hang Tuah! Terbuktilah sekarang apa yang pernah engkau katakan: Bahawa Melayu tidak akan hilang dari dunia!”

Sempena saat bersejarah itu Hamka mencurahkan rasanya dalam buku Kenangan-Kenanganku di Malaya (1957) yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannnya.

Sempena saat bersejarah itu Hamka mencurahkan rasanya dalam buku Kenangan-Kenanganku di Malaya (1957) yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannnya.


Pada mulanya saya sangka buku ini adalah travelog pengalaman Pak Hamka ketika berada di Malaya tetapi rupanya buku ini adalah cetusan rasa dan perasaan Pak Hamka untuk Malaya. Ketika Pak Hamka menulis buku ini, Malaya belum lagi merdeka tapi ura-ura atau proses kemerdekaan Malaya sedang di laluan akhir, barangkali. Kerana itu, tercetusnya buku ini dari Pak Hamka dengan penuh rasa dedikasi dan rasa cinta serta sayang untuk negara Malaya iaitu negara serumpun, seibu sebapa dengan Indonesia. Difahamkan bahawa buku ini diterbitkan di Singapura pada tahun 1957. Singapura masih sebahagian dari Malaya ketika itu. Tidak ramai pembaca Pak Hamka mengetahui tentang buku ini termasuk pembaca dari Indonesia sendiri. Buku ini pada asalnya diterbitkan dalam bahasa jawi lama dan tulis semula oleh Jejak Tarbiah dalam bahasa rumi dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Terdapat tiga elemen dalam buku ini iaitu sejarah dan fakta Indonesia dan Malaya, kenangan-kenangan Pak Hamka di Malaya dan nasihat Pak Hamka kepada Malaya yang sedang meniti proses kemerdekaan.

Pak Hamka mengambarkan Malaya adalah adik kepada Indonesia kerana hubungan jiran dan rakyat Malaya dan Indonesia datang dari bangsa dan rumpun yang sama iaitu MELAYU dan ISLAM. Kisah jatuh bangun dan jerit perit yang dilalui oleh Indonesia juga pada dasarnya tiada beza dengan kisah perjalanan Malaya dalam menuju kemerdekaan.  Buku ini banyak diceritakan tentang sejarah kemerdekaan Indonesia serta cerita-cerita dan kisah tentang asal-usul keturunan, semangat islam dalam diri rakyat Indonesia yang akhirnya terkikis sedikit demi sedikit.

Pak Hamka juga telah beberapa kali melawat Malaya malah diberi kesempatan untuk melawat Istana Seri Menanti dan Melaka, tempat keagungan Empayar Melaka satu ketika dulu dan kehebatan pahlawan Melaka, Hang Tuah yang dikagumi oleh Pak Hamka sendiri. Pak Hamka juga menjalinkan persahabatan yang akrab dengan beberapa insan-insan terkenal terutama mereka dalam bidang sastera dan bahasa di Malaya termasuklah Ibu Zain dan Pendeta Za’ba.

Oleh kerana rasa cinta dan sayang Pak Hamka terhadap Malaya sama seperti rasa cintanya terhadap negaranya sendiri, Indonesia, Pak Hamka menitipkan nasihat-nasihat yang amat bermakna untuk Malaya selepas merdeka nanti. Satu ketika dulu, Pak Hamka juga pernah ditahan atas tuduhan fitnah, beliau terlibat dalam komplot untuk membunuh Presiden Soekarno dan menerima sejumlah wang daripada Tunku Abdul Rahman sehingga dipenjara selama hampir tiga tahun iaitu dari 1964 hingga 1966. Peristiwa tersebut adalaj ketika Soekarno mengisytiharkan ‘Ganyang Malaysia’.


Secara peribadi, saya rasa buku ini adalah buku yang sangat ikhlas datang dari seorang yang amat cintakan Agama dan bangsa Melayu dan mahukan Melayu terus kekal kuat dan kukuh serta berani seperti pahlawan-pahlawan Melayu Nusantara dulu kala. Pak Hamka mahu Malaya mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku pada Indonesia selepas Merdeka dan tidak berulang lagi ke atas Malaya. Lembut gaya bahasa dan susun kata Pak Hamka dalam buku ini dan semangat kemelayuan Pak Hamka mengharukan saya. Buku ini walaupun telah ditulis 65 tahun lalu, namun masih relevan kita jadikan bahan rujukan dan menilai kembali di mana kedudukan kita, bangsa Melayu selepas Merdeka. Kalau Pak Hamka mampu rasa CINTA kepada Malaya seperti ini, bagaimana pula kita yang lahir di sini?


Dengan dada berdebar-debar laksana seorang puteri menantikan kekasihnya yang tidak kunjung datang, demikianlah saya menunggu kemerdekaan Malaya. Kakaknya, pulau-pulau Indonesia; sejak Sumatera, Jawa, Kalimantan dan Sulawesi dan pulau-pulau Nusa Tenggara telah lebih dahulu 12 tahun keluar dari lubang penjajahan itu. Tetapi hatinya tidak senang, mengapa adiknya tidak juga kunjung datang!

Mari adik! Mari sayang! Mari kita berjalan kembali menempuh jalan raya sejarah berbimbing tangan, mri kita hadapi segala kesulitan dengan kepala terangkat, Tuhan memimpin kita!”.
- HAMKA 1957

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...