Followers

Wednesday, 29 May 2024

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library
Penulis : 
Genre : Non-Fiction
Rating : 3.5 ⭐

Assalamualaikum... 
Saya bukan nak ulas keseluruhan tentang buku ini memandangkan saya telah ulas di platform X tempohari. Saya cuma ingin berkongsi tentang sesuatu yang saya dapat dalam buku ni untuk manfaat kita bersama yang suka berkongsi tentang apa-apa sahaja di social media.

Ia tentang satu watak naratif dalam bab 4 buku ini iaitu Hiroya - seorang lelaki berusia 30 tetapi tidak bekerja kerana mengalami anxiety dan amat minat dengan art dan anime. Beliau bercita-cita ingin menjadi pelukis anime/artist tetapi tidak kesampaian kerana lukisannya sering di tolak dan dikatakan terlalu 'dark' jadi dia berputus asa dan cita-cita hanya tinggal cita-cita


Kemudian pada suatu hari beliau menyertai reunion sekolah setelah 12 tahun habis high school dan bertemu rakan sekolah, seitaro. Seitaro adalah seorang penulis yang banyak menulis dalam ruangan majalah tetapi masih belum pernah memiliki novel dari mana-mana publisher. Seorang rakan yang lain telah mempersendakan Seitaro namun Seitaro menerima sindiran itu dengan aman tetapi tidak pada Hiroya.

Selepas perjumpaan reunion tersebut, Hiroya dan Seitaro berbual di cafe dan bertukar-tukar pandangan sebelum bersurai.

Selepas beberapa hari kemudian, Seitaro telah menghubungi Hiroya dan memaklumkan pada Hiroya tentang berita baik iaitu sebuah syarikat penerbitan akan menerbitkan buku novel Seitaro yang pertama dan Hiroya adalah orang yang pertama dihubungi oleh Seitaro untuk memaklumkan berita gembira ini. Kerana sepanjang hidup, kata-kata Hiroya dulu lah yang menjadi pemangkin semangat untuk Seitaro terus menulis walaupun mengambil masa dan jalan yang lama untuk menghasilkan debutnya yang pertama.

"You were the only one at school who ever said I could do it. You told me my novels were interesting, and I should keep writing. You've probably forgotten it, but I never did . It keep me going. Having somebody who believed in me was the best lucky charms ever."

Kesimpulannya:
Kata-kata kita pada seseorang secara direct atau indirect, atau di social media MUNGKIN akan menjadi pemangkin, atau pemusnah hidup seseorang. Jika baik kata-kata kita tu, ia boleh jadi dorongan dan pemangkin kepada seseorang untuk terus jadi yang terbaik dan keep moving. Tetapi kadang-kadang, kata-kata kita walaupun cuma sepotong ayat, mungkin akan menjadi pemusnah hidup dan mematikan jiwa seseorang.

Kita nak jadi yang mana? Menjadi pendorong atau pemusnah hidup orang lain? Pilih lah kata-kata yang baik terhadap orang lain atau jika kita tak nampak apa-apa kebaikan pada sesiapa, diam itu lebih baik!

Kelak, ayat-ayat yang kita lafaz dan tulis di social media itu akan menjadi masuk syurga atau jatuh ke neraka. Fikir-fikirkan lah.

Tuesday, 21 May 2024

G3n0sid3 Di Gaza - Perlu Marah Kepada Yang Tidak Peduli?

Assalamualaikum..

Pejam celik - Pejam celik telah masuk hari ke 200+pembunuhan beramai-ramai (gen0sid3) ini berlaku di bumi Gaza sejak tarikh keramat 7 Oktober 2023 berlaku. Sejujurnya, emosi saya naik turun sepanjang 200+ hari ini. Kejap saya normal dan kejap saya emosi sehingga hampir meluahkan segala prasangka dan kata cela terhadap mereka yang diam, tidak peduli atau 'minding my own business' tanpa sedikit pun usaha untuk berkongsi rasa duka tentang nasib saudara kita di Gaza dan Palestin. Tetapi akal saya menghalang saya untuk mencetuskan kemarahan orang lain. Agama tidak mengajar kita untuk perli dan sinikal terhadap orang lain. 

