Followers

Tuesday, 8 February 2022

Book Review - Aku Seorang Patriot

Tajuk : Aku Seorang Patriot
Penulis : Aenid Abdullah
Penerbit : Patriots Publishing


Aku Seorang Patriot adalah himpunan kisah-kisah keperwiraan anggota-anggota keselamatan kita yang berada di barisan paling hadapan, menjalani operasi serta mendepani musuh demi memastikan negara serta anak bangsanya dapat terus hidup aman dan selesa. Terdapat 24 bab cerita hasil temuramah dan catatan penulis tentang kisah Para Perwira Negara ketika zaman komunis berada di tanahair dan pelbagai pengalaman dalam ketenteraan yang dikongsi termasuk kisah suka, duka, gembira dan kematian yang dilalui oleh Para Perwira Negara ketika itu. Walaupun ketika komunis datang ke Malaysia, kita telah pun merdeka tetapi masih belum selamat dari bahaya dan ancaman komunis yang berpura-pura ingin berjuang membantu rakyat. Buku ini nipis sahaja tapi penuh dengan semangat patriotisme dan rasa tak puas membaca pengalaman Wira-wira Negara kita ni.

Ketika membaca buku ini, saya terkenangkan arwah atuk yang telah pergi 30 tahun lalu ketika saya hanya berusia 9 tahun (umur anak saya sekarang). Arwah atuk saya bukanlah askar atau polis dan arwah hanyalah petani di kampung tetapi arwah selalu cerita tentang pengalamannya ketika zaman tentera jepun dan seterusnya komunis datang ke Tanah Melayu. Jika arwah hidup lebih lama, pasti banyak lagi cerita dan pengalaman kejam komunis menyeksa rakyat ketika itu dapat diceritakan dan mungkin dapat juga saya kongsi. Dan arwah juga lah yang banyak menerapkan nilai patriotism dalam diri saya untuk saya terus menyintai tanahair.
Dan dari sumber-sumber kenalan, pembacaan dan termasuk juga dari buku ini, agak terkilan bila bekas-bekas perwira Negara yang sepatutnya dapat hidup selesa menikmati hari tua mereka tetapi kebanyakan mereka hidup daif tanpa bantuan yang selayaknya untuk mereka. Saya teringat buku Bukit Kepong yang saya ulang-ulang baca dulu, dan saya mengetahui kehidupan daif bekas-bekas pegawai polis yang telah pencen sangat mendukacitakan. Apakah jasa dan pengorbanan mereka ni tidak berharga? Bukan sahaja bekas-bekas askar, malah isteri mereka yang kehilangan suami ketika bertugas kebanyakannya berakhir dengan pengakhiran yang tragis seperti balu Leftenan Adnan.

Melalui buku ini juga saya dapat bezakan perjuangan komunis bangsat dan askar kita, seperti:-
1.     Komunis tidak berani bertempur secara berdepan. Mereka kerap memasang jerangkap samar untuk membunuh musuh mereka atau serang-hendap
2.   Komunis akan melarikan diri dan tidak akan membantu rakan mereka yang cedera atau mati, manakala askar kita akan cuba sedaya upaya menjaga dan melindungi antara satu sama lain dan tetap akan menjaga dan tidak sesekali meninggalkan rakan mereka kecuali jika keadaan amat bahaya. Mereka tetap akan datang kembali untuk mengambil jasad rakan untuk disemadikan.
3. Komunis langsung tidak berperikemanusiaan. Mereka akan membunuh tanpa belas tak kira siapa pun waima kanak-kanak atau warga tua yang tidak bersalah malah akan terus menyeksa jasad yang telah mati.
4. Komunis tidak mempunyai strategic. Kerana itu mereka akan lari bertempiaran jika bertempur, manakala askar kita mempunyai 1001 strategik dan perancangan yang teliti. Antara sebab kenapa askar kita tidak akan meninggalkan rakan buddy mereka kerana strategi perang memerlukan kerjasama antara pasukan.

“Hanya ini tanah tumpah darah yang kita miliki, takkan ada yang lain bagi keturunan kita. Berterima kasihlah kepada mereka yang telah mengorbankan zaman muda mereka untuk kita. Ingatlah bahawa kita meggalas tanggungjawab yang serupa untuk memastikan legasi ini diteruskan oleh anak cucu kita. Kita tidak akan hidup selamanya. Harimau mati meninggalkan belang, insan mati maninggalkan jasa. Masa, jasa apakah yang bakal kita tinggalkan?” – Al-fatihah kepada semua pejuang bangsa yang telah pergi. Semoga mereka dirahmati di sana (ms 19)

Monday, 7 February 2022

Book Review - The Wife Between Us

Tajuk : The Wife Between Us
Penulis : Grer Hendricks & Sarah Pekkanen
Penerbit : Macmillan


