Followers

Wednesday, 20 December 2023

It Almost a Year

Assalamualaikum...

I'm writing this blog using my old slow laptop which I should replaced with a new one
But instead of change my laptop. I was requested my husband to buy me a new phone instead
In the next entry, I would post my 2023 recap for memory

And for those who knows me outside (irl), you know I'm currently working nearby my daerah
Only 15 minutes to reach but sometimes it took more than 20 minutes to arrive especially during raining season

On 18 Dec, I complete 1 year my duty with that bumiputera company but unfortunately because I am non-ambition person and always imagine myself cook, clean and stay at home and wiling to be a servant (with salary) for my beloved family, I refuse to stay longer and will tender soon. Sorry to them and sorry to my husband as well... heeee...

That's all for now

Eh wait...

I'm a bit impress with my English writing skills here because I sound stupid writing in English at X platform knowing that most of them are very fluent. I even cannot speak good English with my 11 years old daughter lately.


Ok time to go. I'll be back asap before new year to post my recap.


Wednesday, 19 October 2022

Buku Terpaling Devastating - Painful - Sadis Yang Pernah Saya Baca

Assalamualaikum....

Sejak akhir-akhir ni saya seakan-akan rasa 'malas' untuk buat review atau ulasan buku di blog. Bukan kerana kurang pembaca tapi kerana di blog saya perlu buat ulasan yang lebih lengkap dan proper - dan agak memenatkan. Saya juga telah berhenti berkongsi review di instagram buat masa ini kerana saya private instagram saya jadi perkongsian agak limit.

Perancangan saya adalah untuk menggunakan akaun tiktok saya yang ada untuk berkongsi tentang buku-buku dan ulasan pendek. Tapi saya perlukan peralatan dan prop untuk menjadikan video saya lebih menarik. Menambah malas saya.

Tak penting pun semua ini sebenarnya, hanya untuk mengisi masa lapang saya sebagai surirumah. Surirumah juga perlukan hobi agar tidak terjebak dengan perkara lagha. Kalau tak, surirumah akan mudah hanyut dengan dunia gosip dan membawang dan seterusnya menjadi netizen yang rajin berkuntum di blog atau page-page gosip Malaysia. Itu yang saya nak elakkan.


Berbalik kepada tajuk - 
Baru-baru ini saya habis membaca sebuah novel tebal 820 mukasurat dan saya mengambil masa 10 hari untuk menghabiskannya - itu pun ada sesetengah yang saya terpaksa skip beberapa muka surat kerana meleret dan boring. Kisahnya sangat kemurungan dan membuatkan saya terpaksa rehat seketika dari membuka buku lain - selama 3 hari. A Little Life...


Saya agak tidak rajin untuk mengulas buku ini, cuma saya boleh katakan yang saya tidak berhasrat untuk recommend buku ini kepada sesiapa yang berhati tisu - atau dalam bahasa lebih lengkap:-

Kesiapa yang mengidap PTSD atau ada masalah kesihatan mental, sama ada sudah dignose atau tidak - saya tidak sarankan anda membaca buku ini. Kerana buku ini mengandungi keganasan sexual, penderaan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, kekejaman, membunuh diri, trauma akibat penderaan, rogol dan percintaan sesama jantina aka LGBT.

Sedangkan saya yang (alhamdulillah) memiiliki kesihatan mental yang baik pun terpaksa berehat sebentar untuk mengembalikan keamanan kepada mental saya. Apa pun, terpulang pada anda sekiranya anda rasa berkeinginan untuk cuba membacanya. Tapi tidak salah jika anda berhenti seketika atau terus berhenti jika tidak mampu untuk terus membaca.


Fakta tentang A Little Life:
Kisah Jude St Francis adalah kisah yang diambil dari kes jenayah seksual kanak- kanak yang membabitkan seorang Virologist bernama Daniel Carleton Gadjusek yang disabit kesalahan mencabul kanak-kanak. Mungkin penulis mengambil beberapa kes Daniel sebagai reference untuk menjadikannya sebuah watak tragis Jude St Francis. Buku ini mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan. Penulis juga memang berhasrat untuk menjadikan buku ini tiada happy ending.


