Followers

Friday, 31 December 2021

New Year 2022

Goodbye 2021

Thank you for love, happiness, blessings, losses, sadness, lessons, failures, accomplishments, but most of all...

I am so grateful for opportunity to be alive and new job too


Hello 2022

I am ready for new experiences, challenges and grateful in advance for everything that is yet to come.

I can't promise that everything will be perfect, but life will be enjoyable and you will have even more to be grateful for.





Hasyimah

Monday, 26 July 2021

My Vaccine Journey

Assalamualaikum...

Post sebelum ni saya tulis tentang Vaksin Program di Anjung Kelana untuk gelandangan, hari ini saya berkongsi tentang vaksin saya pula

Saya telah terlepas battle astrazeneca yang dibuka kepada umum pada 25 mei tempohari. Ketika itu saya berada di Janda Baik untuk melawat team Hijrah Warriors yang sedang training di sana. Saya gagal untuk mendapatkan tarikh dan redha untuk menunggu mysejahtera

Pada 27 Mei 2021, telah diadakan vaksin program untuk gelandangan di Kuala Lumpur dan lokasi ialah di Anjung Kelana. Pada waktu itu, kami tidak menerima apa-apa arahan atau notis mengatakan petugas Anjung Kelana akan mendapat vaksin. Tetapi secara tiba-tiba kami diminta memberikan nama dan ic untuk daftar untuk menerima vaksin oleh DBKL. Jadi peluang ini saya ambik dan terus daftar untuk mendapatkan vaksin bersama-sama gelandangan pada hari itu


Alhamdulillah.... processnya laju dan mudah. Kami telah menerima vaksin sinovac pada hari tersebut. Saya cuma mengalami lenguh di tangan kiri (tempat disuntik) dan tiada apa-apa side effect selepas vaksin.

Pada mulanya saya juga takut selepas membaca tentang side effect vaccine tetapi kerana ingin mencapai herd immunity atau imuniti kelompok, maka saya pun nekad untuk segera divaksin demi melindungi insan-insan yang saya sayang terutama mak, ayah dan anak saya. Lagi pun saya meletakkan kepercayaan kepada KKM dan kepakaran ahlinya untuk menentukan yang terbaik untuk kita

Saya bersama salah seorang anggota RELA yang juga menerima vaksin pada hari tersebut

Selepas 48jam dose pertama, saya tidak mengalami sebarang side effect. Alhamdulillah, syukur juga. Risau juga tapi alhamdulillah... tiada apa-apa kesan langsung. 



Saya menerima dose ke dua pada 17 Jun 2021, lokasi masih lagi di Anjung Kelana tetapi kali ini cuma 100 orang sahaja yang akan menerima vaksin. Saya tiba di Anjung Kelana pada jam 11 tengahari dan terus diberi suntikan. Alhamdulillah sekali lagi process yang lancar dan saya juga tidak mengalami apa-apa side effect untuk dose ke dua ini. Saya sempat berjalan ke KL East Mall untuk membeli makanan bersama rakan yang menemani saya pada hari itu.

Tiada gambar selepas vaksin untuk saya potrey kan disini dan di social media kerana di Anjung Kelana tiada photobooth. Tidak mengapa kerana paling penting untuk saya ialah saya telah dilindungi dengan vaksin sinovac. Pada minggu yang sama juga, ibu dan ayah saya juga telah completed 2 dos vaksin sinovac juga. Alhamdulillah saya rasa cukup lega...

Pada hari ini, semua ahli keluarga dan kawan-kawan rapat saya telah pun menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. InsyaAllah selepas August, masing-masing dijangka sudah lengkap 2 dos vaksin covid19. Saya juga berdoa semoga rakyat Malaysia yang lain juga akan dapat vaksin lengkap untuk melindungi diri dari Covid19 dan seterusnya mencapai komuniti kelompok untuk melindungi sesiapa yang tidak 'mampu' untuk mengambil vaksin terutama anak-anak kita. InsyaAllah, sama-sama kita doa semoga dunia pulih seperti sediakala

Rindu pada hidup kita yang bebas 😔



Wednesday, 14 July 2021

Vaksinasi Program Untuk Gelandangan di Anjung Kelana

Assalamualaikum...