I am better than that - I keep reminding myself.

Secara lahiriahnya, kita tidak boleh memaksa, kawal dan marah terhadap perlakuan orang lain walaupun kita berniat baik. Itu adalah hak mereka. Apa yang saya boleh kawal, saya kawal termasul mengawal diri saya sendiri tetapi jika sesuatu perkara itu - beyond our control, let it be atau tinggalkan sahaja.

Mungkin emosi penat melihat penderitaan rakyat Gaza/Palestin membuatkan saya emosi kadang-kala, tetapi apabila difikir-fikirankan.... penat lagi jiwa, emosi dan fizikal rakyat Palestin dengan nasib yang menimpa mereka dan perlu kah saya membuang tenaga dan mengikut bisikan syaitan sehingga mungkin mengosongkan kantung pahala 'jihad-kecil' saya hanya kerana sesuatu yang kita tidak mampu kawal?. Biarlah Allah menilai hamba-hambaNya dan bukan saya yang terus memandai-mandai.

Jadi saya mengambil keputusan untuk menyalurkan rasa marah itu kepada mereka yang berhak untuk dimarah/dibenci iaitu gen0sid3 enabler dan penyokong isNOTREAL dan terus menyebar maklumat dan kejahatan isNOTREAL dan Setanyahu serta anak-anak iblisnya dengan menggunakan segala platform yang ada.

Dan jika kita ingin boikot product israHELL atau celebrities yang memilih untuk diam atau promote product-product boikot, adalah lebih baik kita lakukan dengan penuh adab bukan dengan sifat cela. Kita lakukan dengan niat yang baik untuk membantu mengurangkan sedikit derita Palestin tanpa perlu memburukkan sesiapa. Setiap niat yang baik, insyaAllah akan dihitung oleh Allah sebagai jihad kita ke jalan Allah.


Kepada yang PEDULI, mari kita teruskan berdoa untuk saudara dan rakyat Gaza tak kira jantina dan agama. Setiap mereka berhak untuk menerima hak untuk hidup, maruah dan nyawa mereka sendiri. Hari ini Allah uji mereka dengan menarik segala milik mereka termasuk nyawa orang-orang yang mereka sayang tapi mereka tetap kuat mengharungi dan masih menyebut ALHAMDULILLAH.. Insya Allah, ada hadiah nikmat syurga yang Allah janjikan untuk mereka. Dan jihad kecil kita pun, insyaAllah akan dikira dan dinilai dan mungkin menjadi asbab kita dapat masuk ke Syurga Allah... who knows. Janji Allah itu PASTI.


FREE PALESTINE!
FREE FREE PALESTINE!
STOP KILLING CHILDRENS IN GAZA!!

Thursday, 22 February 2024

Ulasan Buku - The Hundred Years War on Palestine: A History of Settler - Colonial Conquest and Resistance, 1917 - 2017


Hi.. I am back.. I'm gonna start my review with the very recommended book by world wide. It content everything we need and knowledge about what is happening in Palestine and IsraHELL. Please read.


Tajuk : The Hundred Years War on Palestine: A History of Settler - Colonial Conquest and Resistance, 1917 - 2017
Penulis : Rashid Khalidi
Genre : Non-Fiction
Rating : ⭐⭐⭐⭐⭐

A Must read for people seeking the truth

First of all, this book is not easy to read because of my limitation of knowledge and English vocab.It took me almost half month to finish!! Tapi saya akan cuba untuk review ikut chapter by chapter.
 

Introduction
Buku ni bermula pada tahun 1889, tentang bukti-bukti surat dari Mayor of Jerusalem, iaitu Yusuf Diya al-Din Pasha (bapa saudara penulis) kepada Theodor Herzl tentang kebimbangan Yusuf Diya tentang kemungkinan penjajahan zionist. Ada beberapa bukti surat-surat dan gambar project awal tentang penjajahan.Namun, Herzl semestinya tidak mengendahkan kebimbangan Diya (sebab dia zionist) dan yang sedihnya, rakyat Palestin pun masa tu tak anggap benda tu serious.
 

