Followers

Friday, 29 July 2022

Book Review - The Promise

Tajuk : The Promise
Penulis : Damon Galgut
Penerbit : Vintage
Genre : Historical Fiction



The Promise charts the crash and burn of a white South African family, living on a farm outside Pretoria. The Swarts are gathering for Ma's funeral. The younger generation, Anton and Amor, detest everything the family stand for -- not least the failed promise to the Black woman who has worked for them her whole life. After years of service, Salome was promised her own house, her own land... yet somehow, as each decade passes, that promise remains unfulfilled.

The narrator's eye shifts and blinks: moving fluidly between characters, flying into their dreams; deliciously lethal in its observation. And as the country moves from old deep divisions to its new so-called fairer society, the lost promise of more than just one family hovers behind the novel's title.

In this story of a diminished family, sharp and tender emotional truths hit home. Confident, deft and quietly powerful, The Promise is literary fiction at its finest.



Phew… I don’t know how I managed to finish this book. This was so difficult to read because of the writing styles. Honestly, I skipped some of the parts of this book because I was struggled with the writing styles. The author decided not to use punctuation for the character's dialogue, kept switching from one character to another and it made me so difficult to differentiate if a character is talking… or thinking. I also need to re-reading and turn previous pages to figure out what was happening and to whom. The only reason I finished tis book because I tried to avoid DNF in my list.

The book starts with the death of Ma and a promise between Ma, Pa and the maid that the maid should have title to the house that the White family stays. The main of ths book was about Salome, a Black maid in apartheid South Africa around 1980an, which was Ma made a promise to. This book was supposed to be about the promise (but they ignored the promise and led to consequences for each of them) and Salome. But instead, the whole page was about lives and struggles of the White family she works for. These book also more to death and funeral stories from each Swarts family members. I was hoping that was interesting to read about South Africa, but nah.. there did not seem to be.

All the characters in this book are so plain, dull and boring. Personally, I think the storyline is ok but the writing styles ruined it and should not exist!


This book wasn’t for me. Sorry for the bad review here, just 2 stars from me.

Saturday, 23 July 2022

Ulasan Buku - Kisah Klasik Tamadun Melayu

Tajuk : Kisah Klasik Tamadun Melayu
Penulis : Abdullah Sidek
Penerbit : The Patriots
Genre : Non-Fiction


Bangsa Melayu sejak ribuan tahun yang lalu telah membina ratusan kerajaan yang membentang di Asia Tenggara. Kerajaan bangsa ini masyhur, didendangkan oleh pelbagai bangsa agung di dunia. Sudah tentu, sejarah tamadunnya yang berusia ribuan tahun ini juga pastinya menyimpan ribuan kisah menarik, hebat dan penuh pengajaran untuk tatapan anak bangsa. Justeru, buku ini dihasilkan dengan menghimpunkan 70 kisah klasik daripada tamadun Melayu, yang penuh ragam dan rencah supaya anak Melayu zaman moden tidak melupakan apa yang berlaku pada helaian riwayat nenek moyang mereka.


Penulis buku Kisah Klasik Tamadun Melayu, Abdullah Sidek Saat merupakan seorang guru sejarah yang banyak menulis buku-buku tentang sejarah Melayu antaranya ialah Perang Tamadun Melayu dan Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya. Penulis menggunakan nama Seri Cendekiawan sebagai nama pena di laman sosial telah banyak berkongsi tentang sejarah-sejarah Melayu di Facebook dan Twitter. Penulis menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami dalam setiap perkongsian.

Buku ini mengisahkan tentang cerita-cerita lama dan hikayat yang berkaitan dengan bangsa Melayu di seluruh Nusantara pada ketika dahulu. Kegemilangan Melayu ketika itu tidak disangkal lagi dengan kehebatan tentang Melaka, Sriwijaya dan sejarah tentang negeri-negeri yang dihuni oleh bangsa Melayu. Di sebalik kehebatan tamadun Melayu, terdapat pelbagai kisah-kisah klasik sama ada kisah benar atau kisah dongeng disampaikan oleh nenek moyang kita dari generasi ke generasi yang boleh diambil sebagai tauladan. Malah ada juga kisah-kisah klasik yang sekadar hiburan dan untuk menceritakan kehebatan bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu. Membaca buku ini juga dapat membuatkan kita membayangkan kehebatan dan keagungan Nusantara ketika itu.

Terdapat 70 kisah pendek klasik Tamadun Melayu yang dimuatkan dalam buku ini. Ada beberapa kisah yang kita tau dan sudah belajar di sekolah atau melalui penceritaan atuk dan nenek antaranya seperti kisah-kisah Hang Tuah, Pertaruhan Jebat – Tuah, kisah tentang Tun Teja, Tentang kekejaman Sultan Mahmun dan Singapura dilanggar todak. Dan ada juga kisah-kisah dalam buku ini yang tak pernah saya baca atau dengar seperti cerita asal usul nama daerah Setiu, Kisah Beruk Tunggal, Puteri Junjung Buih dan banyak lagi.

