Followers

Thursday, 20 May 2021

YB Tan Sri Annuar Musa Berkebun di Anjung Kelana

Assalamualaikum....

Kalau follow saya di akaun media sosial saya, pasti anda tahu pada 18 May 2021 iaitu pada hari Selasa baru-baru ini
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa telah berbesar hati untuk datang melawat dan memetik hasil di Kebun Hijrah Warriors di Anjung Kelana

Lawatan ini bukanlah lawatan kerja atau secara formal
Tiada bodyguard, tiada wartawan, tiada orang luar yang dibenarkan turut serta
Hanya pemandu, anak kepada Tan Sri Annuar Musa, kakitangan Anjung Kelana dan para penghuni Anjung Kelana sahaja yang dibenarkan berada di dalam Anjung Kelana
Dalam erti lain - Tan Sri sedang bercuti dan berkebun di kebunnya - macam tu 😁






Tan Sri telah berkebun selama 45 minit dan memetik banyak hasil dari kebun tersebut
Melalui facebook dan Twitter milik Tan Sri, Tan Sri mengatakan bahawa beliau amat gembira dengan hasil dan projek Transformasi Gelandangan yang diusahakan di Anjung Kelana ini

Pada dasarnya, idea penubuhan Pusat Transformasi Gelandangan ini adalah dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBKL)
Dan Anjung Kelana ini baru sahaja berusia 2 bulan tetapi walaupun tidak sepenuh namun ia telah membuahkan hasil yang agak baik
Sudah tentu berita ini mengembirakan Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan



Kebetulan, pada 18 Mei 2021 adalah hari ulangtahun kelahiran Tan Sri yang ke 65 tahun
Jadi kami di Anjung Kelana telah menyediakan kek buah (KASGE) dan kek pulut (DBKL) dan bersarapan bersama Tan Sri di dalam office secara tertutup mengikut SOP
Tan Sri juga berbesar hati memotong kek bersama 'penghulu' atau ketua gelandangan dan makan bersama beliau

Ini pertama kali saya bersua muka dengan Tan Sri Annuar Musa
Secara peribadi, Tan Sri seorang yang soft spoken, mesra dan tidak kekok melayan gelandangan
Kelihatan gelandangan ini sangat dekat di hati Tan Sri Annuar Musa



Selepas sarapan pagi, sebelum Tan Sri Annuar Musa pulang
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan bersama Tan Sri

Gambar credit kepada facebook.com/AnnuarMusa

Gambar credit kepada facebook.com/AnnuarMusa

Terima kasih YB Tan Sri Annuar Musa untuk kunjungan dan meraikan Hari Ulangtahun yang ke 65 bersama kami walaupun dengan mengikut SOP PKP ketika ini
Tidak ada acara protokol, tidak ada jamuan dan tiada wartawan untuk menemuramah Tan Sri namun segalanya dipermudahkan dan Tan Sri gembira berkebun di Kebun Hijrah Warriors

Akhir kata dari kami di Anjung Kelana, semoga Tan Sri Annuar Musa diberi kesihatan dan kecergasan untuk terus mentadbir Kuala Lumpur ini
Selamat Ulang Tahun, Tan Sri!!

Monday, 10 May 2021

Kelab Kebun Komuniti Selangor bersama Hijrah Warriors

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah hampir 3 bulan rakan jalanan yang di panggil sebagai HIJRAH WARRIORS oleh Tan Sri Annuar Musa berkelana dan diberi latihan asas bertani dan kebun
Hijrah Warriors untuk batch pertama sudah semakin hampir ke garisan penamat
Mereka sedang menunggu waktu untuk memulakan khidmat di tempat-tempat tertentu dan berpindah ke rumah yang disediakan untuk mereka


Tapi sebelum tu saya nak tunjukkan 'hasil' kebun Hijrah Warriors selama hampir 3 bulan ini




Alhamdulillah, pokok kangkung telah membuahkan hasil dan dapat dijual di pasar berdekatan dan pokok-pokok lain pun telah membuahkan hasilnya seperti timun, bendi dan jagung
Esok akan mula petik beberapa hasil sayuran di kebun... InsyaAllah



Gambar kredit kepada TanSri Annuar Musa


Nanti saya akan sambung cerita tentang Hijrah Warriors batch pertama yang bakal grad tak lama lagi dalam next entry

Sebelum tu saya nak cerita tentang Hijrah Warriors dan Kelab Kebun Komuniti Selangor