The First Declaration of War, 1917–1939
Membincangkan tentang Balfour Declaration pada November 1917 yang mengumumkan tentang sokongan British terhadap “Establisment in Palestine of a National Home for the Jewish People”dan Mandate for Palestine granted by the League of Nations to British in 1922 yang menafikan hak-hak orang “ARAB” (atau Palestine - dalam mana-mana dokumen tentang Palestin pada waktu tu, tak ada mentioned pun pasal orang-orang Palestin tapi mereka sebut ARAB) selepas pembubaran Empayar Uthmaniyyah. Jewish Agency for Palestine dilantik sebagai pentadbiran dalam kerajaan walaupun kaum depa adalah minoriti di Palestin.
 
Sokongan British yang tak berbelah bahagi kepada Zionist dengan pembahagian 17% tanah kepada pendatang yahudi sehingga mengusir rakyat asal Palestin telah menyebabkan pemberontakan besar pada tahun 1937-1939 dan British being British, siapa tak setuju akan ditindas dengan kejam.
Secara halusnya, behind the Balfour Declaration.. was the British wish to reduce Jewish immigration! Huh….
 

The Second Declaration of War, 1947–1948
Dalam bab 2 ni, buku ni focus kepada proses berlakunya NAKBA 1948 apabila AS dan USSR mengantikan British pada tahun 1947 sebagai kuasa imperial untuk mendapatkan kelulusan PBB  untuk meluluskan penubuhan negara Yahudi sebanyak 56% di tanah yang majoritinya ialah penduduk Arab (dengan melanggar hak rakyat Palestin ke atas tanah mereka sendiri) selepas WWII.
 
Dengan jaminan Piagam PBB. Maka berlakulah Perang Arab - Israel, penubuhan negara IsraHell dan NAKBA - di mana 700,000 diusir dan melarikan diri ke negara-negara Arab sebelah. Tanah-tanah dan rumah yang ditinggalkan oleh rakyat Palestin kemudian dirampas dan dijadikan penempatan untuk rakyat Yahudi.
 
Masa ni Mesir control Gaza Strip manakala Jordan pula claimed West Bank tu apart of Jordan.
 

The Third Declaration of War, 1967
Bab ni pula tentang peranan US dan bibit-bibit terjadinya Perang Enam Hari 1967 Israel ke atas Mesir, Jordan dan Syria. TBH, bab ni too complicated to cover and review. Tapi secara ringkasnya (yang I faham), dalam bab ni, tentang Movement of Arab Nationalist, Fatah dan PLO. Masa nilah Palestine start kuatkan budaya dan jati diri sebab Zionist kata, Palestine sebenarnya tak wujud. Pada tahun 1969, PM Golda Meir pernah keluarkan statement dari mulut sialannya “There were no such thing as Palestinians... they did not exist”. Melalui PLO lah suara rakyat Palestin sampai ke dunia termasuk AS.
 
Masa time-time ni lah nenek moyang kita kat Msia pun dah start bercakap tentang Palestine dan kesengsaraan orang Palestin sebab nenek moyang kita pun baru lepas Merdeka dari penjajahan
 

The Fourth Declaration of War, 1982
Ok bab ni menarik dan I ingat sebab dalam buku From Beirut to Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai ada cerita tentang experience Dr Ang yang sendiri melalui perang kat Beirut masa tu. Tapi dalam buku ni penulis reveal tentang macam mana AS jadi biggest supporter kepada israHell terhadap pencerobohan ke atas Lubnan pada tahun 1982 untuk attack PLO. IsraHell declare yang war ni adalah operasi bersama Israhell dan AS untuk membenteras terrorist dan peranan AS ialah sebagai pembekal senjata dan menyokong Tindakan israHell untuk mengusir pemimpin dan pejuan PLO dari Beirut ke Tunis.
 