Dalam banyak-banyak kisah, yang menarik untuk saya ialah Krisis Raja Haji Dengan Belanda di mana Raja Haji merupakan Yam Tunku Muda ke-4 bagi kerajaan Johor Lama iaitu orang kedua paling berkuasa di Johor. Raja Haji telah mengadakan perjanjian bersama Belanda pada tahun 1780 tentang perdagangan di Pelabuhan Johor terutamanya di Riau. Namun, Belanda telah melanggar perjanjian itu dan ini menaikkan darah Raja Haji. Perlawanan yang sengit antara pasukan Raja Haji dan Belanda telah memaksa Belanda berunding dengan Raja Haji untuk berdamai. Sekali lagi Belanda memungkiri perjanjian dan memaksa Raja Haji sekali lagi menghantar pasukannya untuk berperang dengan Belanda. Raja Haji terkorban akibat bedilan meriam yang mengenai dadanya. Raja Haji telah diangkat sebagai Pahlawan National Indonesia pada tahun 1997.


Di tengah-tengah kehangatan filem Mat Kilau yang masih lagi ditayangkan di pawagam ketika ini, buku ini sangat sesuai dibaca untuk menyuntik lagi semangat ke-MELAYU-an dan cintakan bangsa dalam setiap darah bangsa Melayu. Bukan untuk menyuntik semangat berlawan dengan bangsa lain tetapi hanya untuk mengingatkan diri kita tentang kehebatan bangsa Melayu dahulu dan menguatkan jati diri. Untuk bangkit maju dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa hebat yang lain, kita perlu kenal asal usul dan sejarah supaya tidak melakukan kesilapan yang sama dilakukan oleh bangsa Melayu dahulu sehingga mengakibatkan tanahair kita dijajah dan dituduh sebagai bangsa pemalas dan tidak bertamadun oleh British walhal kita pernah mempunyai empayar dan tamadun yang cukup hebat dan dikenali di seluruh dunia.


Jika ada carta lima kerajaan Melayu terbaik, pasti Funan dalam senarai tersebut. Funan bukan sahaja kerajaan Melayu yang mempunyai wilayah yang luas, bahkan kerajaan ini telah memainkan peranan yang penting dalam bidang keilmuan. Selain itu, ilmu kelautan orang Melayu Funan juga tidak kurang hebatnya iaitu mereka telah membina kapal yang boleh mengangkut 600-700 orang penumpang dan boleh menampung 1000 tan kargo. Semasa pemerintahan Fan Shih Man, baginda telah meluaskan lagi wilayah Funan dengan menakluk 10 buah kota lagi. Penaklukan ini telah menjadikan Funan sebuah kerajaan yang makmur kerana berjaya menguasai jalur perdagangan yang terpenting pada waktu itu.” – Ringkasan tentang kerajaan Funan dalam Kaundinya Membuka Funan, mukasurat 31.


Wednesday, 20 July 2022

Book Review - Regretting You

Tajuk : Regretting You
Penulis : Colleen Hoover
Penerbit : Montlake
Genre : Fiction, Romance


Morgan Grant and her sixteen-year-old daughter, Clara, would like nothing more than to be nothing alike.

Morgan is determined to prevent her daughter from making the same mistakes she did. By getting pregnant and married way too young, Morgan put her own dreams on hold. Clara doesn’t want to follow in her mother’s footsteps. Her predictable mother doesn’t have a spontaneous bone in her body.

With warring personalities and conflicting goals, Morgan and Clara find it increasingly difficult to coexist. The only person who can bring peace to the household is Chris—Morgan’s husband, Clara’s father, and the family anchor. But that peace is shattered when Chris is involved in a tragic and questionable accident. The heartbreaking and long-lasting consequences will reach far beyond just Morgan and Clara.

While struggling to rebuild everything that crashed around them, Morgan finds comfort in the last person she expects to, and Clara turns to the one boy she’s been forbidden to see. With each passing day, new secrets, resentment, and misunderstandings make mother and daughter fall further apart. So far apart, it might be impossible for them to ever fall back together.

Ok back to my language

Mengisahkan tentang persahabatan antara Morgan, Jenny, Chris dan Jonah sewaktu remaja. Jonah dan Chris bersahabat baik manakala Morgan dan Jenny adik-beradik berpasangan dengan Chris dan Jonah. Segalanya bermula ketika Morgan disahkan hamil ketika berusia 17 tahun dan kemudian berkahwin dengan Chris dan melalui kehidupan yang bahagia. Jonah meninggalkan persahabatan mereka sebaik mengetahui Morgan mengandung dan kembali selepas 17 tahun kemudian apabila Jenny muncul di majlis pengkebumian bapa Jonah dan seterusnya hamil. Jonah berkahwin dengan Jenny  demi anak mereka bersama.

Clara adalah anak pasangan Morgan dan Chris yang kini berusia 17 tahun yang rapat dengan Jenny dan menganggap Jenny adalah segala tempatnya untuk berkongsi rahsia tanpa mengetahui segala rahsianya dan nasihat-nasihat dari Jenny sebenarnya datang dari ibunya sendiri, Morgan.