Pada 28 April 2021, Ketua Kebun Komuniti Selangor Puan Johana dan Puan Norafita telah datang berkunjung ke Anjung Kelana untuk melawat kebun dan bertemu dengan En. Rashdan Rashid, Presiden KASGE
Hasil dari perbincangan, mereka berdua telah bersetuju untuk menjadi sebahagian dari tenaga pengajar di Anjung Kelana untuk melatih Hijrah Warriors asas pertanian


Maka, Pada 3 Mei 2021 dan sehingga 7 Mei 2021 bermulalah pelajaran dan kursus
Asas berebuni ini ialah belajar mengenali media tanah, cocopeat, serkam padi, kompos dan cara membuat batas tanaman
Alhamdulillah mereka bersemangat dan gembira belajar sesuatu yang baru





InsyaAllah ada banyak lagi silibus asas berkebun untuk mereka belajar dan teroka terutama sekali untuk Hijrah Warriors batch kedua ini

Apakah asas berkebun yang mereka pelajari di sini?
Ia tentang penyiraman air dan berapa kali perlu disiram sehari
tentang cara menanam tanaman di kebun dan mengenal akar tumbuhan supaya mereka tau di mana boleh ditanam, berapa jarak setiap tanaman itu perlu di tanam untuk mengelakkan persaingan
Nak buat lubang untuk tanam benih pun kena tau berapa dalam juga mengenal baja

Banyak lagi silibus yang akan diajar oleh Ketua Kebun Komuniti Selangor dalam kelas akan datang
Cara untuk pindahkan tanaman dari pasu atau polybag ke dalam tanah pun ada caranya, mengawal perosak dan juga penyakit, dan juga cara trim tumbuhan
Semua ini akan diajar secara oleh Ketua Kebun Komuniti Selangor kepada para Hijrah Warriors di Anjung Kelana
Best kan?


InsyaAllah dengan dorongan dan kata-kata semangat dan bantuan yang tidak putus-putus dari pihak-pihak yang sudi bekerjasama dan menyumbang bakti kepada Rakan Jalanan ini, tidak mustahil untuk melihat mereka berubah dan menjadi warga Malaysia yang sama baris dengan kita semua

Kami mohon doa dari anda semua untuk perjuangan ini...

Next entry, saya akan ceritakan tentang perjalanan Hijrah Warriors selepas menamatkan latihan nanti



Friday, 7 May 2021

Taman Rekreasi Kucing di PPR Wangsa Sari

Assalamualaikum.....

Pada bulan Mac, saya ada menulis tentang Kebun Damai Sari di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju
Saya ada menyebut tentang rumah kucing di sini
Saya mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi tentang rumah kucing di PPR Wangsa Sari ini


Kucing-kucing di PPR Wangsa Sari diuruskan oleh En. Halim yang bekerja di Wangsa Sari
Semua kucing di sini adalah kucing gelandangan di sekitar PPR Wangsa Sari dan tidak mempunyai tuan
En. Halim telah membina sebuah rumah yang agak besar, selesa dan diselenggara dengan baik untuk kucing-kucing tersebut tinggal dan dijaga
Makanan dan ubat-ubatan juga dijaga dengan sangat baik di sini
Terdapat beberapa ekor kucing sakit dan cedera teruk dan di rawat oleh En. Halim sendiri
Kucing-kucing ada yang dikutip dari tepi jalan raya dan tidak berdaya kerana sakit atau cedera




Inisiatif di PPR Wangsa Sari ini amatlah dipuji
Saya secara peribadi amat menggalakkan usaha dan inisiatif ini ke flat/pangsapuri atau PPR lain untuk menjaga kebajikan kucing-kucing gelandangan serta penduduk kawasan terbabit khursusnya

Mengapa perlu dikurung kucing-kucing ini?
Biarkanlah diorang lepas bebas... diorang pun nak hidup normal

Ye... betul
Sekiranya kucing-kucing ini tinggal di kampung-kampung atau tanah luas, tiada masalah untuk melepaskan kucing ini bebas kerana mereka boleh membuang najis di kawasan-kawasan tersorok dan tidak menganggu kehidupan lain
Tetapi memandangkan kawasan-kawasan flat, pangsapuri atau PPR adalah sebuah kawasan kecik yang padat dengan manusia
Ia dapat mengelakkan dari terjadinya kejadian seperti kucing berak di kawasan tangga atau depan rumah
Apabila pembiakan kucing tidak terkawal, kucing-kucing akan bergaduh sesama sendiri dan juga menyebabkan kawasan menjadi kotor dek najis dan sisa makanan yang di bawa oleh haiwan tersebut dan kecederaan kepada kucing itu sendiri lalu menyebabkan kematian
Apabila kawasan kotor, manusia akan hidup di dalam persekitaran yang tidak sihat dan mengalami stress yang tidak terkawal
Maka nanti manusia akan hilang kawalan terhadap emosi dan mula bertindak ganas