Actually, Novel ni novel lama circa 2015 adan sangat top masa tu.
Novel ni mengisahkan tentang cinta tiga segi antara Richard (bekas suami), Vanessa Thompson (bekas isteri)/Nellie dan Emma. Nellie, digambarkan sebagai seorang guru tadika dan enjoy dengan kerja dan kawan-kawan menjalinkan hubungan dengan Richard dan merancang untuk berkahwin. Tapi, from time to time Nellie rasa macam ada orang yang mengekori dia dan membuatkan Nellie bertukar character menjadi seorang yang sentiasa dalam ketakutan. Dan Nellie juga ada simpan rahsia tentang masa lalu yang menghantuinya. At first, dia rasa selamat dengan Richard yang sangat protective until she married and moved to a new home and stay with Richard. Unfortunately, things go downhill for Nellie after that. Vanessa Thompson pula ialah bekas isteri yang bergantung kepada alcohol untuk lari kesedihan dan Richard pula seorang lelaki muda yang kaya, punya segalanya dan meninggalkan Vanessa untuk seorang wanita muda dan juga bekas pekerjanya. Dan kemudian dalam part 3 nanti muncul watak Emma, pekerja Richard yang sebenarnya menyimpan dendam dengan Vanessa.

I was enjoyed read the book up until half way through when the narrator changed in the first half of the book. Rasa lost bila switching between characters and become confusing between which one is Nellie and Vanessa. Mind blow plot twist. Not only 1 but TWICE!
Buku ni macam main jigsaw puzzle and kena keep reading untuk cantumkan from pieces to another pieces. Lepas part two, the story become slow and boring and yet, I still couldn’t put it down... I think it drags too much during the 2nd part. Tapi after Part 3, I was eager to know the ending dan macam mana Vanessa nak approach seterusnya yakinkan the fiancรฉ to stop the wedding. Sejujurmya, I have to skipped some pages and still was able to keep track of what was going on. Dan siapa pula Emma dalam ending part 3 novel ni? Mind blowing plot twist rasa macam tengok series drama kat Netflix.

Most of all.. that ending,  I think I rolled my eyes.


“I recognized marriage didn’t guarantee a storybook ending, the happily ever after stretching past the final page, the words echoing into infinity. But wasn’t this most intimate relationship supposed to be a safe place, where another person knew your secrets and faults and loved you anyway?” – Vanessa, page 205.

Saturday, 5 February 2022

Netflix Review - The Tinder Swindler

Tajuk : The Tinder Swinder
Genre : Documentary Film


 
I slept at 2am last night watching this show with my family
I didn't really interested to watch before walaupun dah viral sebab I'm not in the mood to watch some tinder things...
Tapi after few minutes, rasa macam best pula so I proceed

Mengisahkan seorang conman bernama Simon Levier aka Shimon Hayut seorang warga Israel yang memperdayakan ramai wanita melalui tinder apps untuk spend their money and saving for his lifestyle. He managed to scam $100k USD for only 1 victim.. gosh! Jual muka, janji manis dan konon dia anak jutawan berlian keturunan Levier, siap bawa dating naik private jet.. siapa tak fall for him, kan?
Dalam documentary ni, diorang interview 3 mangsa je dari beribu-ribu mangsa cuma part puashati bila Ayleen dapat 3 bags baju-baju dia dan dia jual, sampai sekarang. Walaupun tak dapat exact amount yang dia kena scam, tapi atleast dapatlah sikit walaupun sampai sekarang, all of them still continue paying the debt but the conman earning legit income due to his fame walaupun masuk jail 5 bulan JE. In fact that the guy live as a freeman, really unfair for the victims. Pergilah visit his instagram account but don't follow lah. You all bagi dia lagi famous dan lagi kaya je.... and I love Ayleen. She is a bad bitch and I love her attitude ๐Ÿ˜. That's my girl ๐Ÿ˜!


Well, please stay away from tinder. I never experience with tinder apps because I don't need to date anyone pun but please, this tinder is not a place for naive and innocent love, girls. Please don't send money to any man who says he loves you lagi lah kalau baru kenal. You need to beware with scammer in Instagram as well, ramai scammer menyamar jadi pilot (wajib jadi pilot pula tu) dan muslim tapi stay outside Malaysia and want to know you better, konon. Lepas tu nanti pura-pura nak bagi hadiah, then hadiah sangkut kat kastam and ask you tu pay certain amount to claim the barang. Bila fikir logik, why girl can simply trust and give money to stranger? Bukan sikit tapi beribu.... nasib sis miskin! I don't have RMxxK in my bank account and can't offer my money just to make someone stay with me and living in denial. Poor me... or lucky me?
But tabik to victims for standing up even though knowing the feedback they gonna receive from nurtizen for going public will hurt them soon.


Ya Allah, jauhkan anak gadis ku dari lelaki-lelaki durjana kelak and I promise I will protect my girl at ALL COST! Amiinnn.....

Tuesday, 1 February 2022

Book Review - Dasar Pandang Ke Jepun

Tajuk : Dasar Pandang Ke Jepun
Penulis : Moustapha Abbas
Penerbit : Patriots Publication

WELCOME FEBRUARY!