Tragedi bermula ketika Chris dan Jenny terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa mereka. Segala rahsia yang tersimpan rapi berkenaan dengan hubungan antara Chris dan Jenny selama ini terbongkar dan terungkai sedikit demi sedikit. Clara yang tidak mengetahui apa-apa pengkhianatan mula memberontak apabila merasakan ibunya tidak mampu untuk memberikan segala perhatian dan berkongsi rasa dengannya seperti Jenny dan Chris yang begitu menyayanginya. Sedangkan Morgan bergelut menerima pengkhianatan dan rahsia Jenny dan Chris yang selama ini berlaku di depan matanya. Perasaan yang sama dirasai oleh Jonah yang menganggap Jenny dan Chris mempergunakannya untuk menutup rahsia kehamilan Jenny. Jonah menelan rasa kecewa yang dalam tatkala mengetahui Elijah bukanlah anak kandungnya tetapi anak hubungan rahsia Jenny dan Chris, dan merasakan dia dipergunakan namun dek kerana perasaan sayang terhadap Elijah, Jonah tetap menerima Elijah seperti anaknya sendiri. Perasaan cinta Jonah terhadap Morgan satu ketika dulu tidak pernah padam. Johan inginkan kepastian tentang perasaan Morgan terhadapnya namun Morgan merasakan itu hanyalah perasaan ketika remaja.

Kekecewaan Clara telah menemukan Clara dengan cintanya bersama Miller Adam. Miller Adam yang mulanya mempunyai teman wanita, memutuskan perhubungannya dengan teman wanitanya kerana perasaannya yang dalam untuk Clara. Clara menjadikan Miller sebagai tempat untuknya membalas dendam terhadap ibunya apabila mengetahui hubungan Morgan dan Jonah dan membuatkan hubungan antara Clara dan ibunya menjadi semakin retak. Morgan menyalahkan Miller atas segalanya manakala Clara menyalahkan Morgan atas segala kejadian yang berlaku tanpa mengetahui rahsia sebaliknya.


I was hesitating to start this book but after I started, I don’t want to put it down. But I was a bit disappointed that CoHo decided not to reveal the contents of the letters coz that would have given a lot of answers like when the relationship of Chris and Jenny had started and how it went on till their deaths. I want to know the whole story from Jenny’s and Chris’s side too. Ada rasa kekurangan dalam ending.

The emotional rollercoaster between Morgan and Clara makes me wanna slap her really hard. As a mother myself, I feel like Clara is just a selfish teen. Dan saya juga tidak rasa yang saya akan sesabar Morgan terutama ketika berdepan dengan segala kucar-kacir dan perubahan hidup. But somehow I understand that Morgan is a mom who will do anything to protect her daughter. Morgan and Clara go through so much, but in the end Clara realize her mistakes and perception towards her mother change.

Overall, this book describes all in 1 – friendship, betrayal, grief, heart break, second chance and many more. It involves two generations of love and life, story about mother and daughter after tragedy. I still recommended this book.


“.. your father made some big mistakes, but the things he did wrong in his life shouldn’t discredit all the things he did right..”
“Most mothers would want their daughters to hate their fathers for doing what Dad did.”
“I’m not most mothers.”
I personally love this part…

Friday, 15 July 2022

Ulasan Buku - Jose Rizal – Melayu Agung

Tajuk : Jose Rizal – Melayu Agung
Penulis : Carlos Quirino (diterjemah oleh Puspawati Rusman)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiction, Biografi


30 Disember 1896, sepasukan perajurit Filipina berbaris bagi memenuhi perintah tembak mati Jose Rizal. Di belakang, sepasukan serdadu Sepanyol bersiaga menembak pasukan itu pula. Dosa Jose Rizal: Menjadi penulis menentang penjajahan Sepanyol. Doktor memeriksa nadi Jose sebelum ditembak, ternyata normal, tiada gentar, tiada debar. Pahlawan itu gugur dengan kalimat terakhir yang dipinjam dari Yesus Kristus: Consummatum est. Sempurna sudah! Nama Jose Rizal harum ke seluruh dunia. Kisah hidupnya dirangkum oleh Carlos Quirino dalam karya yang memenangi Sayembara Biografi Komanwel tahun 1938.


Buku biografi dengan tajuk asalnya The Great Malayan ditulis oleh penulis Carlos Quirino dan diterbitkan pada tahun 1940. Pada asalnya, Carlos Quirino menyertai pertandingan menulis biografi wira negara Dr. Jose Rizal pada November 1935 dan dimenangi oleh Dr. Rafael Palma ditempat pertama. Tetapi penulis telah dipanggil oleh Presiden Filipina ketika itu dan Presiden tersebut menghadiahkan penulis jumlah wang tempat pertama kerana berpedapat bahawa penulisan Carlos Quirino adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan kesemua pemenang.


Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang Patriot Melayu Filipina yang berjuang demi penindasan orang-orang Filipina ketika Filipina dibawah jajahan Sepanyol. Dr Jose Rizal adalah seorang genius kelahiran Melayu Filipina dilahirkan pada Jun 1861 dibesarkan di Kalamba serta mendapat pendidikan awal secara tutor oleh ibunya bersama adik-beradiknya. Tanpa pengetahuan ibu dan bapanya, Jose Rizal senyap-senyap meninggalkan Filipina dan belajar ke Universiti Santo Thomas dan mangambil bidang falsafah dan persuratan atas pembiayaan adik beradiknya. Kemudian, beliau menyambung pengajian dalam bidang Medik dan Falsafah di Universiti Central De Madrid di Sepanyol dan seterusnya ke Universiti Paris dan Heidelberg untuk menamatkan pengajian dalam bidang optalmologi iaitu kepakaran dalam bidang mata. Tujuan Jose Rizal mengambil bidang mata adalah untuk merawat sendiri masalah mata ibunya. Beliau sangat mahir dengan pelbagai bahasa dan menguasai lebih dari 20 bahasa termasuklah Bahasa Melayu. Selain pakar dalam bidang mata, beliau juga mahir seni mempertahankan diri, penembak yang handal, pandai melukis dan minat pada bidang seni muzik. Beliau juga sering menulis puisi dimasa lapangnya.

Ketika beliau menyambung pelajaran ke luar negara, beliau kerap menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk meninjau kemajuan dan belajar tentang sejarah tempatan namun walaupun banyak tempat telah di lawatinya, Filipina tetap dihati dan cintanya untuk tanahair sangat kuat. Atas semangat itu, beliau berjuang dengan menanam ideologi nasionalisnya melalui karya-karya puisi dan novel yang ditulisnya hingga mengakibatkan pihak Sepanyol menjadi takut dengan tajam mata pena nukilan Dr Jose Rizal. Novel pertamanya mencetus kontroversi terutama dikalangan biarawan gereja Filipina ialah Noli Me Tangere,  mengisahkan korupsi para biarawan di gereja Katolik Filipina dalam menindas rakyat dan menggunakan agama sebagai alat untuk mereka memeras rakyat. Jose Rizal sekali lagi menulis tentang korupsi yang dilakukan oleh pihak gereja Filipina dan kebangsatan penjajah Sepanyol yang bermaharajalela di bumi Filipina kerana dibantu oleh fatwa-fatwa gereja di Filipina melalui novel keduanya bertajuk El Filibusterismo. Jose juga ada menulis beberapa bahagian dalam sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda menentang penjajahan Sepanyol iaitu La Solidaridad. Jose Rizal menuntut supaya diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun, hak yang sama rata untuk orang Filipina, dan penguatkuasaan undang dikenakan ke atas paderi-paderi Filipina yang korup. Selain itu, dia meminta agar Sepanyol meletakkan Filipina sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan Filipina mempunyai wakil dalam parlimen Sepanyol ketika itu.

Walaupun telah diberi amaran oleh keluarga serta rakan-rakannya, Jose Rizal tetap pulang ke Filipina dan bermulalah hukuman yang dikenakan oleh pihak penjajah Sepanyol ke atas beliau dan keluarga sehingga akhirnya beliau disabit dengan hukuman tembak sampai mati atas sesuatu yang tidak beliau lakukan namun atas semangat patriotik dan cintakan negara, Jose Rizal kekal tenang dan rela mati demi bangsa Melayu Filipina. 30 Disember dijadikan Hari Rizal untuk memperingati jasa dan kepahlawanannya dalam menentang penjajah Sepanyol melalui mata penanya yang tajam.


Buku ini penuh dengan emosi naik dan turun seorang Jose Rizal. Beliau sendirian melawan penjajah dan sering kecewa dengan semangat sementara para sahabatnya. Beliau juga ditikam dari belakang oleh sahabat seperjuangannya tatkala di Madrid sehingga membuatkannya jatuh kecewa dan merasa keseorangan. Hanya Blumentritt sahabatnya sehingga nafas yang terakhir dan sokongan keluarga yang tidak pernah berbelah bahagi menjadi semangat untuknya. Sebelum membaca buku ini, saya membayangkan bahawa Dr Jose Rizal adalah pahlawan yang menghunus keris atau pistol untuk berlawan dengan para penjajah namun sebaliknya beliau adalah seorang cendiakiawan bersusuk kecil size lelaki melayu biasa dan hanya menggunakan bait-bait ayat penulisan untuk menikam jantung para penjajah Sepanyol hingga mengakibatkan beliau dihukum mati. Walaupun hidupnya cuma 35 tahun, tetapi usianya telah diisi dengan agenda untuk menyeru semangat menentang kekejaman penjajah Sepanyol ke atas rakyat Filipina namun beliau tidak mengalakkan revolusi dengan cara keganasan.