Pada 27 May 2021, hasil inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia para gelandangan dan petugas KASGE di Anjung Kelana dan Pusat Transit Gelandangan telah diberi suntikan vaksin Sinovac dose pertama secara beramai-ramai di Pusat Transformasi Gelandangan, Anjung Kelana

Tan Sri Annuar Musa juga telah berbesar hati untuk datang dan melihat program berjalan seawal jam 9 pagi hingga tengahari. Terima kasih Tan Sri kerana meluangkan masa melawat, bertanya khabar dan paling penting kerana inisiatif ini, para penghuni Anjung Kelana telah selamat mengambil vaksin

Alhamdulillah.. seingat saya, semua gelandangan bersetuju untuk divaksin dan tiada seorang pun yang menolak vaksin begitu juga dengan para petugas dan anggota RELA
Dan alhamdulillah, selepas beberapa jam suntikan, tiada kesan alergik teruk pada para penghuni Anjung Kelana yang telah di vaksin. Cuma ada beberapa orang yang mengalami simptom post-vaccine iaitu pening dan demam


Photo Credit to Tan Sri Annuar Musa's Twitter

Photo Credit to Tan Sri Annuar Musa's Twitter



Dan seterusnya para gelandangan Anjung Kelana dan petugas KASGE diberi suntikan vaksin jenis sinovac dos ke dua pada 17 Jun 2021. Seramai lebih kurang 119 telah divaksin kali ini

Saya tidak pasti tentang post-vaccination untuk dos ke dua ini terhadap para penghuni Anjung Kelana kerana selepas saya menerima vaksin, saya telah terus pulang ke rumah kerana tidak bertugas ketika itu. Tapi seingat saya, mereka tidak menerima apa-apa simptom berat

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt kerana permudahkan urusan vaksin Covid 19 untuk kami di Anjung Kelana. Terima kasih sekali lagi kepada KWP, DBKL dan KKM atas inisiatif ini dan prihatin dengan golongan ini. Semoga Allah permudahkan urusan di dunia dan akhirat kepada sesiapa sahaja yang membantu insan-insan ini


Thursday, 20 May 2021

YB Tan Sri Annuar Musa Berkebun di Anjung Kelana

Assalamualaikum....

Kalau follow saya di akaun media sosial saya, pasti anda tahu pada 18 May 2021 iaitu pada hari Selasa baru-baru ini
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa telah berbesar hati untuk datang melawat dan memetik hasil di Kebun Hijrah Warriors di Anjung Kelana

Lawatan ini bukanlah lawatan kerja atau secara formal
Tiada bodyguard, tiada wartawan, tiada orang luar yang dibenarkan turut serta
Hanya pemandu, anak kepada Tan Sri Annuar Musa, kakitangan Anjung Kelana dan para penghuni Anjung Kelana sahaja yang dibenarkan berada di dalam Anjung Kelana
Dalam erti lain - Tan Sri sedang bercuti dan berkebun di kebunnya - macam tu 😁






Tan Sri telah berkebun selama 45 minit dan memetik banyak hasil dari kebun tersebut
Melalui facebook dan Twitter milik Tan Sri, Tan Sri mengatakan bahawa beliau amat gembira dengan hasil dan projek Transformasi Gelandangan yang diusahakan di Anjung Kelana ini

Pada dasarnya, idea penubuhan Pusat Transformasi Gelandangan ini adalah dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBKL)
Dan Anjung Kelana ini baru sahaja berusia 2 bulan tetapi walaupun tidak sepenuh namun ia telah membuahkan hasil yang agak baik
Sudah tentu berita ini mengembirakan Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan



Kebetulan, pada 18 Mei 2021 adalah hari ulangtahun kelahiran Tan Sri yang ke 65 tahun
Jadi kami di Anjung Kelana telah menyediakan kek buah (KASGE) dan kek pulut (DBKL) dan bersarapan bersama Tan Sri di dalam office secara tertutup mengikut SOP
Tan Sri juga berbesar hati memotong kek bersama 'penghulu' atau ketua gelandangan dan makan bersama beliau

Ini pertama kali saya bersua muka dengan Tan Sri Annuar Musa
Secara peribadi, Tan Sri seorang yang soft spoken, mesra dan tidak kekok melayan gelandangan
Kelihatan gelandangan ini sangat dekat di hati Tan Sri Annuar Musa



Selepas sarapan pagi, sebelum Tan Sri Annuar Musa pulang
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan bersama Tan Sri

Gambar credit kepada facebook.com/AnnuarMusa

Gambar credit kepada facebook.com/AnnuarMusa

Terima kasih YB Tan Sri Annuar Musa untuk kunjungan dan meraikan Hari Ulangtahun yang ke 65 bersama kami walaupun dengan mengikut SOP PKP ketika ini
Tidak ada acara protokol, tidak ada jamuan dan tiada wartawan untuk menemuramah Tan Sri namun segalanya dipermudahkan dan Tan Sri gembira berkebun di Kebun Hijrah Warriors

Akhir kata dari kami di Anjung Kelana, semoga Tan Sri Annuar Musa diberi kesihatan dan kecergasan untuk terus mentadbir Kuala Lumpur ini
Selamat Ulang Tahun, Tan Sri!!

Monday, 10 May 2021

Kelab Kebun Komuniti Selangor bersama Hijrah Warriors

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah hampir 3 bulan rakan jalanan yang di panggil sebagai HIJRAH WARRIORS oleh Tan Sri Annuar Musa berkelana dan diberi latihan asas bertani dan kebun
Hijrah Warriors untuk batch pertama sudah semakin hampir ke garisan penamat
Mereka sedang menunggu waktu untuk memulakan khidmat di tempat-tempat tertentu dan berpindah ke rumah yang disediakan untuk mereka


Tapi sebelum tu saya nak tunjukkan 'hasil' kebun Hijrah Warriors selama hampir 3 bulan ini




Alhamdulillah, pokok kangkung telah membuahkan hasil dan dapat dijual di pasar berdekatan dan pokok-pokok lain pun telah membuahkan hasilnya seperti timun, bendi dan jagung
Esok akan mula petik beberapa hasil sayuran di kebun... InsyaAllah



Gambar kredit kepada TanSri Annuar Musa


Nanti saya akan sambung cerita tentang Hijrah Warriors batch pertama yang bakal grad tak lama lagi dalam next entry

Sebelum tu saya nak cerita tentang Hijrah Warriors dan Kelab Kebun Komuniti Selangor


Pada 28 April 2021, Ketua Kebun Komuniti Selangor Puan Johana dan Puan Norafita telah datang berkunjung ke Anjung Kelana untuk melawat kebun dan bertemu dengan En. Rashdan Rashid, Presiden KASGE
Hasil dari perbincangan, mereka berdua telah bersetuju untuk menjadi sebahagian dari tenaga pengajar di Anjung Kelana untuk melatih Hijrah Warriors asas pertanian


Maka, Pada 3 Mei 2021 dan sehingga 7 Mei 2021 bermulalah pelajaran dan kursus
Asas berebuni ini ialah belajar mengenali media tanah, cocopeat, serkam padi, kompos dan cara membuat batas tanaman
Alhamdulillah mereka bersemangat dan gembira belajar sesuatu yang baru





InsyaAllah ada banyak lagi silibus asas berkebun untuk mereka belajar dan teroka terutama sekali untuk Hijrah Warriors batch kedua ini

