Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Di entry lepas saya ada menulis tentang Rumah Titian Kaseh yang di huni oleh anak-anak yatim/piatu, dan asnaf, ibu tunggal, OKU dan juga warga emas di Tasek Titiwangsa
RTK diasaskan oleh Puan Hajjah Sharifah binti Adhlan dan lebih mesra dikenali sebagai Mak Pah sejak tahun 1998 atas keprihatian beliau terhadap golongan kanak-kanak dan juga ibu tunggal
Pada tahun 2010, RTK telah diuji dengan ujian yang berat apabila mereka diarahkan mengosongkan rumah mereka untuk diserahkan semula kepada pemilik untuk dijual kepada pihak lain
Pelbagai usaha telah Mak Pah lakukan untuk terus tinggal disitu termasuk ikhtiar untuk membeli rumah itu dari pemilik dengan harga RM2.7 juta
Kisah itu telah dipaparkan di dalam beberapa surat khabar pada waktu itu
Antara usaha untuk membeli rumah tersebut ialah melalui sumbangan dan juga pinjaman dengan pihak bank
Tapi malangnya, nasib tidak menyebelahi Mak Pah dan RTK, kerana pinjaman tidak diluluskan dan sumbangan juga tidak mencukupi untuk membayar kos rumah terbabit maka Mak Pah dan kesemua penghuni RTK terpaksa berpindah dan menyewa di tempat lain
Rentetan itu, RTK memulakan kehidupan di tempat baru dan sekali lagi menyewa dengan jumlah yang agak membebankan pengurusan RTK lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda dugaan Covid-19 ini
Dengan itu, Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur dan Selangor (KASGE) merancang untuk mengadakan kutipan sumbangan dari orang ramai dan pihak korporat untuk meringankan beban di bahu RTK.
Sebanyak RM3juta diperlukan untuk memiliki rumah di Taman Tasek Titiwangsa ini.
Selain itu, KASGE dan RTK juga ada menjual sanitizer jenama RTK sendiri untuk mengumpul dana RM3juta
Jika anda berminat untuk membantu RTK mengumpul dana sebanyak RM3juta bagi memiliki rumah yang mereka diami sekarang dalam bentuk dana atau membeli sanitizer, boleh hubungi saya di talian 018-7719314
Pembelian dan sumbangan dari anda, amatlah kami alu-alukan untuk membantu anak-anak serta penghuni Rumah Titian Kaseh dalam meringankan beban perbelanjaan setiap bulan yang 100% terletak di bahu Pengetua RTK iaitu Mak Pah
Saya akhiri dengan ucapan terima kasih dan semoga usaha ini diberkati oleh Allah swt