Selama 19 hari dalam bulan oktober ini, saya cuma mampu membaca 2 buah buku sahaja. Saya baru mula membaca buku ke tiga pada hari isnin namun masih perlahan dan belum pun mencecah 100 muka surat. Memang benar beberapa ulasan A Little Life mengatakan, buku ini akan menjadi punca kepada reading slump sesetengah pembaca 😄.


Apa pun, penulis Hanya Yanahigara adalah antara penulis berbakat yang mampu menulis dengan sangat baik. Saya sedang berkira-kira duit tabung untuk mendapatkan buku Hanya yang lain. Jaga-jaga emosi 😂.



Wednesday, 5 October 2022

Ulasan Buku - Gila Balak: Menelusur Jejak-Jejak Mafia Kayu Balak Asia

Tajuk : Gila Balak: Menelusur Jejak-jejak Mafia Kayu Balak Asia
Penulis : Lukas Straumann (Terjemahan oleh Dian Saleh)
Penerbit : SIRD
Genre : Non-Fiction
Rating : ⭐⭐⭐⭐⭐


Gila Balak menyiasat apa yang telah disebut oleh Gordon Brown sebagai jenayah alam sekitar terbesar masa kini: kerosakan hutan hujan secara besar-besaran oleh pembalak-pembalak Malaysia. Sejarahwan dan aktivis, Lukas Straumann bukan sahaja mencari semula hutan hujan yang telah hilang dan orang-orang yang pernah suatu ketika dahulunya tinggal menetap di situ, malah beliau juga menelusur setiap jaringan penjenayah yang telah mengaut keuntungan ribuan juta melalui rasuah dan jualan kayu balak haram.

Straumann telah menamakan Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai kepala mafia kayu balak Asia. Pada masa yang sama, Straumann juga menunjukkan betapa keluarga Taib dengan bantuan rakan subahat utama iaitu institusi-institusi kewangan telah berjaya meraih laba keuntungan sebanyak USD 15 ribu juta. Gila Balak ialah kisah sekelompok masyarakat yang kehilangan warisan syurgaloka turun-temurun yang telah digalang ganti dengan ladang-ladang kelapa sawit, pencemaran dan rasuah. Dan kini, mereka berjuang menuntut kembali kehilangan itu.


Buku Gila Balak ini ditulis oleh Lukas Straumann, penulis yang berasal dari Switzerland yang juga Executive Director, Bruno Manser Fond iaitu sebuah badan NGO yang ditubuhkan oleh Bruno Manser bagi membantu orang-orang Penan di Sarawak dalam mempertahankan hutan dan rumah mereka dari golongan GILA BALAK. Buku terbitan SIRD ini mendedahkan tentang pembalakan yang berleluasa di Bumi Kenyalang sehingga merosakkan hutan hujan secara besar-besaran dan mengaut keuntungan berjuta-juta RM yang masuk ke dalam poket-poket individu-individu yang berkuasa di Malaysia.

Buku ini mempunyai 10 bab yang disusun dengan baik, dimulai oleh dengan bekas Ketua Menteri Sarawak yang mempunyai harta yang sangat banyak di dalam dan luar negara. Seorang pembocor maklumat yang pernah bekerja dengan beliau telah mendedahkan segala aktiviti beserta dokumen-dokumen sulit kepada pihak penulis tentang perniagaan dan bangunan-bangunan milik beliau di luar negara. Di akhir bab, penulis memaklumkan pembocor maklumat itu dijumpai mati di bilik hotel dipercayai membunuh diri akibat tekanan.