Apakah asas berkebun yang mereka pelajari di sini?
Ia tentang penyiraman air dan berapa kali perlu disiram sehari
tentang cara menanam tanaman di kebun dan mengenal akar tumbuhan supaya mereka tau di mana boleh ditanam, berapa jarak setiap tanaman itu perlu di tanam untuk mengelakkan persaingan
Nak buat lubang untuk tanam benih pun kena tau berapa dalam juga mengenal baja

Banyak lagi silibus yang akan diajar oleh Ketua Kebun Komuniti Selangor dalam kelas akan datang
Cara untuk pindahkan tanaman dari pasu atau polybag ke dalam tanah pun ada caranya, mengawal perosak dan juga penyakit, dan juga cara trim tumbuhan
Semua ini akan diajar secara oleh Ketua Kebun Komuniti Selangor kepada para Hijrah Warriors di Anjung Kelana
Best kan?


InsyaAllah dengan dorongan dan kata-kata semangat dan bantuan yang tidak putus-putus dari pihak-pihak yang sudi bekerjasama dan menyumbang bakti kepada Rakan Jalanan ini, tidak mustahil untuk melihat mereka berubah dan menjadi warga Malaysia yang sama baris dengan kita semua

Kami mohon doa dari anda semua untuk perjuangan ini...

Next entry, saya akan ceritakan tentang perjalanan Hijrah Warriors selepas menamatkan latihan nanti



Friday, 7 May 2021

Taman Rekreasi Kucing di PPR Wangsa Sari

Assalamualaikum.....

Pada bulan Mac, saya ada menulis tentang Kebun Damai Sari di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju
Saya ada menyebut tentang rumah kucing di sini
Saya mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi tentang rumah kucing di PPR Wangsa Sari ini


Kucing-kucing di PPR Wangsa Sari diuruskan oleh En. Halim yang bekerja di Wangsa Sari
Semua kucing di sini adalah kucing gelandangan di sekitar PPR Wangsa Sari dan tidak mempunyai tuan
En. Halim telah membina sebuah rumah yang agak besar, selesa dan diselenggara dengan baik untuk kucing-kucing tersebut tinggal dan dijaga
Makanan dan ubat-ubatan juga dijaga dengan sangat baik di sini
Terdapat beberapa ekor kucing sakit dan cedera teruk dan di rawat oleh En. Halim sendiri
Kucing-kucing ada yang dikutip dari tepi jalan raya dan tidak berdaya kerana sakit atau cedera




Inisiatif di PPR Wangsa Sari ini amatlah dipuji
Saya secara peribadi amat menggalakkan usaha dan inisiatif ini ke flat/pangsapuri atau PPR lain untuk menjaga kebajikan kucing-kucing gelandangan serta penduduk kawasan terbabit khursusnya

Mengapa perlu dikurung kucing-kucing ini?
Biarkanlah diorang lepas bebas... diorang pun nak hidup normal

Ye... betul
Sekiranya kucing-kucing ini tinggal di kampung-kampung atau tanah luas, tiada masalah untuk melepaskan kucing ini bebas kerana mereka boleh membuang najis di kawasan-kawasan tersorok dan tidak menganggu kehidupan lain
Tetapi memandangkan kawasan-kawasan flat, pangsapuri atau PPR adalah sebuah kawasan kecik yang padat dengan manusia
Ia dapat mengelakkan dari terjadinya kejadian seperti kucing berak di kawasan tangga atau depan rumah
Apabila pembiakan kucing tidak terkawal, kucing-kucing akan bergaduh sesama sendiri dan juga menyebabkan kawasan menjadi kotor dek najis dan sisa makanan yang di bawa oleh haiwan tersebut dan kecederaan kepada kucing itu sendiri lalu menyebabkan kematian
Apabila kawasan kotor, manusia akan hidup di dalam persekitaran yang tidak sihat dan mengalami stress yang tidak terkawal
Maka nanti manusia akan hilang kawalan terhadap emosi dan mula bertindak ganas