Bab ni agak details dan menarik sebab penulis sendiri antara yang berada di Beirut ketika serangan tu bersama 2 anaknya, dan isteri yang bekerja dengan PLO waktu tu. Penulis menyaksikan sendiri kekejaman Sabra and Shatila massacres yang dilakukan oleh Phalangist Militias sebab balas dendam atas pembunuhan Presiden Bashir Gemayel. Phalangist Militias dan Bashir Gemayel ni ialah dari Lubnan ye.. dan segala yang terjadi ni adalah hasutan dari IDF yang melagakan PLO dan Lubnan padahal ramai je rakyat Palestin ni mixed dengan Lubnan. Dalam buku From Beirut to Jerusalem pun ada sebut tentang ni. Dan penulis ada bukti dari dokumen yang dibocorkan oleh Arkib Negara Israel pada tahun 2012. Fyi, Israel suka brag dan sendiri revealkan rahsia pasal kekejaman dan kejahatan depa.
 
Tapi sebenarnya masa nilah bermulanya Gerakan-gerakan nasional Palestin dan Lubnan seperti Hizbullah dan Hamas sehingga terjadinya Intifadah I
 

The Fifth Declaration of War, 1987 – 1995
Di sini membincangkan bagaimana IsraHell attack balik masa Intifadah I in 1987, tentang West Bank & Gaza Strip, dan perjanjian Oslo II 1995 yang berat sebelah – yang tak menyelesaikan pun kemelut dan hak rakyat Palestin kat tanah mereka sendiri. Penulis berpendapat, waktu ni ialah kekalahan besar bagi pejuangan nasional Palestin.
 
Penulis blame PLO dalam bab ni sebab kesilapan yang depa buat menyebabkan kemudarat yang besar dan Panjang untuk PALESTIN. Penulis masa ni adalah apart of advisory untuk delegasi Palestin di Madrid dan both persidangan Oslo. Waktu ni cakap la hapa pun kat pemimpin PLO, depa tanak dengar.. depa nak dengar yang murni-murni je.
 

The Sixth Declaration of War, 2000 – 2014
Semakin lama IsraHell menguasai Palestin, semakin ganas IsraHell pada rakyat Palestin di West Bank dan Gaza. Israhell attacked Gaza tahun 2008, 2012 dan 2014 and yet, depa dok mengilai pasal 7oct 2023 yang asalnya sebagai pembelaan kepada penindasan IsraHell yang dok bunuh, culik, tembak, hina dan tutup sumber mata air kat Gaza sepanjang sebelum 7 oct tu.
 
Dalam bab ni juga ada cerita tentang kebangkitan Hamas, politik Palestin dan kegagalan pimpinan Obama untuk sebarang perubahan. OBAMA PUN FAILED!


REVIEW:-
Buku ni kalau baca review kat Goodreads dan Instagram, memang recommended terutama untuk yang nak belajar dan mula ambil tahu what’s happening right now in Gaza and Palestine. Macam I cakap earlier, buku ni tough. Walaupun kita belajar tentang isu Palestine dan kita sentiasa menyokong bahawa zionist adalah bangsat, tetapi adalah lebih baik kalau kita mengali dan tahu Sejarah serta the issue from its root.


 
For hundred-year, Palestinian cries went unheard, and how much longer we need to turn a blind eye to the injustice? Read this book.

Wednesday, 20 December 2023

It Almost a Year

Assalamualaikum...

I'm writing this blog using my old slow laptop which I should replaced with a new one
But instead of change my laptop. I was requested my husband to buy me a new phone instead
In the next entry, I would post my 2023 recap for memory

And for those who knows me outside (irl), you know I'm currently working nearby my daerah
Only 15 minutes to reach but sometimes it took more than 20 minutes to arrive especially during raining season

On 18 Dec, I complete 1 year my duty with that bumiputera company but unfortunately because I am non-ambition person and always imagine myself cook, clean and stay at home and wiling to be a servant (with salary) for my beloved family, I refuse to stay longer and will tender soon. Sorry to them and sorry to my husband as well... heeee...

That's all for now

Eh wait...