Kemudian disusuli dengan pengenalan tentang kelompok nomad di dalam hutan Borneo iaitu penduduk asal hutan di Sarawak iaitu orang-orang Penan. Pengenalan tentang orang-orang Penan, kegiatan mereka dan suka duka kehidupan mereka di dalam hutan yang semakin terhakis dek kerana kegiatan pembalakan. Selain itu, buku ini juga menerangkan tentang sejarah politik di Sarawak bermula dengan kedatangan James Brooke sehinggalah ketika bekas Menteri Besar Sarawak Taib Mahmud mengepalai negeri Bumi Kenyalang ini. Segala kekayaan dan kerakusan beliau dan konco-konconya telah dibongkar di dalam buku ini berserta nama-nama orang-orang penting yang bersama dan melindungi beliau. Bagaimana seorang individu mempengaruhi ramai orang-orang penting di negara ini dan negara luar untuk bersama-sama dengannya dalam misi GILA BALAK. Bagaimana mereka tergamak merosakkan ekosistem paling berharga di bumi Malaysia ini. Rata-rata rakyat di Sarawak masih ketinggalan dan hidup miskin tetapi bagaimana seorang ketua di sana kaya raya dengan mengambil hak rakyat Sarawak sehingga semua ahli keluarga memiliki ber ribu juta RM harta dan tidak mempedulikan langsung tentang nasib dan masa depan rakyat di sana. Bukan sahaja orang-orang Penan yang menghadapi dilema ini, termasuk juga kaum-kaum asal yang menetap di dalam hutan di Sarawak juga terbabit bersama menderita akibat isu pembalakan.

Dalam buku ini juga mendedahkan beberapa orang penting yang giat berkempen menolak serta mengecam pembalakan yang berleluasa telah ditangkap serta disoal siasat malah ada juga yang hilang samada dijumpai dalam keadaan sudah tidak bernyawa atau hilang terus dari radar tanpa dapat dikesan jejaknya. Bruno Manser adalah salah seorang aktivis yang datang ke Sarawak untuk menjalani kehidupan nomad bersama orang-orang Penan setelah terbaca tentang orang nomad yang baik di dalam sebuah buku di perpustakaan Switzerland. Bruno meninggalkan kehidupannya untuk merasai pengalaman baru tinggal bersama orang-orang Penan sehingga digelar Laki Penan namun malangnya syurgaloka yang dikatakan di dalam buku telah hilang sedikit demi sedikit akibat pembalakan. Bruno yang memahami kepiluan kelompok Penan telah bersama-sama berganding bahu dan bangkit melawan syarikat-syarikat pembalakan namun akhirnya kerajaan Sarawak telah mengisytiharkan Bruno Manser sebagai PALING DIKEHENDAKI dan melarang beliau dari masuk ke negeri Sarawak. Namun kali terakhir Bruno telah datang ke Sarawak secara senyap-senyap pada tahun 2005 dan hilang jejak tanpa khabar sehingga hari ini. Suratan atau kebetulan?

Menjelang PRU yang akan tiba sikit masa lagi, saya mengesyorkan anda membaca buku ini untuk menambah pengetahuan tentang kegiatan balak yang telah merosakkan ekosistem serta tentang bumi SARAWAK yang sudah tidak lagi hijau. Ia membuka mata saya tentang betapa rakusnya manusia demi harta di dunia sehingga hilang kewarasan dan pertimbangan. Dan membuka minda saya betapa teruknya pembalakan yang dilakukan tanpa perancangan bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain contohnya Pahang dan Kelantan sehingga UNESCO pengumumkan akan menarik pengikhtirafan mereka kepada Tasik Chini. Tidak mampu diungkapkan betapa dasyatnya kegiatan ini namun itu adalah realiti.

Syabas juga kepada penulis dan penterjemah buku ini atas penulisan yang langsung tidak membosankan dan penuh dengan fakta serta penulisan yang kemas dan mudah untuk dibaca serta memberi ilmu baru kepada saya.


“Perubahan yang pesat menyaksikan Sarawak yang dahulunya kaya dengan kehijauan alam bertukar menjadi ‘bumi tandus nan hijau’ dengan terbentangnya lading-ladang kelapa sawit serta kawasan-kawasan takungan air yang bukan sahaja mengancam kemusnahan kepelbagaian bionya yang unik, bahkan juga merampas sumber alam semula jadi daripada masyarakat Orang Asal yang sememangnya berhak ke atasnya. Hutan-hutan yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja ini merupakan ‘modal buat orang-orang miskin’ yang kini semakin lama semakin lenyap akibat daripada projek-projek pembangunan perladangan kelapa sawit dan projek tenaga di bawah kawalan segelintir jutawan kayu balak dan juga sekelompok ahli-ahli politik atasan.”