Ingatkah anda ketika Tun Mahathir menjadi PM ke 4 dan 7, kita disarankan untuk mencontohi Jepun terutamanya dalam teknologi dan sistem pekerjaan di sana. Selain kehebatan teknologi dan kemajuan negara Jepun yang digembur-gemburkan, adakah anda tahu tentang sisi lain negara Jepun? Jadi buku ini mengandungi banyak maklumat dan analisis dari segi positif dan negatif negara Jepun yang mungkin kita tidak tahu untuk sama-sama kita berfikir tentang keperluan menjadikan Jepun sebagai negara contoh untuk negara kita terus maju dan membangun. Disebalik kekaguman dan keindahan Jepun yang kita lihat melalui gambar-gambar atau merasai sendiri pengalaman di sana, buku ini mendedahkan sisi lain negara matahari terbit ini yang mana adakalanya kedengaran pelik dan tidak masuk akal dan ada juga kebaikan yang boleh kita contohi dan terapkan dalam kehidupan kita. Buku ini ditulis dengan baik dan ringkas untuk setiap bab dan mudah difahami dengan kajian dari sumber-sumber dan artikel yang lengkap.
 
Walaupun Jepun sebuah negara yang maju dan berteknologi tinggi an terkenal dengan kereta api peluru iaitu shinkansen, mesin layan diri, bunga sakura, kedai serbaneka yang dikenali sebagai konbini, sumo, geisha dan juga pedang samurai. Berkenaan dengan budaya kerja masyarakat jepun, sesetengah budaya mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia contohnya seperti budaya kaizen iaitu mencari cara menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan, tetapi budaya bekerja lebih masa sehingga membawa isu karoshi (kematian di tempat kerja) tidak harus di contohi. Walaupun ia meningkatkan produktiviti tetapi ia tidak wajar dipraktikkan kerana ia dilihat sebagai gagal menjaga kebajikan pekerja malah menonjolkan sisi obsesi firma perniagaan yang hanya mengejar untung semata sehingga hilang sifat kemanusiaan. Selain itu, negara Jepun bukanlah negara contoh dalam menangani isu kesihatan mental kerana isu bunuh diri dan fenomena pengasingan diri yang mengakibatkan terdapat ramai warga emas yang akhirnya mati keseorangan di rumah sehingga mayat mereput tanpa diketahui oleh sesiapa. Ia tidak wajar untuk kita ikuti kerana masyarakat kita sangat mementingkan kepentingan bermasyarakat dan hubungan keluarga yang rapat. Tetapi disebalik sisi negatif, wajar juga kita pandang sisi positif masyarakat Jepun seperti pembersihan stadium selepas sesuatu perlawanan sukan atau bola yang diamalkan oleh masyarakat Jepun telah menjadi fenomena dan dipuji seluruh dunia serta ketepatan masa masyarakat Jepun yang wajar dicontohi dan disesuaikan dikalangan masyarakat kita kerana kelewatan sering merugikan semua pihak. Kesimpulannya, kita tidak perlu terlalu berkiblatkan negara lain. Mana yang baik, boleh diambil sebagai panduan tetapi jika kita terlalu obses dan taksub kepada sesuatu perkara, ia akan mendatangkan kemudaratan kelak. Never get so busy making a living that you forget to make a life. Everything in life, has to have balance.


“Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Terdapat budaya ‘kando’ iaitu ibu bapa akan memutuskan hubungan dengan anak yang membuat kesalahan yang mendatangkan malu kepada keluarga” – Rasa Malu Bangsa Jepun, ms 264

Monday, 31 January 2022

100 Days

Each day, I rise with memories of you, memories that will last me a lifetime.

I hope you remember what we went through. All those texts and I love you more fights. You are the reason I would laugh non stop and keep smiling. The reason I ever even believed in myself. You gave me confidence and most importantly you gave me love. And I still remember the way I smiled on my way home after we met. You always give me something more everyday.
 
But I also accepted that our relationship had an expiry date. And I knew you’d be the one to walk away from me because I would never have the strength to do that. And the only thing I prayed for was that you didn’t walk away without saying a word. But you did!

But now I know that all of this has been in vain and without a point. The only thing I can do and have to do is move on. Regardless of the way you did everything, the fact is that you left me and you will never come back. And that is something I need to learn to deal with. It’s time to move on with my life, the same way you did with yours because I know you won't come back. I know you were over me the minute you left.

I know you didn't want to hurt me but you did. I tried to hate you but I can't and I still miss you. I know you don't spend your whole day crying about it, but I don't want you to. But please tell me once in a while that you sometimes think about me and our memories, songs or perhaps a place you drive past on your way home, reminds you of me. Our love was always so special. It's hard to forget and almost impossible but we have to. Even we can't love each other, again.. I'll always be happy because I was privileged to love you once.

FarewelI, Sayang. Take care of yourself. hope you live your best life and I hope you really do all the things you always wanted to do. I hope Allah will give you everything you ask for. I am so glad that I had the chance to be in love with you. Thank you for everything. I will never forget you.
 

I hope you regret walking out ๐Ÿ˜ˆ


Hasyimah



Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...