I'm a bit impress with my English writing skills here because I sound stupid writing in English at X platform knowing that most of them are very fluent. I even cannot speak good English with my 11 years old daughter lately.


Ok time to go. I'll be back asap before new year to post my recap.


Wednesday, 19 October 2022

Buku Terpaling Devastating - Painful - Sadis Yang Pernah Saya Baca

Assalamualaikum....

Sejak akhir-akhir ni saya seakan-akan rasa 'malas' untuk buat review atau ulasan buku di blog. Bukan kerana kurang pembaca tapi kerana di blog saya perlu buat ulasan yang lebih lengkap dan proper - dan agak memenatkan. Saya juga telah berhenti berkongsi review di instagram buat masa ini kerana saya private instagram saya jadi perkongsian agak limit.

Perancangan saya adalah untuk menggunakan akaun tiktok saya yang ada untuk berkongsi tentang buku-buku dan ulasan pendek. Tapi saya perlukan peralatan dan prop untuk menjadikan video saya lebih menarik. Menambah malas saya.

Tak penting pun semua ini sebenarnya, hanya untuk mengisi masa lapang saya sebagai surirumah. Surirumah juga perlukan hobi agar tidak terjebak dengan perkara lagha. Kalau tak, surirumah akan mudah hanyut dengan dunia gosip dan membawang dan seterusnya menjadi netizen yang rajin berkuntum di blog atau page-page gosip Malaysia. Itu yang saya nak elakkan.


Berbalik kepada tajuk - 
Baru-baru ini saya habis membaca sebuah novel tebal 820 mukasurat dan saya mengambil masa 10 hari untuk menghabiskannya - itu pun ada sesetengah yang saya terpaksa skip beberapa muka surat kerana meleret dan boring. Kisahnya sangat kemurungan dan membuatkan saya terpaksa rehat seketika dari membuka buku lain - selama 3 hari. A Little Life...


Saya agak tidak rajin untuk mengulas buku ini, cuma saya boleh katakan yang saya tidak berhasrat untuk recommend buku ini kepada sesiapa yang berhati tisu - atau dalam bahasa lebih lengkap:-

Kesiapa yang mengidap PTSD atau ada masalah kesihatan mental, sama ada sudah dignose atau tidak - saya tidak sarankan anda membaca buku ini. Kerana buku ini mengandungi keganasan sexual, penderaan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, kekejaman, membunuh diri, trauma akibat penderaan, rogol dan percintaan sesama jantina aka LGBT.

Sedangkan saya yang (alhamdulillah) memiiliki kesihatan mental yang baik pun terpaksa berehat sebentar untuk mengembalikan keamanan kepada mental saya. Apa pun, terpulang pada anda sekiranya anda rasa berkeinginan untuk cuba membacanya. Tapi tidak salah jika anda berhenti seketika atau terus berhenti jika tidak mampu untuk terus membaca.


Fakta tentang A Little Life:
Kisah Jude St Francis adalah kisah yang diambil dari kes jenayah seksual kanak- kanak yang membabitkan seorang Virologist bernama Daniel Carleton Gadjusek yang disabit kesalahan mencabul kanak-kanak. Mungkin penulis mengambil beberapa kes Daniel sebagai reference untuk menjadikannya sebuah watak tragis Jude St Francis. Buku ini mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan. Penulis juga memang berhasrat untuk menjadikan buku ini tiada happy ending.


Selama 19 hari dalam bulan oktober ini, saya cuma mampu membaca 2 buah buku sahaja. Saya baru mula membaca buku ke tiga pada hari isnin namun masih perlahan dan belum pun mencecah 100 muka surat. Memang benar beberapa ulasan A Little Life mengatakan, buku ini akan menjadi punca kepada reading slump sesetengah pembaca 😄.


Apa pun, penulis Hanya Yanahigara adalah antara penulis berbakat yang mampu menulis dengan sangat baik. Saya sedang berkira-kira duit tabung untuk mendapatkan buku Hanya yang lain. Jaga-jaga emosi 😂.



Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...