Wednesday, 28 September 2022

Ulasan Buku - Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya

Tajuk : Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya
Penulis : Abdullah Sidek
Penerbit : The Patriots
Genre : Non-Fiction / History
Rating : ⭐⭐⭐⭐⭐


"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah dan aromatik dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi." - Al- Masudi.

Empayar Melayu Srivijaya, nama yang dilupakan oleh umat Melayu. Rahsianya tenggelam dalam lipatan sejarah. Melaka lebih didendangkan kalau bicara tentang sejarah Melayu sehingga terlupa akan satu lagi empayar yang maha agung. Empayar yang maharajanya bermandi-manda dalam limpahan jongkong emas. Empayar luas merangkumi seluruh kepulauan. Pelabuhannya masyhur, menarik jutaan dagangan.

Buku ini mengajak umat Melayu untuk kembali mengenang sejarah silam yang dilupakan. Srivijaya yang berdiri sejak abad ke-6, ada rahsia yang menanti anak cucu untuk disingkapkan. Ada perjalanan panjang dalam meneroka sejarah yang tenggelam. Ayuh, ikuti kami mengembara menyelami riwayat sebuah tamadun agung yang pernah bangsa kita dirikan dalam buku ini.


Selepas habis membaca buku terakhir, saya terasa seperti rindu untuk membaca buku-buku fiction atau buku sejarah ketamadunan. Maka, saya memilih RAHSIA EMPAYAR MELAYU SRIWIJAYA sebagai buku seterusnya dalam bulan ini. Ternyata, pemilihan ini sangat tepat untuk memenuhi kehendak hati yang RINDUkan buku-buku yang berkaitan dengan sejarah tamadun. Perasaan seperti diberikan air sejuk ketika berada di padang pasir yang panas dan kering.

Abdullah Sidek atau Seri Cendekiawan adalah penulis yang selalu berkongsi fakta-fakta sejarah di media sosial. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Sejarah dan meminati sejarah Melayu. Selain buku ini, saya juga pernah review buku dari terbitan The Patriots juga iaitu Kisah Klasik Sejarah Melayu. Selain 2 buku ini, penulis juga mempunyai 2 lagi buku iaitu Mencabar Teori Chola dan Perang Tamadun Melayu. Saya suka dengan buku sejarah dari penulis ini kerana cara penulisan beliau menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak sesekali menggunakan jargon ilmiah yang membosankan.

Berbalik tentang kerajaan Sriwijaya, pengetahuan saya berkenaan dengan kerajaan lama ini amatlah terhad. Boleh dikatakan, saya tidak mempunyai pengetahuan apa pun tentang Sriwijaya. Pengetahuan saya sekadar - Sriwijaya adalah sebuah empayar besar yang pernah dimiliki oleh orang Melayu dan mereka beragama Buddha serta lokasinya yang saya kira berada di dalam linkungan Nusantara. Melalui buku ini, saya perolehi pengetahuan dan ilmu baru berkenaan dengan Kerajaan Sriwijaya walaupun fakta dan sumbernya agak terhad. Buku ini juga lebih kepada persepsi dan pendapat penulis berdasarkan bukti-bukti sejarah yang dijumpai namun ia tetap sebagai pengetahuan dan ilmu baru untuk saya.