Sejak lahir ke dunia hingga masuk semula ke lubang kubur, orang tempatan diberikan didikan yang kejam, menekan dan tidak berperikemanusiaan,” tulisnya. “Didikan yang terhad di rumah, sistem pendidikan yang dibuat sembarangan di beberapa buah pusat pembelajaran dan tidak mendatangkan hasil, kepentingan anak muda diketepikan demi keperluan orang yang lebih berusia, mempengaruhi fikiran supaya mereka kurang cemerlang daripada orang sebelum mereka, sebaliknya berpuas hati dengan sekadar mengikut atau berdiri di belakang. Pembantutan biasanya terjadi akibat daripada budaya ini; dan sesiapa yang menumpukan hidupnya sekadar meniru sehingga meninggalkan mutu lain yang lebih sesuai dengan dirinya, sudah tentulah tidak produktif – dan seterusnya menjadi mundur. Kemalasan ialah natijah daripada kekurangan dorongan dan ketahanan diri.” – Jose Rizal – kemalasan di Filipina (mukasurat 185)

Saturday, 9 July 2022

Book Review - A Thousand Splendid Suns

Tajuk : A Thousand Splendid Suns
Penulis : Khaled Hosseini
Penerbit :
Genre : Historical Fiction


A Thousand Splendid Suns is a breathtaking story set against the volatile events of Afghanistan's last thirty years—from the Soviet invasion to the reign of the Taliban to post-Taliban rebuilding—that puts the violence, fear, hope, and faith of this country in intimate, human terms. It is a tale of two generations of characters brought jarringly together by the tragic sweep of war, where personal lives—the struggle to survive, raise a family, find happiness—are inextricable from the history playing out around them.


 

My second reading from author Khaled Hosseini after The Kite Runners. Seperti buku The Kite Runners, Dr. Khaled masih lagi menggunakan Afghanistan sebagai latar novel beliau dan kisah sejarah perang di Afghan sebagai medium kisah perjalanan novel ini. Buku ini diterbitkan pada tahun 2007 dan menjadi salah satu buku terlaris di dunia.


A Thousand Splendid Suns mengisahkan tentang Mariam yang lahir pada tahun 1959. Mariam adalah anak hasil hubungan terlarang pembantu rumah (Nana) dan majikannya Jalil Khan. Jalil mempunyai 3 orang isteri dan 9 orang anak hasil perkahwinannya dengan isteri-isterinya. Jalil telah menempatkan Nana dan Mariam di sebuah pondok kecik di pinggir Bandar Herat dan akan menemui dan meluangkan masa bersama Mariam seminggu sekali, membuatkan Mariam sangat menyayangi bapanya itu. Nana sering mengingatkan Mariam tentang kedudukannya sebagai “Harami” dan tidak melayannya dengan baik. Namun, Nana menyayangi Mariam dengan sepenuh hati.

Pada ulangtahunnya yang ke 15, Mariam meminta Jalil untuk membawanya tinggal bersama Jalil dan membawa Mariam menonton wayang di panggung wayang milik Jalil namun pada hari tersebut, Jalil tidak muncul. Mariam berjalan sendiri ke rumah Jalil dan duduk di luar menunggu sehingga pagi namun Jalil tidak juga muncul. Pada keesokannya, pemandu peribadi Jalil menghantar Mariam pulang semula ke rumah dan menemui Nana tergantung mati kerana membunuh diri. Selepas kejadian, Jalil membawa Mariam tinggal di rumahnya.

Watak kedua iaitu Laila adalah gadis dari generasi ke dua yang lahir pada tahun 1978 tinggal bersama keluarganya di kawasan tempat tinggal Mariam. Laila adalah gadis yang dilahirkan dari keluarga yang dihormati oleh kejiranan kerana bapanya seorang guru dan mengamalkan kehidupan moden di Afghan. Bertentangan dengan Mariam, keluarga Laila mengalakkan anak-anaknya melanjutkan pelajaran diperingkat tertinggi tanpa mengira jantina untuk berbakti kepada negara. Laila menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda kudung kaki bernama Tariq namun perang telah memisahkan mereka.

A series tragic begin when both Mariam and Laila married to an ignorant named Rasheed. Mariam and Laila learn to live together and later to depends each other as they face almost daily challenges, mostly from their abusive husband.


I don’t want to reveal plot in my review. This book is beautiful but heartbreaking story of two Women in Afghanistan under the Civil War and Taliban rule. Penulis berjaya mengarapkan hidup tentang perbezaan dua wanita dari generasi berbeza namun ditakdirkan untuk hidup bersama. Buku ini menceritakan tentang keganasan rumahtangga, rogol, penderaan lain dan bercampur dengan penderitaan ketika perang lebih-lebih lagi kepada wanita. The dilemma of these Women trapped between violence and responsibility in a world where you don’t have much rights and don’t have much choice but to accept and this was too difficult to digest (sebab kita tidak melalui hari-hari sukar perang dan penderaan, mungkin…). Penulis berjaya menghuraikan secara details kisah-kisah tragik dua wanita ini dan membawa anda membaca dengan penuh emosi. Penulis menulis sebuah kisah fiksyen tetapi tetapi kesakitan dan penderitaan rakyat Afghanistan adalah kisah benar. A Thousand Splendid Suns is a good book everyone should read atleast once. Try and you won’t regret.


