Assalamualaikum...
Pada 27 May 2021, hasil inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia para gelandangan dan petugas KASGE di Anjung Kelana dan Pusat Transit Gelandangan telah diberi suntikan vaksin Sinovac dose pertama secara beramai-ramai di Pusat Transformasi Gelandangan, Anjung Kelana
Tan Sri Annuar Musa juga telah berbesar hati untuk datang dan melihat program berjalan seawal jam 9 pagi hingga tengahari. Terima kasih Tan Sri kerana meluangkan masa melawat, bertanya khabar dan paling penting kerana inisiatif ini, para penghuni Anjung Kelana telah selamat mengambil vaksin
Alhamdulillah.. seingat saya, semua gelandangan bersetuju untuk divaksin dan tiada seorang pun yang menolak vaksin begitu juga dengan para petugas dan anggota RELA
Dan alhamdulillah, selepas beberapa jam suntikan, tiada kesan alergik teruk pada para penghuni Anjung Kelana yang telah di vaksin. Cuma ada beberapa orang yang mengalami simptom post-vaccine iaitu pening dan demam
Photo Credit to Tan Sri Annuar Musa's Twitter |
Photo Credit to Tan Sri Annuar Musa's Twitter |
Dan seterusnya para gelandangan Anjung Kelana dan petugas KASGE diberi suntikan vaksin jenis sinovac dos ke dua pada 17 Jun 2021. Seramai lebih kurang 119 telah divaksin kali ini
Saya tidak pasti tentang post-vaccination untuk dos ke dua ini terhadap para penghuni Anjung Kelana kerana selepas saya menerima vaksin, saya telah terus pulang ke rumah kerana tidak bertugas ketika itu. Tapi seingat saya, mereka tidak menerima apa-apa simptom berat
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt kerana permudahkan urusan vaksin Covid 19 untuk kami di Anjung Kelana. Terima kasih sekali lagi kepada KWP, DBKL dan KKM atas inisiatif ini dan prihatin dengan golongan ini. Semoga Allah permudahkan urusan di dunia dan akhirat kepada sesiapa sahaja yang membantu insan-insan ini