1.  Sejarah tentang Kerajaan Sriwijaya ini masih kabur kerana sumber sejarah yang dijumpai amat terhad. Kerajaan Sriwijaya bermula sekitar pada 671 dan tidak diketahui bila tahun berakhirnya kerajaan ini namun dari sumber utusan terakhir kerajaan Sriwijaya kepada China adalah sekitar 1178M.
2.   Walaupun lokasi sebenar kerajaan Sriwijaya belum dapat dipastikan kesahihannya, tetapi merujuk kepada bukti-bukti sejarah dan ukuran jarak berdasarkan catatan I-Tsing. Terdapat 4 teori lokasi Sriwijaya iaitu Kelantan, Chaiya, Palembang, dan Jambi namun pendapat popular menyebut “Palembang” sebagai lokasi Sriwijaya dan pendapat ini juga diakui oleh penulis.
3.   Pemerintah yang pertama Kerajaan Sriwijaya ialah Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang memerintah dari tahun 671 sehingga 702. Teori mengatakan Sriwijaya telah wujud sebelum Sri Jayanasa memerintah tetapi Sriwijaya hanyalah sebuah kerajaan kecil dan tidak terkenal. Apabila Sri Jayanasa menjadi pemerintah, beliau telah meluaskan jajahannya. Baginda berjaya mengumpulkan seramai 20,000 orang angkatan tentera untuk menyerang negara tetangga. Di bawah Sri Jayanasa, antara negara yang dapat ditawan ialah Malayu, Kedah Tua, Taramu, Medang, Bangka, Segenting Kra, Tulang Bawang, Lampung dan sebagainya. Sri Jayanasa meninggal pada 692 Masihi ketika menyerang negara Kalingga.
4.   Batu bersurat tentang Sriwijaya telah dijumpai di beberapa lokasi di Pulau Jawa, Sumatera, Ligor, India. Tetapi batu bersurat yang paling penting dijumpai di Palembang, Jampi, Bangka dan sekitar Indonesia. Batu-batu bersurat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu Kuno dan diterjemahkan oleh para sejarawan. Kebanyakan kandungan batu bersurat berkenaan menceritakan tentang peraturan-peraturan Sriwijaya.
5.   Serangan Rajendra Chola bukanlah punca kemusnahan Sriwijaya tetapi ia hanya melemahkan kerajaan tersebut. Ini kerana selepas peristiwa serangan itu, Sriwijaya masih mengutuskan utusan ke negara China pada tahun 1178M dan selepas itu tiada lagi utusan yang dihantar. Faktor utama kerajaan Sriwijaya musnah adalah kerana pelabuhan yang menjadi hasil utama Sriwijaya telah musnah dan hasil kekayaan telah dirampas habis oleh Chola. Satu persatu negeri dibawah jajahan Sriwijaya keluar dan merdeka.

Ternyata Melayu sebenarnya berasal dari bangsa yang kuat dalam hal ketenteraan dan penaklukan, juga bijak dalam hal pentadbiran. Bukan hanya Sriwijaya, Melayu juga pernah mempunyai beberapa kerajaan kuat dan kaya raya seperti Melaka dan Malayu tetapi sayangnya kita seolah-olah tidak mengiktiraf kewujudan atau kehebatan Sriwijaya kerana jarang ada buku-buku tentang kerajaan ini, malahan ketika di sekolah juga pengajaran tentang Sriwijaya sangatlah terhad (dalam buku teks darjah 4 juga, maklumat lokasi juga dikatakan di Sumatera). Saya juga ada terbaca di media sosial yang mengatakan Sriwijaya adalah Empayar bangsa India walaupun dalam buku ini, tidak ada bukti mengatakan ada kerajaan Sriwijaya pernah atau ada yang menganut agama Hindu.


“Jika mereka lapar di perhentian atau dalam perjalanan, mereka akan mendapat makanan dan air untuk diminum. Hendaklah semua lading dan kebun yang diusahakan oleh mereka jenuh (dengan hasilnya). Hendaklah ternakan semua jenis haiwan yang dipelihara oleh mereka serta semua hamba abdi dimiliki oleh mereka tumbuh segar. Hendaklah mereka tidak mengalami apa-apa malapetaka atau diganggu oleh penyakit yang tidak boleh tidur.

Juga hendaklah semua rakyat taat setia dan patuh dan juga sahabat-sahabat mereka tidak mengkhianati mereka dan isteri-isteri mereka taat setia.” – Terjemahan Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang) oleh George Coedes.

Friday, 23 September 2022

Ulasan Buku - Migrasi Yang Berlumpur

Tajuk : Migrasi Yang Berlumpur
Penulis : Jeong Young-Sun (terjemahan oleh Shafiqah Azman)
Penerbit :MAHAKARYA
Genre : Fiction - Slice of Life
Rating : ⭐⭐⭐⭐


Korea Utara merupakan satu-satunya tempat pada abad ke-21 yang tidak mempunyai kebebasan bergerak. Disebabkan itulah, ada rakyatnya yang nekad untuk melarikan diri ke Korea Selatan walaupun nyawa mereka menjadi taruhan.