“Mariam wished for so much in those final moments. Yet as she closed her eyes, it was not regret any longer but a sensation of abundant peace that washed over her. She thought of her entry into this world, the harami child of a lowly villager, an unintended thing, a pitiable, regrettable accident. A weed, and yet she was leaving the world as a woman who had loved and been loved back. She was leaving it as a friend, a companion, a guardian. A mother. A person of consequence at last. No. it was not so bad, Mariam thought, that she should die this way. Not so bad. This was a legitimate end to a life of illegitimate beginnings" – muka surat 361. 

Tuesday, 5 July 2022

Ulasan Buku - Kenangan-kenanganku di Malaya

Tajuk : Kenangan-kenanganku di Malaya
Penulis : Hamka
Penerbit : Jejak Tarbiah
Genre : Non-Fiction, Memoir


Begitu mendalam cinta Hamka kepada umat dan bumi Melayu sehingga ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Hamka ikut menyambutnya dengan penuh rasa terharu. Dengan penuh semangat diserunya nama Hang Tuah, ” Hai Hang Tuah! Terbuktilah sekarang apa yang pernah engkau katakan: Bahawa Melayu tidak akan hilang dari dunia!”

Sempena saat bersejarah itu Hamka mencurahkan rasanya dalam buku Kenangan-Kenanganku di Malaya (1957) yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannnya.

Sempena saat bersejarah itu Hamka mencurahkan rasanya dalam buku Kenangan-Kenanganku di Malaya (1957) yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannnya.


Pada mulanya saya sangka buku ini adalah travelog pengalaman Pak Hamka ketika berada di Malaya tetapi rupanya buku ini adalah cetusan rasa dan perasaan Pak Hamka untuk Malaya. Ketika Pak Hamka menulis buku ini, Malaya belum lagi merdeka tapi ura-ura atau proses kemerdekaan Malaya sedang di laluan akhir, barangkali. Kerana itu, tercetusnya buku ini dari Pak Hamka dengan penuh rasa dedikasi dan rasa cinta serta sayang untuk negara Malaya iaitu negara serumpun, seibu sebapa dengan Indonesia. Difahamkan bahawa buku ini diterbitkan di Singapura pada tahun 1957. Singapura masih sebahagian dari Malaya ketika itu. Tidak ramai pembaca Pak Hamka mengetahui tentang buku ini termasuk pembaca dari Indonesia sendiri. Buku ini pada asalnya diterbitkan dalam bahasa jawi lama dan tulis semula oleh Jejak Tarbiah dalam bahasa rumi dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Terdapat tiga elemen dalam buku ini iaitu sejarah dan fakta Indonesia dan Malaya, kenangan-kenangan Pak Hamka di Malaya dan nasihat Pak Hamka kepada Malaya yang sedang meniti proses kemerdekaan.

Pak Hamka mengambarkan Malaya adalah adik kepada Indonesia kerana hubungan jiran dan rakyat Malaya dan Indonesia datang dari bangsa dan rumpun yang sama iaitu MELAYU dan ISLAM. Kisah jatuh bangun dan jerit perit yang dilalui oleh Indonesia juga pada dasarnya tiada beza dengan kisah perjalanan Malaya dalam menuju kemerdekaan.  Buku ini banyak diceritakan tentang sejarah kemerdekaan Indonesia serta cerita-cerita dan kisah tentang asal-usul keturunan, semangat islam dalam diri rakyat Indonesia yang akhirnya terkikis sedikit demi sedikit.

Pak Hamka juga telah beberapa kali melawat Malaya malah diberi kesempatan untuk melawat Istana Seri Menanti dan Melaka, tempat keagungan Empayar Melaka satu ketika dulu dan kehebatan pahlawan Melaka, Hang Tuah yang dikagumi oleh Pak Hamka sendiri. Pak Hamka juga menjalinkan persahabatan yang akrab dengan beberapa insan-insan terkenal terutama mereka dalam bidang sastera dan bahasa di Malaya termasuklah Ibu Zain dan Pendeta Za’ba.

Oleh kerana rasa cinta dan sayang Pak Hamka terhadap Malaya sama seperti rasa cintanya terhadap negaranya sendiri, Indonesia, Pak Hamka menitipkan nasihat-nasihat yang amat bermakna untuk Malaya selepas merdeka nanti. Satu ketika dulu, Pak Hamka juga pernah ditahan atas tuduhan fitnah, beliau terlibat dalam komplot untuk membunuh Presiden Soekarno dan menerima sejumlah wang daripada Tunku Abdul Rahman sehingga dipenjara selama hampir tiga tahun iaitu dari 1964 hingga 1966. Peristiwa tersebut adalaj ketika Soekarno mengisytiharkan ‘Ganyang Malaysia’.