Ada satu contoh kejadian yang diceritakan oleh En. Rashdan Rashid iaitu Presiden Persatuan dan juga bos saya
Beliau telah melihat sendiri kejadian di mana seseorang dari tingkat atas sebuah PPR telah mencampakkan kucing dari kawasan tinggi ke bawah dan jatuh di hadapan beliau
Apakah yang terjadi pada kucing tersebut?
Kucing tersebut mati kerana kecederaan yang parah akibat impak jatuh dari tempat tinggi

Kita sedia maklum bahawa manusia yang tergamak melakukan perbuatan tersebut adalah tidak berperikemanusian dan kurang empati dalam diri
Tetapi masalah ini boleh dielakkan jika komuniti sepakat dan sama-sama bergabung tenaga untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengadakan sebuah tempat khas untuk kucing-kucing terbiar
Kos kewangan mungkin menjadi masalah tetapi ia boleh diboleh diselesaikan dengan baik hasil perbincangan bersama

Gambar-gambar aktiviti bersama kucing oleh anak-anak di PPR Wangsa Sari ini

PPR Wangsa Sari secara jujurnya bersih dan lebih terurus dari sebuah pangsapuri atau kondominium yang tidak diselenggara dengan baik kerana pihak pengurusan dan komuniti yang bertanggungjawab
Anak-anak Wangsa Sari membesar dengan persekitaran yang sihat dan mereka juga mempunyai belas ihsan terhadap haiwan kerana anak-anak ini rajin mengunjungi rumah kucing terbabit dan bersama-sama membantu En. Halim menjaga, membelai dan membersihkan kawasan rumah kucing

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.

Riwayat Muslim (1955)

*credit to Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Sunday, 2 May 2021

RM3Juta Untuk Rumah Titian Kaseh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di entry lepas saya ada menulis tentang Rumah Titian Kaseh yang di huni oleh anak-anak yatim/piatu, dan asnaf, ibu tunggal, OKU dan juga warga emas di Tasek Titiwangsa



RTK diasaskan oleh Puan Hajjah Sharifah binti Adhlan dan lebih mesra dikenali sebagai Mak Pah sejak tahun 1998 atas keprihatian beliau terhadap golongan kanak-kanak dan juga ibu tunggal

Pada tahun 2010, RTK telah diuji dengan ujian yang berat apabila mereka diarahkan mengosongkan rumah mereka untuk diserahkan semula kepada pemilik untuk dijual kepada pihak lain
Pelbagai usaha telah Mak Pah lakukan untuk terus tinggal disitu termasuk ikhtiar untuk membeli rumah itu dari pemilik dengan harga RM2.7 juta
Kisah itu telah dipaparkan di dalam beberapa surat khabar pada waktu itu
Antara usaha untuk membeli rumah tersebut ialah melalui sumbangan dan juga pinjaman dengan pihak bank
Tapi malangnya, nasib tidak menyebelahi Mak Pah dan RTK, kerana pinjaman tidak diluluskan dan sumbangan juga tidak mencukupi untuk membayar kos rumah terbabit maka Mak Pah dan kesemua penghuni RTK terpaksa berpindah dan menyewa di tempat lain

Rentetan itu, RTK memulakan kehidupan di tempat baru dan sekali lagi menyewa dengan jumlah yang agak membebankan pengurusan RTK lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda dugaan Covid-19 ini

Dengan itu, Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur dan Selangor (KASGE) merancang untuk mengadakan kutipan sumbangan dari orang ramai dan pihak korporat untuk meringankan beban di bahu RTK.
Sebanyak RM3juta diperlukan untuk memiliki rumah di Taman Tasek Titiwangsa ini.

Selain itu, KASGE dan RTK juga ada menjual sanitizer jenama RTK sendiri untuk mengumpul dana RM3juta




Jika anda berminat untuk membantu RTK mengumpul dana sebanyak RM3juta bagi memiliki rumah yang mereka diami sekarang dalam bentuk dana atau membeli sanitizer, boleh hubungi saya di talian 018-7719314

Pembelian dan sumbangan dari anda, amatlah kami alu-alukan untuk membantu anak-anak serta penghuni Rumah Titian Kaseh dalam meringankan beban perbelanjaan setiap bulan yang 100% terletak di bahu Pengetua RTK iaitu Mak Pah

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih dan semoga usaha ini diberkati oleh Allah swt

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...