Juyeong telah menghadiri temu duga di sebuah syarikat penerbitan. Di sana, dia bertemu dengan Ejen Perisikan Nasional bernama Ko yang memerintahkan Juyeong untuk memantau komen di Internet. Selepas pilihan raya presiden, Ko menawarkan pekerjaan kontrak kepada Juyeong di Yuniwon, sebuah organisasi yang membantu pelarian dari Korea Utara.

Di Yuniwon, Juyeong bertemu dengan pelarian dari Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab. Melalui kisah-kisah pelarian seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, Juyeong mulai memahami kehidupan pelarian dari Korea Utara yang bukan saja menderita kerana kesepian di tempat asing, tetapi mereka juga terpaksa terus membuktikan diri agar dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan



Buku ini adalah kisah sebenar tentang rakyat Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan. Berdepan dengan suka, duka, onak dan ranjau sebuah kehidupan panjang yang dilalui oleh rakyat-rakyat Korea Utara yang melarikan diri untuk sebuah kehidupan yang lebih selesa di Korea Selatan. Mereka berpisah dengan keluarga demi perubahan hidup dan syurga yang dijanjikan oleh para Broker untuk memancing mereka ke Korea Selatan demi politik dan alat untuk merasa kemenangan atas pengkhianatan rakyat Korea Utara ada di depan mata tetapi realitinya sukar untuk mereka kecapi. Stigma dan penerimaan rakyat Korea Selatan terhadap mereka menyebabkan mereka rasa seperti tertindas.

Mereka datang ke Korea Selatan melalui broker yang menjanjikan seribu keindahan dan kemudian mereka ditempatkan di Pusat Perlindungan dan diberi latihan untuk membiasakan diri mereka dengan suasana Korea Selatan iaitu Yuniwon. Selepas tamat latihan di Yuniwon, mereka akan diberikan beberapa wang untuk memulakan kehidupan baru dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara watak dalam novel ini ialah Ju Yeong, Byung Uk, Seon Ju, Suji, Changju, Myung Hoon, dan Ko yang bekerja di Jabatan Keselamatan. Suji gadis muda yang datang ke Korea Selatan seorang diri melalui China demi hak kebebasannya. Dia yang berasal dari Pyongyang tidak seperti rakyat Korea Utara yang lain, yang lari kerana kepayahan hidup namun dia juga melalui kehidupan sukar yang sentiasa merindui ibu bapanya yang ditinggalkan di sana. Changju pula datang ke Korea Selatan dan menemui ibunya yang terlebih dahulu datang ke Korea Selatan dan berkahwin dengan warga Korea Selatan selepas hidup bergelandangan di Korea Utara selepas kematian bapanya. Changju bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak tetapi fizikalnya yang lebih rendah dari rakan sebaya dan stigma kanak-kanak terhadap rakyat Korea Utara menyukarkan cita-cita Changju. Byung Uk pula yang telah ditinggalkan isterinya kerana tidak mahu lagi hidup sukar tidak lagi mahu meneruskan perjalanan di Korea Selatan. Byung Uk tekad berpatah balik ke negara asalnya.

Watak dalam buku ini sangat ramai tetapi akhirnya mereka berkait rapat antara satu dengan yang lain. 

Anda tidak akan dihidangkan dengan penamat dalam buku ini kerana kehidupan mereka tetap perlu diteruskn walaupun terpaksa berdepan dengan kesusahan dan stigma rakyat Korea Selatan terhadap pelarian Korea Utara. Walaupun plot penceritaan buku ini tidak sama seperti buku-buku novel yang lain namun buku ini agak menarik untuk pembaca lebih mengenali 2 buah negara yang bermusuhan agak lama. Korea Utara dan Korea Selatan tidak seperti Malaysia dan Indonesia yang kadang-kadang bercakaran dalam media sosial tetapi apabila bertemu, seperti saudara pula.


“… Pelarian Korea Utara tidak akan pernah dapat menjadi warga Korea Selatan sepenuhnya.
Yang paling penting, orang Korea Selatan seolah-olah menggunakan rakyat Korea Utara sebagai alat untuk berbangga diri. Perkara paling jahat sekali adalah tindakan membawa orang Korea Utara ke sini hanya untuk menyerang mereka.” – muka surat 132.


Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...