Secara peribadi, saya rasa buku ini adalah buku yang sangat ikhlas datang dari seorang yang amat cintakan Agama dan bangsa Melayu dan mahukan Melayu terus kekal kuat dan kukuh serta berani seperti pahlawan-pahlawan Melayu Nusantara dulu kala. Pak Hamka mahu Malaya mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku pada Indonesia selepas Merdeka dan tidak berulang lagi ke atas Malaya. Lembut gaya bahasa dan susun kata Pak Hamka dalam buku ini dan semangat kemelayuan Pak Hamka mengharukan saya. Buku ini walaupun telah ditulis 65 tahun lalu, namun masih relevan kita jadikan bahan rujukan dan menilai kembali di mana kedudukan kita, bangsa Melayu selepas Merdeka. Kalau Pak Hamka mampu rasa CINTA kepada Malaya seperti ini, bagaimana pula kita yang lahir di sini?


Dengan dada berdebar-debar laksana seorang puteri menantikan kekasihnya yang tidak kunjung datang, demikianlah saya menunggu kemerdekaan Malaya. Kakaknya, pulau-pulau Indonesia; sejak Sumatera, Jawa, Kalimantan dan Sulawesi dan pulau-pulau Nusa Tenggara telah lebih dahulu 12 tahun keluar dari lubang penjajahan itu. Tetapi hatinya tidak senang, mengapa adiknya tidak juga kunjung datang!

Mari adik! Mari sayang! Mari kita berjalan kembali menempuh jalan raya sejarah berbimbing tangan, mri kita hadapi segala kesulitan dengan kepala terangkat, Tuhan memimpin kita!”.
- HAMKA 1957

Friday, 1 July 2022

Ulasan Buku - Bercakap Dengan Jun: Edisi Kombo

Tajuk : Bercakap Dengan Jun : Edisi Kombo
Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : FIXI
Genre : Fiksyen


Kematian, korupsi dan penindasan membentuk Jun menjadi lelaki tanpa empati. Di kota raya, Jun raja penyeluk saku yang tidak pernah gentarkan apa-apa sehinggalah datangnya seorang gadis di suatu malam, melahirkan bayi di sebuah rumah kosong dan terus menghilangkan diri meninggalkan bayinya bersama Jun.

Bayi itu disambut Jun dengan jiwa ketakutan, namun senyuman anak kecil berpipi merah itu menerbitkan kegembiraan dan menghakis setiap sisi kegelapannya. Jun bertekad menjaga, mendidik, dan membesarkan si bayi bersamanya di penempatan yang terasing jauh dari manusia. Dengan kudrat, darah dan air matanya, dia berkorban untuk menjadi ayah yang terbaik. Sehinggalah titik hitam yang mengubah segalanya.


Bercakap Dengan Jun: Edisi Kombo ini adalah gabungan dua buah buku. Buku pertama diterbitkan di bawah penerbitan DuBook Press. Buku kedua pula adalah sekuel buku pertama TETAPI ia tidak diterbitkan secara single melainkan terus digabungkan dan dijadikan satu buku di bawah terbitan FIXI. Dalam erti kata lain, jika anda sudah membaca buku pertama dan ingin membaca sekuel Bercakap Dengan Jun, anda perlu membeli edisi kombo ini. Kalau anda peminat karya-karya Hasrul Rizwan, anda boleh memiliki kedua-duanya, kan?


Buku Pertama
Mengisahkan seorang pemuda berusia awal 20an yang kerjayanya ialah sebagai penyeluk saku secara professional dan tinggal seorang diri dalam sebuah kawasan projek rumah terbengkalai dan salah sebuah rumah itu milik arwah emaknya yang tidak sempat disiapkan oleh pemaju kerana pemaju telah lari meninggalkan projek perumahan tersebut menjadi hutan dan semak samun dan dihuni pelbagai hidupan liar juga makhluk-makhluk halus dari alam lain. Dia tidak keseorangan di situ tetapi ditemani seekor anjing yang diselamatkan olehnya satu ketika dahulu dan diberi nama Saigon. Di awal penceritaan buku ini, penulis membawa kita menyelami  watak utama sebagai penyeluk saku, bagaimana penulis dapat mengambarkan dengan begitu terperinci tentang kerja seorang penyeluk saku serta membawa pembaca menyusuri keadaan kawasan sekitar Taman Cekur Manis yang jauh dari kawasan dan kehidupan manusia lain.

Suatu malam, seorang wanita telah datang ke kawasan kediamannya keseorangan dan melahirkan seorang bayi. Dalam keadaan ketakutan dan tanpa pengalaman, dia telah berjaya menjadi bidan terjun dan menyelamatkan dua nyawa namun apabila siang, wanita itu pergi meninggalkan bayi bersama pemuda ini tanpa apa-apa pesanan. Bermulalah kehidupan sebenar pemuda ini, dari seorang penyeluk saku dan kemudian meninggalkan kerjaya gelap itu demi membesarkan bayi itu dan memulakan hidup baru. Masa berlalu, pemuda itu bahagia bersama bayi yang dinamakannya Ranum dan semakin membesar lincah ke mana sahaja ditemani Saigon. Walaupun hidup serba kurang dan jauh dari manusia lain mereka bahagia bersama. Dia mencurahkan seluruh kasih sayangnya untuk Ranum tanpa berbelah bahagi dan pemuda itu sanggup melakukan apa sahaja sekalipun nyawa sebagai galang-ganti hanya untuk melindungi Ranum dari disakiti.