Ada satu contoh kejadian yang diceritakan oleh En. Rashdan Rashid iaitu Presiden Persatuan dan juga bos saya
Beliau telah melihat sendiri kejadian di mana seseorang dari tingkat atas sebuah PPR telah mencampakkan kucing dari kawasan tinggi ke bawah dan jatuh di hadapan beliau
Apakah yang terjadi pada kucing tersebut?
Kucing tersebut mati kerana kecederaan yang parah akibat impak jatuh dari tempat tinggi

Kita sedia maklum bahawa manusia yang tergamak melakukan perbuatan tersebut adalah tidak berperikemanusian dan kurang empati dalam diri
Tetapi masalah ini boleh dielakkan jika komuniti sepakat dan sama-sama bergabung tenaga untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengadakan sebuah tempat khas untuk kucing-kucing terbiar
Kos kewangan mungkin menjadi masalah tetapi ia boleh diboleh diselesaikan dengan baik hasil perbincangan bersama

Gambar-gambar aktiviti bersama kucing oleh anak-anak di PPR Wangsa Sari ini

PPR Wangsa Sari secara jujurnya bersih dan lebih terurus dari sebuah pangsapuri atau kondominium yang tidak diselenggara dengan baik kerana pihak pengurusan dan komuniti yang bertanggungjawab
Anak-anak Wangsa Sari membesar dengan persekitaran yang sihat dan mereka juga mempunyai belas ihsan terhadap haiwan kerana anak-anak ini rajin mengunjungi rumah kucing terbabit dan bersama-sama membantu En. Halim menjaga, membelai dan membersihkan kawasan rumah kucing

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.

Riwayat Muslim (1955)

*credit to Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Sunday, 2 May 2021

RM3Juta Untuk Rumah Titian Kaseh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di entry lepas saya ada menulis tentang Rumah Titian Kaseh yang di huni oleh anak-anak yatim/piatu, dan asnaf, ibu tunggal, OKU dan juga warga emas di Tasek Titiwangsa



RTK diasaskan oleh Puan Hajjah Sharifah binti Adhlan dan lebih mesra dikenali sebagai Mak Pah sejak tahun 1998 atas keprihatian beliau terhadap golongan kanak-kanak dan juga ibu tunggal

Pada tahun 2010, RTK telah diuji dengan ujian yang berat apabila mereka diarahkan mengosongkan rumah mereka untuk diserahkan semula kepada pemilik untuk dijual kepada pihak lain
Pelbagai usaha telah Mak Pah lakukan untuk terus tinggal disitu termasuk ikhtiar untuk membeli rumah itu dari pemilik dengan harga RM2.7 juta
Kisah itu telah dipaparkan di dalam beberapa surat khabar pada waktu itu
Antara usaha untuk membeli rumah tersebut ialah melalui sumbangan dan juga pinjaman dengan pihak bank
Tapi malangnya, nasib tidak menyebelahi Mak Pah dan RTK, kerana pinjaman tidak diluluskan dan sumbangan juga tidak mencukupi untuk membayar kos rumah terbabit maka Mak Pah dan kesemua penghuni RTK terpaksa berpindah dan menyewa di tempat lain

Rentetan itu, RTK memulakan kehidupan di tempat baru dan sekali lagi menyewa dengan jumlah yang agak membebankan pengurusan RTK lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda dugaan Covid-19 ini

Dengan itu, Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur dan Selangor (KASGE) merancang untuk mengadakan kutipan sumbangan dari orang ramai dan pihak korporat untuk meringankan beban di bahu RTK.
Sebanyak RM3juta diperlukan untuk memiliki rumah di Taman Tasek Titiwangsa ini.