Hari berganti hari, apabila Ranum genap usia 6 tahun. Ranum diperkenalkan dengan seorang gadis penjual bakery yang tahu segala rahsia pemuda tersebut, yang Ranum kenali sebagai Ibu Naurah dan pemuda itu terserempak kembali dengan seorang gadis misteri dalam tren, Lily. Namun, sesuatu petaka telah terjadi dan meragut kebahagian hidupnya bersama Ranum dan Saigon. Bahagia yang dikecapi bertukar menjadi mala petaka.

Buku Kedua
Pemuda itu yang namanya JUNAIDI atau JUN masih hidup dan terperangkap dalam tirai besi. Jun telah kehilangan Ranum dan Saigon. Mulanya Jun putus asa bila cinta hatinya, si Pipi Merah tiada lagi disisi dan Saigon mati selepas berjuang bersamanya namun dengan kekuatan dan semangat yang Lily titipkan sebelum berangkat ke luar negara, Jun bangun kembali dengan tekad untuk mencari kembali Ranum.

Selepas 15 tahun dipenjara, Jun kembali ke Taman Cekur Manis dan memulakan hidup baru sebagai tukang kasut di Ibu Kota. Sambil-sambil itu, Jun terus mencari Ranum yang telah pun berusia 21 tahun kini. Pencarian tidak lama, Jun berjaya bertemu dengan Ranum namun tidak mahu merosakkan kebahagian anak gadisnya itu maka Jun nekad bekerja di hotel dibawah penyeliaan Ranum dan bahagia walaupun hanya mampu melihat anaknya dari jauh. Namun, kebahagian seperti bukan miliknya. Sekali lagi bahagianya diragut apabila kemunculan Naurah semula dan semuanya hilang dalam sekelip mata.

Segala persoalan dalam buku pertama terungkai dalam buku kedua. Buku kedua lebih laju penceritaan berbanding buku pertama dam karakter Jun meningkat dari seorang lelaki yang sepi, menjadi seorang lelaki yang ganas dengan pelbagai aksi. Dalam buku kedua juga akhirnya kita tahu nama pemuda itu adalah Junaidi atau JUN.


Ini kali pertama saya membaca buku tulisan penulis Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn. Jika anda tak kenal siapa penulis, anda mungkin tak terbayang penulis adalah seorang pengurus jenazah, pembuat keranda dan memiliki perniagaan roti. Selain Bercakap Dengan Jun dan Bercakap Dengan Jun: Edisi Kombo, Hasrul Rizwan sudah memiliki lebih dari 10 buah buku karya dan kebanyakan karyanya adalah berbentuk komedi namun berlainan dengan Bercakap Dengan Jun, buku ini sarat dengan kesedihan yang mampu mengalirkan air mata pembaca. Perincian setiap karakter diolah dengan begitu baik sekali sehingga saya merasakan watak Jun benar-benar wujud dan saya boleh rasa kekosongan jiwa, sepi, gembira atau bahagia setiap watak.

Dalam buku kedua ni, saya jadi canggung sekejap bila kata ganti diri telah bertukar dari SAYA kepada AKU. Mungkin penulis ada sebab tersendiri tapi untuk saya, agak sukar terima sebuah buku bertukar kata ganti secara tiba-tiba. Begitu juga dengan panggilan Ibu Naurah dalam buku pertama, dan menjadi EMAK dalam buku kedua. Namun di akhir bacaan, EMAK menjadi IBU pula. Selain itu, bagaimana Jun pandai memandu kereta? Mungkin Jun sempat belajar memandu sekejap dalam beberapa minit dengan Lan Mudoq. Apa pun, buku ini antara buku fiksyen Melayu terbaik yang pernah saya baca. Jika buku ini dapat diadaptasi menjadi sebuah drama, mesti sangat menarik dan Amirul Effendi pleaseee....


Aku hanya duduk dan merasa hangat bara api yang membakar kulit. Sebetulnya, aku tidak pernah membayangkan untuk kembali ke sini dalam keadaan tekal. Terlalu banyak memori yang berlegar di setiap inci dan ceruk tanah ini. Walau ke mana sahaja wajah ini dipaling, di situ wujudnya tubuh Ranum yang pernah mengisi kehidupan di Cekur Manis. Aku cuba untuk tidak berfikir lebih jauh namun fikiranku berbolak-balik. Tiada kemanisan untuk dikenang atau membuat hati ini lebih gembira melainkan kembali terheret ke belakang jeriji besi.” – mukasurat 228.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...