Selain itu, KASGE dan RTK juga ada menjual sanitizer jenama RTK sendiri untuk mengumpul dana RM3juta




Jika anda berminat untuk membantu RTK mengumpul dana sebanyak RM3juta bagi memiliki rumah yang mereka diami sekarang dalam bentuk dana atau membeli sanitizer, boleh hubungi saya di talian 018-7719314

Pembelian dan sumbangan dari anda, amatlah kami alu-alukan untuk membantu anak-anak serta penghuni Rumah Titian Kaseh dalam meringankan beban perbelanjaan setiap bulan yang 100% terletak di bahu Pengetua RTK iaitu Mak Pah

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih dan semoga usaha ini diberkati oleh Allah swt

Sunday, 25 April 2021

Majlis Ulangtahun ke-2 Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three

Assalamualaikum...

Pada 11 April 2021, kami mewakili Persatuan Alam Lestari telah dijemput oleh Alliance of River Three (ART) untuk menyertai acara sambutan Pencapaian 104 minggu Gotong-royong Education oleh Action (GREduAction) dan ulangtahun ke-2 Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three serta Pelacaran The Inaugural Little River Festival Mid Valley River Three bertempat di Mid Valley River Three Park, PJ Bangsar Bypass


Untuk sesiapa yang sering melalui Jambatan Abdullah Hukum ini pasti tahu lokasi yang dimaksudkan, ia terletak di bawah jambatan
Terdapat juga sebuah Taman dan kebun oleh Penduduk Pangsapuri Putra Ria di bawah laluan ini

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Friends of Sungai Klang MidValley River Three ini, boleh refer entry sebelum ini



Antara yang hadir ialah 
JPS WP Kuala Lumpur,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
,
Local Agenda 21 Kuala Lumpur
,
Global Environment Centre
,
Selangor Maritime Gateway
,
Landasan Lumayan Sdn Bhd,
Rantau
,
UNDP Malaysia
, Nor Shidawati Abdul Rasid,
RYTHM Foundation
,
Impactlution
, S
unway Students Volunteers , Puan Juwairiyah Ho, Dr Irina Safitri Zen, Ms. Lee Jia-Ping dan En, Rashdan Rashid dan saya dari Persatuan Lestari Alam Malaysia







Majlis diadakan adalah untuk merasmikan Tangga Rani, Tangga Rajah, Penyerahan Monitoring Water Quality Monitoring Kit, Perasmian Place Making Design Competition & Bio D Wildlife Spot'em & Win Challenge, ART! Website dan demotrasi oleh Ms. Ng Yong Sin





Terima kasih ART! di atas penghargaan untuk menanam pokok bunga untuk Pollinator Garden Programme (PGP)
Harap pokok tersebut akan terus membesar dan menceriakan kawasan FoSK MV3


Saya bergambar bersama Sunway College Volunteer Students, Mr. Kennedy dan En. Rashdan Rashid di tangga Rajah. Tangga kedua yang dibina oleh Jabatan Saliran dan Pengairan Malaysia
Terima kasih semua... semoga kita dapat bertemu lagi di lain event




Saya berkesempatan melawat kebun FoSK MV3 yang dijaga oleh 3 orang Penghuni Pangsapuri Putra Ria
Terdapat pokok-pokok pisang dan pokok betik di tanam di situ
Rasa menakjubkan bila membayangkan keadaan asal kawasan ini, lalu di transform menjadi sebuah kawasan kebun yang akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berbudi kepada tanah


Terima kasih kepada ART! dan FoSK MVR3 kerana telah memberikan saya satu pengalaman baru
Dalam 3 entry saya berkenaan dengan FoSK MVR3, saya belajar tentang placemaking dan proses membersihkan sebuah kawasan sungai
Tidak mudah tetapi tidak mustahil

InsyaAllah.. saya akan terus menulis tentang sungai dan kebun serta kebajikan

Terima kasih Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three!!

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...